Arkib Kategori: WorKerja
365 days in 2011
Sebelum terlewat, Selamat Tahun Baru kepada semua.
Semester baru dah nak bermula next week. Saya akan kembali sibuk dan super sibuk. Next semester cuma akan mengajar 1 subjek sahaja iaitu MPM. Yehuu! Saya dah suka dengan MPM ni walau hakikatnya dulu rasa macam tak berapa nak gemor sangat. Biasala tu. Tak kenal maka tak cinta.
Dah. Tadi macam banyak sangat je nak cerita. Ni macam blank pulak. Ok la. Ada final paper nak kena buat. Ciao.
Nota kaki: Apa azam tahun baru korang?
ISO – part III
Dalam banyak-banyak nama, kenapa la nama saya jugak yang kena petik? Haishhh…sungguh tak senang duduk la pagi semalam tatkala Kak Bi call dan bagitau yang saya menjadi intan terpilih untuk diperiksa fail dan diinterview oleh Puan Auditor. Terus jadi seram sejuk. Macam nak ambil periksa SPM je.
But anyway, entah macam mana saya terlepas daripada diinterview. Dah masuk dah bilik meeting dengan lecturers yang lain yang juga menjadi intan terpilih. Tapi disebabkan Puan Auditor begitu lama dan teliti melihat fail-fail lecturers lain, lantas dia tak punya masa untuk saya. Dikala dia kata, “Syarida right? I think I don’t have enough time to look at your file. I’m sorry for making you waiting”, dalam hati saya terus melompat kegirangan! Wuuhuu! Saya sambil keluar memang tersenyum sampai ke tengkuk telinga la kan. Hohoho.
Begitu la pengalaman saya kena ISO. Apa-apa pun, today is the last day of ISO-ing. Hopefully tak ada la NCR (non-conformance record) banyak-banyak. Kalau 1 tu ok la. Dah boleh tidur lena dah lepas ni. Kalau tak, tiap kali dengar bunyi telefon je, semua dah kecut perut. Memang bikin semua orang tak tenang la. Ok la. Ciao.
Updated
ISO dah habis! Hooray! NCR dah tentu ada. 3 lagi. Ok la. Nobody’s perfect right? Tahniah KPTM Ipoh. Dah boleh dapat ISO 9001:2008 dah. Kita tunggu MQA datang pulak on January. Keep up the good work!
ISO – part II
Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba.
Kami dah ready untuk diaudit (ye ke?).
Segala penat jerih sebelum ini harap-harapnya berbaloi-baloi la ye.
Good Luck warga KPTM Ipoh!
Nota kaki: Tuan Rektor, bila kami dah dapat ISO nanti, jangan lupa janji-janji manismu ye.
ISO
Ok. Minggu ni saya rasa adalah minggu yang paling busy sekali. Tapi saya rasa minggu depan pun akan super duper busy juga. Ni semua gara-gara ISO.
Macam-macam dokumen nak kena siapkan. Nak kena make sure semua SOP pengajaran dan pembelajaran diikuti. Sampaikan nak makan pun macam tak sempat je. Semua orang tertekan. Pressure…pressure…The temperature is high…
Rasa nak muntah.
My workstation
Ini adalah rupa paras/keadaan workstation saya sekarang ni…
Penuh, serabut, sesak, bersepah, dan semua perkataan yang sama waktu dengannya can be used to describe my workstation right now.
Project MP semester 5, project MPM semester 4, project PWWW semester 3, quizzes, documentations…ha, ni la bahananya tangguh-tangguh kerja. Padan muka saya!


