Jalan-jalan cari Penang

Standard

Akhirnya, dapat juga pergi jalan-jalan ke Penang pada Hari Buruh yang lepas. Tapi tak overnight. Pergi pagi, balik petang. Hahaha. Just nak bawak Hannah jalan-jalan je. Memang la tak puas. Tapi nak buat macam mana, masa tak mengizinkan sebab the next day ada kenduri kahwin cousin En. Suami. Wajib hadir.

The last time saya jalan-jalan ke Penang kalau tak silap masa saya darjah 6. Rombongan sekolah selepas habis UPSR. Seronok sangat masa tu sebab dapat pergi jalan-jalan dengan kawan-kawan. Kami pergi ke Botanical Garden, Kek Lok Si Temple (saya pun tak tahu apa tujuan ke sini), Bukit Bendera, Fort Cornwallis dan Komtar. Tidur di sebuah banglo yang pihak sekolah sewa di area Batu Feringghi. Kami buat barbeque, permainan dan persembahan (ala-ala hari keluarga la ni).

Selepas 16 tahun, saya ke Penang tanpa ada apa-apa memori tentang ke mana tempat nak dituju. Totally clueless. Cuma tau Komtar je sebab dari jauh dah nampak. Hahaha. Dah la naik Penang Bridge kena bayar RM7. Perghh. Macam mana la orang yang dok ulang-alik pergi kerja dari Seberang Perai or Juru nak ke Georgetown or Bayan Lepas? Seminggu dah RM35, sebulan dah RM140. Ke mereka ada pas pekerja? Hmmm. Anyway, disebabkan clueless, nak cari Prangin Mall pun kena bukak Google Map kat laptop En. Suami (Viva saya takde GPS dan handphone masing-masing tak canggih untuk surf web atau ada GPS). Dah refer Google Map pun still boleh sesat lagi. Hahaha. Last-last bila dah jumpa, saya beritahu En. Suami yang saya dah nampak building tu tadi tapi tak nampak signage Prangin Mall. Caisss. Sungguh buang masa dekat sejam. Dah la dengan laparnya lagi.

Saya expect Prangin Mall macam Mid Valley tapi rupa-rupanya macam Sungei Wang. Haisshh…Nyesal singgah. Disebabkan perut masing-masing dah nyanyi lagu ‘Halo’, last-last kami makan McD je. Waaa…kat Ipoh pun ada McD. Ye la, nak cari kedai nasi kandar yang best tak tau kat mana. Ada nampak Pelita, tapi kat Ipoh pun ada Pelita. Huuu. Dah habis melantak Spicy Chicken McDeluxe, saya bagitau En. Suami kita keluar la dari Prangin. Pergi Queensbay. Bila nampak je Queensbay Mall tu, mata saya terus bersinar-sinar dah bercahaya. Hahaha. Macam nak shopping sakan je. Duit pun kurang. Queensbay Mall tu mall baru, so kereta punya la bersusun beratur nak masuk ke tempat parkir. Dekat setengah jam juga la nak cari tempat parkir. Hannah macam biasa, masuk kereta je terus tidur. Bila kereta dah berhenti baru la dia bangun.

Orang memang la ramai sebab cuti umumkan. Bila orang ramai saya mula la jadi runsing. Haishh. Nasib Hannah senyap je sepanjang jalan-jalan kat situ. Leka main/makan/hisap kain and toys. Kami memang tak beli apa di Queensbay Mall. Totally jalan-jalan window shopping. Just masuk-masuk and jenguk-jenguk je ke dalam kedai. Mana kedai yang takde di Ipoh kami masuk. Mana yang ada kat Ipoh tapi kedai dia besar sikit, kami masuk juga. Mana yang nampak macam kedai merepek-repek sikit, kami tak masuk. Tapi kedai barangan baby memang kena masuk. Saya dok buat price comparison dengan yang saya beli online. Mostly lebih kurang sama je. So takde la ralat beli online bila tengok harga kat kedai pun serupa juga.

Dah lama jalan-jalan terasa macam nak mengunyap-ngunyap pulak. Saya cakap kat En. Suami kita makan apa yang takde kat Ipoh. TGI Friday contohnya. Hahaha. Tiba-tiba masa lalu kat area Jusco groceries, saya ternampak sesuatu yang dah lama saya tak makan dan nak makan. TAKOYAKI!!! Waaa…rindu kat tako. Dah 2 tahun saya tak makan tako. Kalau dulu masa zaman belajar, bila pergi Mid Valley wajib beli tako. Tambah bila makan panas-panas. Fuhh…best! Saya kalau beli either beli cheese & chicken ham atau beli prawn. Atau beli dua-dua sekali. Hahaha. Pernah juga beli sotong (original filling) tapi tak minat. Unagi (belut) lagi tak pernah rasa. Macam geli je bila mengenangkan rupa belut tu. So, hari tu saya rembat la dua – cheese & chicken ham dan prawn. Duduk kat foodcourt, En. Suami beli laksa Penang untuk diri sendiri (saya akan pau sikit), beli drinks and ittada kimasu! Nanti saya letak gambar tako. Ni la takoyaki tu.

Nyum..nyum..

Nyum..nyum..

Sedappp...

Sedappp...

Selesai je makan, salin nappy Hannah siap-siap, Hannah pun dah minum susu masa di foodcourt (dia tengok Papa and Mama dia makan, dia pun nak ‘makan’ juga), kami pun terus bergerak pulang ke Perak. Ke Kuala Kangsar actually. Hannah naik je kereta dia terus lena. Saya pun dah penat setelah seharian berjalan. Bagi En. Suami, it’s a foot theraphy lepas dia jatuh golek-golek dari basikal sampai tobek lutut minggu lepas (refer pic kat entri ‘Anak kita’). So, kesimpulannya kami memang takde beli apa di Penang even barang Hannah sekalipun. Cuma En. Suami dapat saddle baru beli di CCI (kedai basikal) untuk gantikan gel saddle nya yang dah rabik. Oh, lupa DVD haram beli kat Prangin Mall. Huhuhu. Jadi la. Nanti bila ada kelapangan, boleh pergi lagi. At least dah tau mana nak tuju nanti. Tak la clueless.

Lepas ni nak pergi mana pula Hannah? Pergi Bandung nak? Kita ikut Aunty Wahead. Hihihi.

One response »

  1. eii ko makan benda bulat2 tu ek? aku penah try kat MV. xleh terima la tekak aku. mknan jepun mmg out, except teppanyaki.

  2. imm: sesungguhnya kau tergolong di kalangan orang-orang yang rugi…hahaha…bunyik macam hadis lak. sedap menatang tako tuh. aku dengan en. suami dolu-dolu memang gila japanese food. sekarang dah tak gila sangat sebab kat ipoh takde kedai japanese food. ohh, rindu kat mr. ramen, yoshinoya dan shokudo..

  3. aha.. da mai penang da :) hehe.. awat tak calling-calling, boleh sy tunjukkan port-port yg menarik utk korang.. ehehe..

  4. -incik-: sampai penang pun dah kul 11++. balik pun kul 5. mana sempat nak jln mana2 incik. lain kali bila saya pi penang, incik leh jd tour guide tak berbayar. hehehe.

    no. incik pun takde, nak calling2 mendenye. huhuhu.

  5. takoyaki mmg sedap… :D
    saya makan yang original aje… 1st makan yang kat MidValley tu lah. i think, that’s the best takoyaki so far. hehe…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s