Salam takziah

Standard

Selepas lunch semalam saya mendapat satu perkhabaran duka. Seorang rakan sekolah menengah saya dahulu telah kehilangan insan yang amat-amat dicintai dan disayangi – suami. Saya terkedu sebentar membaca emel tersebut. Suaminya lemas di Sg. Slim (Imm, kalau kamu baca ni jangan menangis ya). Itu yang diberitahu.

Oh, saya tidak dapat membayangkan sekiranya saya di tempat dia. Mungkin saya akan jadi insane sekejap. Bukan tidak redha. Tapi, ya lah, he’s my other half yang melengkapkan saya. Sangat susah untuk digalang ganti.

En. Suami, saya sayangkan awak. Jangan tinggalkan saya ya.

Al-Fatihah buat arwah suami Siti Salmiah Adre.

6 responses »

  1. sedihnya. (air mata aku sinonim dengan khabar lemas begini, tak boleh ditahan2)

    masa bak meninggal, mak aku sangat rasa kehilangan, sebab dia meninggal tiba2. kemudian mak aku tak datang bulan sampai dekat dua tahun. tiap hari mak ke kubur bak. satu hari aku terjaga waktu malam, dan lalu bilik mak, dengar dia menangis, terus aku masuk untuk bertanya kenapa. baru aku tau, rupanya mak yang berdoa agar tidak uzur, supaya tiap malam dia boleh bangun solat tahajjud dan berdoa agar bak ditempatkan di syurga, dan agar mak sendiri akan dapat bersama bak kat sana nanti.

    sekarang walaupun mak aku dah sedikit ok, dah tak ke kubur setiap hari (ambil masa lebih dua tahun untuk memujuk mak jangan sedih begini), tapi minggu lepas masa aku balik, dia menangis, bagitau dia tak boleh nak tidur secara selesa macam dulu, dengan aircond, dengan selimut tebal segala, sebab selalu teringat, bak sekarang cuma berbalut kafan. aku terpaksa ingatkan mak, manusia memang begitu akhirnya, jadi kita cuma boleh berdoa untuk mereka, agar dipelihara Allah sentiasa.

    aku pernah usik mak, tanya tak mau ke berkahwin lagi? mak kata, tak mau. bak sorang je lelaki dalam hidup dia, di dunia dan syurga.

    insya Allah, nanti aku akan kasihkan suami aku pun begitu.

  2. hurm.

    aku selalu igt bak dan mak aku tak mesra, rupanya cinta mereka lebih dalam dari yang aku sangka. cuma sebagai orang timur, mereka dibiasakan menyembunyi kemesraan, maka aku selalu sangka mereka dah kehilangan cinta.

    aku selalu sedih rindu bak, tapi aku tak dapat bayangkan perasaan mak. dia kehilangan lelaki yang dia cintai. mereka sentiasa berdua, ke mana-mana pun bersama. bahkan, selalu diusik kaum keluarga, tak jemu ke berkepit setiap masa? sampaikan kami gelarkan mak, beg kulit bak.

    rupanya bak cuma mau tinggalkan mak secebis memori, buat bekalan lepas dia pergi.

  3. aku suka tengok pasangan yang sudah berusia masih berjalan berpimpin tangan. mungkin sesetengah orang tengok agak jelik, tapi bagi aku they’re so sweet.

    harap2 aku nanti sampai ke tua masih jalan berpimpin tangan.

  4. ish mcm mana blh lemas nih kesiannya ..sy penah berkayak kat sungai tuh…apa pon salam takziah from me

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s