Ini cerita ‘Kalau’ saya…

Standard

Kalau saya tidak pregnant, berumah di area Klang Valley, paycheck saya melebihi apa yg saya dapat sekarang, dan mempunyai kad kredit yg had kreditnya ialah RM10000, saya mungkin akan jadi gila sebentar. Gila kerana:

1) Megasales/Year End Sales (YES)/Malaysia Savings Sale (MSS) baru sahaja bermula (29 Nov-4 Jan)

2) Weekend of warehouse sales around Klang Valley (28-30 Nov)

3) and more warehouse sales this December

Ya, saya seorang kaki shopping. But not until become a shoppaholic.

Saya menjenguk sebentar ke blog PASIM (Promotion and Sales in Malaysia), dan saya melihat entri-entri yg berkaitan dgn warehouse sales and clearance sales (and of course, semuanya di Klang Valley). Mata saya berpinar-pinar sebentar. Converse, Adidas, Celine, Club Monaco, Timberland, Samsonite, Voir Group, and much more (even Watson’s pun ada). Wahhh…kalaulah…can’t imagine what will happen if cerita ‘Kalau’ saya adalah benar.

Saya sudah lama tidak bershopping sebenarnya. Itu yg jadi tak keruan sekejap apabila melihat list warehouse sales tersebut. Kali terakhir saya bershopping sakan adalah ketika membeli barangan keperluan my coming soon baby. That was 2 months ago. Shopping sakan untuk diri sendiri? Hmmm…can’t recalled back and definitely not recently.

Dulu, ketika saya masih bujang dan muda remaja, saya akan mengheret teman lelaki saya (yg kini hubby) ke pusat membeli-belah di area Klang Valley terutama Mid Valley sekiranya musim sales tiba. Atau bersama teman-teman yg memang sama suka bershopping atau saya akan pergi seorang diri. Saya akan masuk hampir setiap kedai yg ada dan I will not leave the mall without a bag or two of shopping bags. Huh, macam budak-budak kan. Kadang-kadang saya kesian tengok teman lelaki saya yg dah boring-boring. Tapi, what the h**l. Bukannya saya ‘pau’ duit dia pun. But the funny thing is, disebabkan saya tak mahu leave the mall without a shopping bag in hand, saya selalu membeli tanpa hala tuju. Maksudnya, saya membeli barang-barang yg saya rasa saya suka tapi hanya akan pakai/guna once or twice. Contohnya kasut. Saya ada bersusun-susun kasut yg saya cuma pakai sekali dua sahaja. Ini semua gara-gara membeli tanpa hala tuju. Kamu mahu beli kasut-kasut saya?

Itu dulu, kini saya sudah slow down sedikit. Tambahan tinggal di Ipoh yg shopping mallnya hanya ada dua tiga ketul, saya memang tiada pilihan. Nasiblah saya tinggal di Ipoh, kalau saya tinggal di Klang Valley, saya rasa even tengah sarat mengandung ni pun saya seret gak hubby saya ke warehouse-warehouse sales. Tak beli tak apa. Dapat window shopping pun jadilah. Lepaskan ketagih. Hahaha…

10 responses »

  1. hohoho… saye pon tak tau la bile nak kuar baby nye.. mak usu nie bile pulak? hye.. jangan nanti hari same dengan anak sedare kami sudah la.. kazen o kazen..

  2. alo…biler mau bersalin hehehege pas tu baru la blh jalan jalan balik tapi kena bawak baby la….kaki shopping tul la budak nih

  3. cycledevies
    saya tak jeles hanya kerana rumah sewa kamu di belakang JJ…saya akan jeles sekiranya di belakang rumah kamu itu adalah Pavilion atau The Gardens…

    zaynab
    mak usu rasa macam same je nanti…hehehe…

    heero
    nanti jadi kaki shopping barang2 baby laks…

  4. Haa~ mak usuu!! haha~ dah, byang tadi tak habis edit lagi laa….baru je tukar template…macam banyak lak nak kena ubah…nie baru abis la nie…skrg dah tak sakit sangat dah mate tuh…hoho~

  5. haah. yeop masuk ot. tapi tak masuk tempat bedah tu. cume masuk kat luar2 siket tu je. tapi dapat tengok baby + azankan tros.😀 ah. hannah jadik makcik dalam 4 hari. kalahkan makusu yang dalam 4 thon! ahah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s