Rumput oh rumput

Standard

Ini cerita rumput di rumah saya. Rumput yg sudah boleh dikategori sebagai ‘hutan rumput’.

Saya berpindah masuk ke rumah saya sekarang sejak hampir 4 bulan yg lalu. Beli rumah org. Halaman depan ada kawasan berumput sikit. Kawasan belakang, agak banyak. Since pindah ke sini, saya or hubby tak pernah mesin/potong rumput. I mean upah org untuk mesin/potong rumput. Halaman depan dan belakang rumah kami totally macam rumah tinggal. Ya, Cik Sss berkemungkinan pernah singgah di halaman belakang.

Bukan kami tak mahu potong. Kami tak sayang pun ‘hutan rumput’ tu. Cuma, kami tak ada masa yg sesuai untuk panggil org datang untuk potongkan ‘hutan rumput’ tersebut. Hubby saya ada menunjukkan effort untuk membuang ‘hutan rumput’ tersebut dengan meracun. Tapi, meracun tak sama dengan totally gondolkan kesemuanya. My mum setiap kali dia datang menjenguk, dia akan bising-bising bertanya bila nak get rid kan ‘hutan rumput’ kami. Eyesore.

Dan hari ini, akhirnya rumah kami tidak seperti rumah tinggal. No more ‘hutan rumput’. Yeay! Ini semua atas usaha my mum yg tolong panggilkan org untuk mesin/potongkan ‘hutan rumput’ tersebut (but still saya yg bayar upahnya). My mum kata dia lega tengok rumah kami dah takde ‘hutan rumput’ tu. Baru macam rumah org katanya.

Lepas ni, boleh la buat kebun kat belakang rumah. Hmmm…cabai, serai, kunyit…apa lagi ek? Halaman depan boleh buat garden yg kami plan sebelum pindah dulu. Heee…best…best…

One response »

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s