Monthly Archives: Mac 2009

Semalam, Hari Ini, Esok

Piawai

Semalam
1) Saya tak ada mood sangat untuk update blog.
2) Lunch di McD. Habis kempen saya mahu memboikot..T_T. Ini gara-gara sudah tak tahu mahu lunch di mana.
3) Gaji sudah masuk! Yippee!
4) Ambil ole-ole made in Hong Kong (halal ya) dari seorang rakan.

Hari ini
1) Saya ada MTest yang saya tak study pun. Ini kali ke-3 saya sit for MTest. Hahaha. Jadi kamu semua fikirlah sendiri kenapa saya masih tidak menjadi cikgu.
2) Semasa lalu di Padang Polo (nama panggilan untuk Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz), tiba-tiba terfikir nanti bila Hannah sudah besar sedikit, mahu bawa dia bersiar-siar di situ. En. Suami boleh ride MTB dia, saya boleh tolak Hannah dalam stroller.
3) Balik ke Chandan (rumah mertua). Dah lama tak balik. Last masa CNY last 2 months.
4) Makan cendol. Ini teringin bila tengok entri puan landak.
5) Earth Hour – tak dapat nak support atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Esok
1) Mahu kemas rumah. Rumah saya hanya dapat bertahan 2 hari saja dalam keadaan kemas dan bersih. Lepas tu, catastrophe.
2) Tak tahu lagi nak buat apa. ^_^

Jalan-jalan kerja 3

Piawai

Akhirnya saya akan pergi jalan-jalan. Yeay! Tapi…atas urusan kerja. Woo..sob..Training actually di MTDC, Serdang. Dah la nak kena pergi sorang-sorang. Huuu…Nasib la area Serdang tu macam kampung halaman saya je. 4 tahun berulang-alik PD-Serdang (kolej saya di PD dan En. Boipren di UPM) dan 3 tahun pemastautin di UPM. Jadi memang tiada masalah.

Yang masalahnya, ini pertama kali saya akan berjauhan dengan Hannah. Sedangkan ketika mahu menghantar Hannah ke rumah pengasuhnya ketika hari pertama saya kembali bekerja pun mata saya sudah bergenang-genang sepanjang 45 minit ke ofis, inikan pula nak tinggalkan dia selama 2 hari. Oh…mahu menangis saya tidur malam. Bukan saya tidak boleh mengharapkan En. Suami menjaga Hannah. Dia cekap dan tiada masalah dalam mengendalikan bayi tapi kerisauan itu tetap ada. Hmm…InsyaAllah okey.

Then, saya pun tak berapa nak reti macam mana kompeni ni nak arrange accommodation saya, tapi last-last saya yang kena cari accommodation sendiri. Adeh. Nasib la atas hasil usaha saya mengGoogle hotel-hotel bajet (peruntukan untuk hotel hanya RM120 per night. Baru dok berangan-angan overnight kat Palm Gardens ke, IOI Resort ke, The Mines Beach & Spa ke) di area Selangor, dapat la satu bajet hotel yang betul-betul berdekatan dengan UPM. Dah la nak kena guna duit sendiri dulu. Adeh. Hotel + toll + minyak + makan = RM200++…Adoii!! *jatuh guling-guling*.

Anyway, saya boleh berjoli-joli katak sekejap minggu depan…*mata bersinar-sinar+sengih*.

Sehati berdansa

Piawai

Hari ini saya seperti mahu menari-nari dan berjoget-joget di hadapan komputer ofis saya yang maha lembab ini. Mungkin sebab saya terlalu bosan atau sebab terlalu tension dengan kelembapan komputer ini. Mahu hantukkan ia ke dinding, harta company. Salah tu. Mahu hentakkan ia ke lantai pun tak boleh juga. Apa yang boleh saya buat? Guna je lah ia sebaik yang mungkin walau saya tahu saya akan tension sepanjang hari.

*sigh*

Folder ke-6, foto ke-6

Piawai

Tag ini saya curi daripada blog member atas member saya tanpa kebenaran dia (nama pun curi kan).

The challenge is :
1) GO to your photos folder in your computer
2) GO to the 6th Folder of your photos
3) GO to the 6th photos in that folder
4) Put the picture on your blog & description of it.
5) Invite 6 friends to join the challenge
6) Link them in your blog & let them know they have been challenged

So, inilah foto ke-6 dalam folder foto ke-6 saya.

pict00061
~Zaman chomot saya~

Foto ni diambil di Jusco, Ipoh selepas saya dan En. Suami (ketika itu En. Boipren) membeli kamera digital kami yang pertama. Kami beli di Kompleks Yik Foong. Kamera jenama cap ayam je. RM400++. Beli setelah agak lama juga buat survey. Ya lah, bukan macam nak beli biskut – beli sesuka hati. Kira time tu RM400 dah mahal la bagi kami yg bergelar student ni. Dah la guna duit PTPTipoo.

Tapi riwayat kamera tu tak lama mana. Ya lah, cap ayam. Guna tak sampa 2 tahun, dah kaputs. Pernah sekali hantar masuk ‘wad’. Okey sekejap. Then, end of life. Sekarang dah guna kamera digital yang agak bagus (hadiah hari jadi dari En. Suami). Bukan jenama cap ayam. Bukan DSLR. Kami bukan photographer tegar. Jenis compact cukup la.

Saya mahu tag puan landak, imm, ayu, nusrah, incik nabil, kakcik dan zaynab. Kalau kamu semua dah buat, sila buat lagi ya. Muahahaha…~gelak yang jahat~.

Salam takziah

Piawai

Selepas lunch semalam saya mendapat satu perkhabaran duka. Seorang rakan sekolah menengah saya dahulu telah kehilangan insan yang amat-amat dicintai dan disayangi – suami. Saya terkedu sebentar membaca emel tersebut. Suaminya lemas di Sg. Slim (Imm, kalau kamu baca ni jangan menangis ya). Itu yang diberitahu.

Oh, saya tidak dapat membayangkan sekiranya saya di tempat dia. Mungkin saya akan jadi insane sekejap. Bukan tidak redha. Tapi, ya lah, he’s my other half yang melengkapkan saya. Sangat susah untuk digalang ganti.

En. Suami, saya sayangkan awak. Jangan tinggalkan saya ya.

Al-Fatihah buat arwah suami Siti Salmiah Adre.

Mesin masa

Piawai

Pernah tak kamu rasa tiba-tiba nak balik ke masa lampau? Nak betulkan semula kesilapan dan kekhilafan yang kamu dah buat?

Ya, saya ada rasa macam tu.

Kalau ada mesin masa seperti dalam cerita Doraemon, saya nak pergi semula ke masa lampau saya. Nak betulkan apa yang silap. Nak buat apa yang sepatutnya dibuat. Tak buat apa yang tak patut dibuat. Saya nak kembali ke tingkatan 5. Nak belajar sungguh-sungguh. Takde la result SPM tah hapa-hapa tah. Takde la kena reject daripada memasuki mana-mana IPTA.

Saya nak kembali ke zaman kolej. Banyak benda merepek-repek yang saya buat ketika di zaman kolej. Yang banyak saya kesali. Kalau tak, takde la buat diploma sampai 4 tahun. Begitu juga ketika di zaman universiti. Macam nak pergi belajar semula. Tak la susah nak dapat kerja.

Saya nak kembali ke hari-hari abah masih ada. Nak minta ampun dan maaf atas segala dosa saya pada abah. Nak lebih menghargai abah. Nak lebih menyayangi abah.

Kalaulah ada mesin masa.

Penat = rehat

Piawai

Semenjak bekerja di tempat baru ni, saya kerap tidur awal. Pukul 10pm saya sudah mengantuk dan akhirnya akan ke katil untuk melenakan diri. Disebabkan tidur awal, saya pun akan terjaga awal – 5.30am. Mungkin sebab di tempat baru ni saya memang betul-betul bekerja (macam dolu kerja main-main lak). Itu yang membuatkan saya cepat letih. Dan saya drive sendiri pergi dan balik. Dolu En. Suami yang drive. Tambah bila balik rumah nak prepare bahan-bahan untuk dinner, nak main/tidurkan Hannah. Penats. Nasib la En. Suami selalu bantu kat dapur (kembang-kembang hidung la tu kena puji). Ringan la sikit kerja-kerja di rumah. Tapi masih terasa penats.

Kadang-kadang terfikir macam nak bercuti-cuti Malaysia je. Gi Cameron pun jadi la. Dekat, senang. Balik hari je. Tapi terasa macam takde masa. Sabtu kerja half day. Balik nak prepare lunch (kalo malas beli je). Nak kemas rumah yang biasanya hanya mampu bertahan 2 hari je dalam keadaan kemas. Nak buat chores lain lagi. Wuaaa…tak tau kenapa tiba-tiba terasa nak sangat pergi cuti-cuti Malaysia sedangkan ekonomi suruh cuti-cuti kat rumah je.

Hannah nak pergi mana?