Demam

Standard

Bukan saya tetapi Hannah. Pertama kali. Bukan demam sebab cucuk. Tiba-tiba je demam.

Hari Khamis lepas Kak Lela (pengasuh Hannah) ada beritahu yang badan Hannah agak dedor. Saya pun perasan ketika itu badan Hannah sedikit panas. Tapi malam itu badannya kembali normal. Esoknya selepas saya mengambil Hannah di rumah Kak Lela, saya terasa badan Hannah sangat panas terutama di bahagian tengkuk. Saya terus ambil temperature. 37.9 degree Celcius. Sah Hannah demam. Saya teringat baki ubat demam sewaktu dia pergi cucuk bulan lepas. Cepat-cepat saya suapkan ubat (actually guna syringe). Tapi nasib Hannah jenis yang tak meragam sangat. So dia still boleh senyum-senyum lagi bila makan ubat. Temperature dia turun sedikit malam tu – 36.8 degree.

Subuh Sabtu, ketika saya bangun mahu memberi susu kepada Hannah, saya terasa badan Hannah sangat panas. Lebih panas berbanding petang semalam. Temperaturenya 37.9 degree. Baki ubat ada sedikit je lagi. Hari Sabtu itu sepatutnya Hannah kena her 3rd dose immunisation. Tapi nampak gayanya cam tak boleh cucuk je coz dah demam. Lepas saya bersiap-siap (ya, saya bekerja pada hari Sabtu), saya berpesan kepada En. Suami agar tengok-tengokkan keadaan Hannah. Kalau ada apa-apa kemusykilan, telefon.

Dalam pukul 10.15am, En. Suami telefon. Hannah sudah mula meragam. Dukung menangis, letak dalam rocker menangis, letak dalam crib menangis. Saya pula sudah start risau bila En. Suami beritahu macam tu. Teruk sangat ke demam Hannah? Saya terus beritahu Pn. Sham condition Hannah dan minta izin nak balik awal.

Sampai je rumah, saya dah dengar Hannah menangis. Tapi bila saya masuk je dalam rumah and nak ambil dia from En. Suami, Hannah terus senyap. Cheh, macam dah tau je mama dia dah balik. Dan dia terus senyap sampai kami tiba di klinik (kecuali bila kami berhenti di traffic light, dia akan menangis sebab dia suka naik kereta dan tak suka bila kereta berhenti). Di klinik temperature Hannah naik sehingga 38.6 degree. Memang panas sangat. Huhu…cian anak mama.

So, 3 hari ni memang kami jaga dia betul-betul (macam sebelum ni tak jaga betul-betul lak). Alhamdulillah, Hannah dah recover. Hannah dah tak demam dah. Hannah dah senyum-senyum and gelak-gelak balik dah. Seronok and lega tengok Hannah dah recover. Lepas ni Hannah jangan demam lagi tau.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s