Lunar new year and solar eclipse

Standard

Salam…

Eventhough dah terlewat, saya still nak ucapkan Selamat Gong Xi Fa Cai.

Cuti CNY yang lepas kami sekeluarga pulang ke Kuala Kangsar (kampung En. Suami). Hehehe…macam nak celebrate CNY lak. Tapi, biasa la orang Malaysia. Pantang cuti festive season je, berdesup balik ke kampung. Dapat pula CNY jatuh hari Isnin, hari Jumaat dah start cuti. Sambung pula sampai hari Rabu. Hahaha…sakan.

Anyway, masa balik ke Kuala not only us je yang balik. Adik-beradik my husband pun ada yang balik juga. So, bila dah ramai-ramai riuh la rumah mertua saya tu. Terutamanya riuh dengan suara cucu-cucu. Itu belum lagi semua cucu-cucu mertua saya balik. Kalau semua 18 orang ada…hmmm…lagi meriah. Tapi, yang buat dia lagi meriah bila time makan-makan. Hehehe…since saya baru habis pantang, apa lagi, semuanya saya makan. Ikan masin, keli goreng, asam pedas ikan pari, gulai lemak pucuk paku…huh…sweet…Then papa gi tangkap ikan apa tah kat tepi Sungai Perak tu (kat situ ada orang bela ikan). Buat ikan bakar pula. Memang best. My weight before balik Kuala is 49.8kg. After balik dari Kuala jadi 51.3kg. Hahaha…nearly 2kg naik. Almaklum la, dah 2 bulan makan berpantang.

Masa CNY day tu actually ada sight-seeing yang menarik. Annular or partial solar eclipse yang pertama untuk tahun 2009. Kebetulan terjadi masa hari CNY. Saya tak tahu la bagi kaum Cina wether it’s a good sign or a bad sign. But for me it’s fascinating and cool coz the last time I ever witness a solar eclipse is when I’m in form 2. About 14 years ago. Jadi saya bersungguh-sungguh la nak tengok. Tapi…entah macam mana petang itu saya boleh terlupa. Leka melayan Hannah dan anak-anak buah. Sedar-sedar hari dah agak gelap. Mula-mula ingat nak hujan. Awan hujan memang dah ada. Then terdengar announcement dari Masjid Ubudiah yang mereka nak buat solat gerhana. Oh…baru la saya teringat. Cepat-cepat pergi jenguk ke luar rumah (chaiss…bukan nak gi buat solat sunat). Hmmm…tak nampak coz matahari terlindung dek awan yang bawa hujan. Kuciwa la sekejap…

So, that’s how I celebrated my CNY holiday eventhough saya memang tengah cuti. Next week dah nak start kerja semula. Ohhh…malasnya…

 

2 responses »

  1. uishh…kejap apanya…dah 3 bulan cuti…tu yang malas sangat nak keje balik.
    hehehe…still job hunting…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s