Monthly Archives: Disember 2008

1430 & 2009

Piawai

happy-new-year

Salam…

Maaf kiranya saya terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijriah 1430. Dan terawal mengucapkan Happy New Year 2009.

Bila tiba sahaja tahun baru, semua orang akan sibuk-sibuk bercakap tentang azam tahun baru. Tapi kita semua hanya tahu sibuk-sibuk buat azam baru sedangkan azam tahun 1999 dahulu pun tertangguh lagi. So, apa cerita ni?

Saya pun sama juga. Tapi saya tidak buat azam baru di tahun baru. Bila-bila saja saya boleh buat azam baru. Kenapa perlu tunggu tahun baru, baru nak buat azam? Macam Hari Kekasih. Kenapa perlu tunggu that particular day baru nak tunjukkan dan luahkan kasih sayang? We should show it and say it everyday. Terutama bagi pasangan yang sudah halal.

Anyway, saya nak look back apa yang saya sudah capai sepanjang 1429 dan 2008.

  1. Find a new & better job – checked!
  2. Buy a property – checked!
  3. To be a mom – checked!

Ini pencapaian yang besar-besar. Yang kecil-kecil tak perlu la saya tulis di sini. Untuk 1430 dan 2009 pula, saya ingin capai lebih daripada tahun lalu. Antara kandungan wish list saya:

  1. To be a good and better mommy
  2. To be a good and better wife
  3. Learn to cook more dishes
  4. Buy an oven
  5. Buy more cookware – Tefal!
  6. Purchase something from Ikea
  7. Build our mini garden
  8. Go holiday – PD/Cameron/Genting
  9. Buy a MTB – Merida/Bianchi/Giant
  10. ????

Wish list di atas tidak termasuk benda merepek-repek yang saya mahu since berkurun-kurun abad yang lalu dan benda-benda yang possibility untuk memilikinya amat tipis.

Apa-apa pun, Selamat Tahun Baru kepada kamu semua. Kalau ada azam yang masih tertangguh, sila resumekan ia semula. Moga hijrah dan tahun baru kali ini lebih bermakna. Dan semoga Allah memberkati setiap amalan kita.

Deviant by proeye

Advertisements

MU datang!!!

Piawai

Salam…

Sila jangan salah sangka. MU yang di maksudkan bukan Manchester United tetapi Mus’ab bin ‘Umayr. Harap maaf sekiranya kamu semua kuciwa.

Pada 22 Disember lalu, Mus’ab datang menziarah makcik Hannahnya. Actually, my brother and family (Yong, angah and Adik Zaynab) on the way nak menghantar Ummu Mus’ab, Mus’ab dan Abu Mus’ab pulang ke Kelantan. So, mereka spent a night dulu di Ipoh from JB before went to Kelantan the next morning. Kiranya singgah nak jumpa dengan moyang (my mum). Hehehe…yes, my mum is a great grandmother now.

Mus’ab sangat chubby and cute! Terasa Hannah kecil je bila letak sebelah dengan Mus’ab. Heee…macam nak gigit-gigit pipi tembam Mus’ab. Tapi, pipi makcik Hannah pun dah tembam juga. Nak pinch dua-dua pipi – pipi Mus’ab and pipi Hannah…;p

Here are some pictures of Mus’ab and Hannah and others during their visits.

My actual due date – 16 December 2008

Piawai

16 Disember 2008. Hari ini sepatutnya due date saya untuk bersalin. Tapi saya dah delivered 10 days earlier. Hannah dah 10 hari. Kejap je rasanya. Saya tengok Hannah macam dah besar sikit. Eeee…geram tengok pipi comel Hannah. I’m really enjoying my days with Hannah. Mandikan dia, tidokan dia, menyusukan dia, salin nappy dia…everything lah.

Oh, sungguh saya taksub dengan anak sendiri. Takpe la. Bukan anak orang lain pun. Mama sayang Hannah banget!

Auntie beza 4 hari

Piawai
Oh, hampir saya terlupa…4 hari selepas Hannah dilahirkan, isteri anak saudara saya pula bersalin. Baby boy. Namanya Mus’ab bin ‘Umayr Sayfurrahman. Dia lahir selepas muazzin melaungkan azan Maghrib. So good kan. He’s a very big boy – 3.9kg! Uminya terpaksa menjalani C-section (Caesarean) coz he’s too big to be delivered normally. Uminya comel je. Petite than me. Kami semua kata dia besar ikut abahnya…hahaha…;D

Hmm…Hannah baru umur 4 hari dah jadi auntie…kesian dia..Takpe la. Nanti dah besar sikit boleh main-main dengan anak Mus’ab ye…

Curiousity – Hannah dgn Mus’ab mahram ke?

Hannah binti Mohd Halid

Piawai
Hannah dan papa

Hannah dan papa

Hannah binti Mohd Halid

Hannah binti Mohd Halid

Amin…Alhamdulillah…

Akhirnya saya sudah selamat bersalin…Baby girl named Hannah binti Mohd Halid pada 6 Disember 2008 @ 7.38 am. Mak saya kata kalau lahir subuh or pagi, orangnya lembut hati. Wallahu’alam…Berat 3kg. Okey la tu…Comel je. Macam mama dia…hahaha…

Saya bersalin via Caesarean operation. Oh, jangan tanya tentang sakit nak bersalin or contraction sebab saya hanya rasa permulaannya sahaja. Sakit selepas bersalin…hmmm…undescribable…Kalau saya cerita lebih-lebih nanti kamu semua takut nak ada anak…hahaha…

So, sekarang saya sudah jadi mama. Ada seorang teman berkata, dia macam tak percaya saya sudah jadi mak budak sebab perangai saya agak gila-gila dan suka huha-huha. Saya sendiri pun tak percaya. Ketika mendengar tangisan Hannah yang pertama, saya nak menangis tapi tak boleh sebab saya sedang kesejukan ketika itu (saya sedar ketika operation dan OT tu teramat la sejuk – 18°C).

Selepas ini kehidupan saya akan berbeza. Mula-mula single – boleh nak flirting sesuka hati, huha-huha sana sini. Kemudian dah ada pakwe/teman lelaki/special boyfriend – tak boleh nak flirting dah, huha-huha pun dgn dia je. Then, dah jadi isteri/bini – flirting dgn suami je la. Pahala tu. Nak huha-huha pun kena control dah sikit. Tak boleh lebih-lebih. Sekarang dah jadi mama/mummy/umi/ibu/mak – huha-huha dgn anak la. Lagi best.

Moga-moga Hannah akan menjadi seorang anak yang soleh wa musleh bak kata mak chor nya. Insya’ALLAH…AMIN…

Ini cerita ‘Kalau’ saya…

Piawai

Kalau saya tidak pregnant, berumah di area Klang Valley, paycheck saya melebihi apa yg saya dapat sekarang, dan mempunyai kad kredit yg had kreditnya ialah RM10000, saya mungkin akan jadi gila sebentar. Gila kerana:

1) Megasales/Year End Sales (YES)/Malaysia Savings Sale (MSS) baru sahaja bermula (29 Nov-4 Jan)

2) Weekend of warehouse sales around Klang Valley (28-30 Nov)

3) and more warehouse sales this December

Ya, saya seorang kaki shopping. But not until become a shoppaholic.

Saya menjenguk sebentar ke blog PASIM (Promotion and Sales in Malaysia), dan saya melihat entri-entri yg berkaitan dgn warehouse sales and clearance sales (and of course, semuanya di Klang Valley). Mata saya berpinar-pinar sebentar. Converse, Adidas, Celine, Club Monaco, Timberland, Samsonite, Voir Group, and much more (even Watson’s pun ada). Wahhh…kalaulah…can’t imagine what will happen if cerita ‘Kalau’ saya adalah benar.

Saya sudah lama tidak bershopping sebenarnya. Itu yg jadi tak keruan sekejap apabila melihat list warehouse sales tersebut. Kali terakhir saya bershopping sakan adalah ketika membeli barangan keperluan my coming soon baby. That was 2 months ago. Shopping sakan untuk diri sendiri? Hmmm…can’t recalled back and definitely not recently.

Dulu, ketika saya masih bujang dan muda remaja, saya akan mengheret teman lelaki saya (yg kini hubby) ke pusat membeli-belah di area Klang Valley terutama Mid Valley sekiranya musim sales tiba. Atau bersama teman-teman yg memang sama suka bershopping atau saya akan pergi seorang diri. Saya akan masuk hampir setiap kedai yg ada dan I will not leave the mall without a bag or two of shopping bags. Huh, macam budak-budak kan. Kadang-kadang saya kesian tengok teman lelaki saya yg dah boring-boring. Tapi, what the h**l. Bukannya saya ‘pau’ duit dia pun. But the funny thing is, disebabkan saya tak mahu leave the mall without a shopping bag in hand, saya selalu membeli tanpa hala tuju. Maksudnya, saya membeli barang-barang yg saya rasa saya suka tapi hanya akan pakai/guna once or twice. Contohnya kasut. Saya ada bersusun-susun kasut yg saya cuma pakai sekali dua sahaja. Ini semua gara-gara membeli tanpa hala tuju. Kamu mahu beli kasut-kasut saya?

Itu dulu, kini saya sudah slow down sedikit. Tambahan tinggal di Ipoh yg shopping mallnya hanya ada dua tiga ketul, saya memang tiada pilihan. Nasiblah saya tinggal di Ipoh, kalau saya tinggal di Klang Valley, saya rasa even tengah sarat mengandung ni pun saya seret gak hubby saya ke warehouse-warehouse sales. Tak beli tak apa. Dapat window shopping pun jadilah. Lepaskan ketagih. Hahaha…