Monthly Archives: Februari 2009

Shopping frenzy

Piawai

Setelah sekian lamanya saya tidak bershopping, akhirnya hari ini melepas gian. Hahaha…

Hasil tangkapan:
1. Sepasang kasut yang comfy untuk jalan-jalan.
2. 2 helai short dress yang sangat flowery.
3. 2 helai tudung bercorak yang anggun.

Itu pun kasut nyaris-nyaris tak beli lagi sepasang. Dan nasib baik tak rembat handbag satu. Hehehe…Handbag kita KIV dolu la ek.

Tetapi yang satu ini masih menjadi idaman saya dan masih lagi di senarai teratas wishlist saya.

coach

Sekian.

Advertisements

Pantun

Piawai

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Bye, chiao, adios, bon voyage, selamat tinggal.

Kerja baharu

Piawai

Salam…

Oh, lamanya saya tidak mengupdate. Sibuk sedikit lately (apa yang sibuknya entah!).

Minggu depan merupakan minggu terakhir saya di tempat kerja. Hanya tujuh bulan…plus minus cuti bersalin dan unpaid leave, jadi empat bulan yang sebenarnya. Saya bukan diberhentikan ya. Walaupun sekarang ini tengah zaman ekonomi agak merudum dan ramai orang diberhentikan tetapi saya bukan salah seorang daripada mereka itu. Saya yang membuat pilihan untuk berhenti kerana ada offer yang lebih baik. Lebih dekat dengan rumah. 10 minit.

Harap-harap yang ini akan bertahan lebih lama lagi. Hmmm…tapi saya ada apply kerja gomen. Macam mana ya?

Perak…oh negeriku

Piawai

Salam…

Dalam keadaan tengah tak tentu hala sekarang ini, tiba-tiba saya teringat lagu ini. Dulu semasa di sekolah rendah, kami kadang-kala akan menyanyikan lagu ini di perhimpunan. Liriknya teramatlah panjang. Memang susah nak hafal. Siapa masih ingat?

Perak Darul Ridzuan

Perak Darul Ridzuan
Negeri indah permai
Penduduknya hidup aman damai
Dinaungi keadilan sultan

Kuala Kangsar Bandar Diraja
Iskandariah istana ternama
Tempat bersemayam Baginda Paduka Seri
Menjadi lambang tunggak negeri

Bukit Larut
Waktu malam… berkelipan
Udaranya sejuk nyaman menyegarkan
Indahnya ciptaan Tuhan

Di tengah samudera biru
Pulau Pangkor dengan pantai yang bersih
Tempat bersukaria tumpuan para pelancong
Pemandangan indah yang terbentang

Lihat padi menguning
Menambah seri Daerah Kerian
Di Hilir Perak
Nyiur melambai-lambai
Oh sungguh subur tanah airku

Kinta daerah tengah
Hasilnya bijih timah
Batu Gajah bandar yang bertuah
Tempat keputeraan seri sultan

Hulu Perak nun di utara
Kaya dengan sumber hasil hutannya
Megahnya tersergam
Empangan tinggi menjulang
Segagah wira di perbatasan

Pasir Salak bersejarah dan berdarah
Dato’ Sagor Dato’ Maharajalela
Gugur pertahankan bangsa

SITC maktab tertua
Gedung ilmu bakti suluh budiman
Lahirkan cendekiawan
Pejuang bangsa negara
Kekal abadi sepanjang zaman

Perak makmur bahagia
Dengan sembilan daerah yang ada
Betapa indah tanah air tercinta
Sejahteralah Perak oh negeriku
Perak… Perak… oh negeriku.

Berita terkini, berita terkuno

Piawai

Mari kita baca berita.

Isu Tabika Kemas

Saya bukan nak pertikai kenapa tabika itu dikunci dengan rantai motor, tapi nak pertikai sikap dan tindakan ibu bapa anak-anak yang bertabika di situ. Okey, kalau ya pun mereka nak berdiri atau berkampung di hadapan tabika yang berkunci itu selama 5-6 jam di bawah terik matahari, berdiri la, berkampung la. Tapi mengapa diseret sekali anak-anak tu? Dah nampak tabika tu berkunci, balik la hantar anak tu dulu. Kemudian nak datang semula berkampung, terpulang la. Ini tidak. Sanggup la biar anak tu berpanas terik sekali. Lepas tu komplain anak demam. Encik Menteri tu pun kesian la tengok anak tu demam sebab tunggu tabika yang tak dibuka. Jadi, salah tabika yang berkunci ke?

Isu Latihan Komando

Ini saya nak gelak guling-guling. Mula-mula saya tengok klip video itu di Buletin Utama, memang nampak macam kejam tapi hakikatnya tidak. Kenapa saya kata ianya tidak kejam? Sebab…kamu semua nak ke negara kita Malaysia ni dilindungi dan dipertahan oleh lelaki-lelaki yang lembut dan tidak tahan seksaan? Maaf ya kalau ada yang terasa. Tapi cuba kamu semua bayangkan, komando-komando ni ditangkap oleh askar perisik musuh (siapa ya musuh itu?). Baru kena belasah sikit dah kibar bendera putih dan terus tunjuk di mana kita simpan bekalan senjata. Saya setuju dengan kata-kata seorang veteran komando yang tampaknya agak berang dengan si ‘mulut tempayan’ yang mengedarkan klip video tersebut. Jika latihan seperti itu tidak dibuat, bukan latihan komando namanya. Tak tahan, berhenti. Jangan jadi komando. Bukan buli. Tidak kejam. Tidak langgar hak asasi manusia. Itu mungkin tidak seteruk latihan komando di negara lain. Sedangkan yang bukan komando pun sanggup korbankan diri untuk pertahankan negara mereka. Jadi, kamu mahu jadi komando?

Isu Gaza

Saya sudah letih baca, tengok dan dengar. Masih tiada perubahan. Konon pengunduran askar dari Gaza namun peluru masih bersimpang siur. Bom masih meletus. Mesir, si sekutu Amerika terus-terusan menutup pintu yang sepatutnya dibuka. Bukan patut tapi wajib dibuka. Tapi Mesir bukan negara Islam yang sebenar. Di mana negara-negara yang kononnya seagama dan menentang perbuatan Zionis laknat itu? Hanya menonton dengan sebelah mata. Pekak sebelah telinga. Hamas dan Fatah pun bercakaran. Kita di Malaysia ni la yang beria-ia buat tabung amal, tabung kemanusiaan, tabung bantuan. Iyalah, itu saja yang mampu. Kita sibuk-sibuk mengumpul tabung, ada negara Timur Tengah yang lain sibuk-sibuk nak siapkan pencakar langit tertinggi dan pulau-pulau palmanya. Tapi, kita mesti ingat janji Yang Esa:

Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.

Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

(Surah Al-Israa’ 17:4 – 7)

Namun saya ada mendengar apabila bumi Palestin mendapat haknya dan umat Islam bersatu, kita sudah berada di akhir zaman. Rasulullah s.a.w. ada bersabda:

Sebelum Kiamat terjadi kamu akan memerangi orang Yahudi, sampai ada seseorang di antara mereka bersembunyi di balik batu, lalu batu itu berkata: “Hai hamba Allah! Ini orang Yahudi di balikku. Bunuhlah dia!”

(Dari Abu Hurairah r.a.)

Jadi, kamu nak doakan yang mana?