Mesin masa

Standard

Pernah tak kamu rasa tiba-tiba nak balik ke masa lampau? Nak betulkan semula kesilapan dan kekhilafan yang kamu dah buat?

Ya, saya ada rasa macam tu.

Kalau ada mesin masa seperti dalam cerita Doraemon, saya nak pergi semula ke masa lampau saya. Nak betulkan apa yang silap. Nak buat apa yang sepatutnya dibuat. Tak buat apa yang tak patut dibuat. Saya nak kembali ke tingkatan 5. Nak belajar sungguh-sungguh. Takde la result SPM tah hapa-hapa tah. Takde la kena reject daripada memasuki mana-mana IPTA.

Saya nak kembali ke zaman kolej. Banyak benda merepek-repek yang saya buat ketika di zaman kolej. Yang banyak saya kesali. Kalau tak, takde la buat diploma sampai 4 tahun. Begitu juga ketika di zaman universiti. Macam nak pergi belajar semula. Tak la susah nak dapat kerja.

Saya nak kembali ke hari-hari abah masih ada. Nak minta ampun dan maaf atas segala dosa saya pada abah. Nak lebih menghargai abah. Nak lebih menyayangi abah.

Kalaulah ada mesin masa.

5 responses »

  1. aku rasa benda2 yg jadi ni semua mengajar kita. kalau aku x buat byk silap pada masa lalu, hidup aku sekarang takkan jadi begini.

    kenang sbg pengajaran je.

  2. yup…semua tu pengajaran. kalau ada mesin masa, kita takkan belajar dr kesilapan.

  3. kalau ada mesin masa dah tentu kita orang dah kaya raya. sebabnya bukan kita nak perbetulkan kesilapan kita cuma tamba masalah. contohnya korang time ni mungkin tak rasa sendang dengan kedudukan kewangan ko orang maka dengan mesin masa sahaja korang dapat mencari wang. $$$$$$$$$$$$$ kalau perangai dah macam tu ia tetap gitu kan.

    kalau ada mesin masa mungkin dah lama korang kena tembak petir wak wak wak.

    ps. terima sahaja apa yg telah ditakdirkan jangan melawan takdir k……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s