Berita terkini, berita terkuno

Standard

Mari kita baca berita.

Isu Tabika Kemas

Saya bukan nak pertikai kenapa tabika itu dikunci dengan rantai motor, tapi nak pertikai sikap dan tindakan ibu bapa anak-anak yang bertabika di situ. Okey, kalau ya pun mereka nak berdiri atau berkampung di hadapan tabika yang berkunci itu selama 5-6 jam di bawah terik matahari, berdiri la, berkampung la. Tapi mengapa diseret sekali anak-anak tu? Dah nampak tabika tu berkunci, balik la hantar anak tu dulu. Kemudian nak datang semula berkampung, terpulang la. Ini tidak. Sanggup la biar anak tu berpanas terik sekali. Lepas tu komplain anak demam. Encik Menteri tu pun kesian la tengok anak tu demam sebab tunggu tabika yang tak dibuka. Jadi, salah tabika yang berkunci ke?

Isu Latihan Komando

Ini saya nak gelak guling-guling. Mula-mula saya tengok klip video itu di Buletin Utama, memang nampak macam kejam tapi hakikatnya tidak. Kenapa saya kata ianya tidak kejam? Sebab…kamu semua nak ke negara kita Malaysia ni dilindungi dan dipertahan oleh lelaki-lelaki yang lembut dan tidak tahan seksaan? Maaf ya kalau ada yang terasa. Tapi cuba kamu semua bayangkan, komando-komando ni ditangkap oleh askar perisik musuh (siapa ya musuh itu?). Baru kena belasah sikit dah kibar bendera putih dan terus tunjuk di mana kita simpan bekalan senjata. Saya setuju dengan kata-kata seorang veteran komando yang tampaknya agak berang dengan si ‘mulut tempayan’ yang mengedarkan klip video tersebut. Jika latihan seperti itu tidak dibuat, bukan latihan komando namanya. Tak tahan, berhenti. Jangan jadi komando. Bukan buli. Tidak kejam. Tidak langgar hak asasi manusia. Itu mungkin tidak seteruk latihan komando di negara lain. Sedangkan yang bukan komando pun sanggup korbankan diri untuk pertahankan negara mereka. Jadi, kamu mahu jadi komando?

Isu Gaza

Saya sudah letih baca, tengok dan dengar. Masih tiada perubahan. Konon pengunduran askar dari Gaza namun peluru masih bersimpang siur. Bom masih meletus. Mesir, si sekutu Amerika terus-terusan menutup pintu yang sepatutnya dibuka. Bukan patut tapi wajib dibuka. Tapi Mesir bukan negara Islam yang sebenar. Di mana negara-negara yang kononnya seagama dan menentang perbuatan Zionis laknat itu? Hanya menonton dengan sebelah mata. Pekak sebelah telinga. Hamas dan Fatah pun bercakaran. Kita di Malaysia ni la yang beria-ia buat tabung amal, tabung kemanusiaan, tabung bantuan. Iyalah, itu saja yang mampu. Kita sibuk-sibuk mengumpul tabung, ada negara Timur Tengah yang lain sibuk-sibuk nak siapkan pencakar langit tertinggi dan pulau-pulau palmanya. Tapi, kita mesti ingat janji Yang Esa:

Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.

Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

(Surah Al-Israa’ 17:4 – 7)

Namun saya ada mendengar apabila bumi Palestin mendapat haknya dan umat Islam bersatu, kita sudah berada di akhir zaman. Rasulullah s.a.w. ada bersabda:

Sebelum Kiamat terjadi kamu akan memerangi orang Yahudi, sampai ada seseorang di antara mereka bersembunyi di balik batu, lalu batu itu berkata: “Hai hamba Allah! Ini orang Yahudi di balikku. Bunuhlah dia!”

(Dari Abu Hurairah r.a.)

Jadi, kamu nak doakan yang mana?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s