Jalan-jalan kerja 3

Standard

Akhirnya saya akan pergi jalan-jalan. Yeay! Tapi…atas urusan kerja. Woo..sob..Training actually di MTDC, Serdang. Dah la nak kena pergi sorang-sorang. Huuu…Nasib la area Serdang tu macam kampung halaman saya je. 4 tahun berulang-alik PD-Serdang (kolej saya di PD dan En. Boipren di UPM) dan 3 tahun pemastautin di UPM. Jadi memang tiada masalah.

Yang masalahnya, ini pertama kali saya akan berjauhan dengan Hannah. Sedangkan ketika mahu menghantar Hannah ke rumah pengasuhnya ketika hari pertama saya kembali bekerja pun mata saya sudah bergenang-genang sepanjang 45 minit ke ofis, inikan pula nak tinggalkan dia selama 2 hari. Oh…mahu menangis saya tidur malam. Bukan saya tidak boleh mengharapkan En. Suami menjaga Hannah. Dia cekap dan tiada masalah dalam mengendalikan bayi tapi kerisauan itu tetap ada. Hmm…InsyaAllah okey.

Then, saya pun tak berapa nak reti macam mana kompeni ni nak arrange accommodation saya, tapi last-last saya yang kena cari accommodation sendiri. Adeh. Nasib la atas hasil usaha saya mengGoogle hotel-hotel bajet (peruntukan untuk hotel hanya RM120 per night. Baru dok berangan-angan overnight kat Palm Gardens ke, IOI Resort ke, The Mines Beach & Spa ke) di area Selangor, dapat la satu bajet hotel yang betul-betul berdekatan dengan UPM. Dah la nak kena guna duit sendiri dulu. Adeh. Hotel + toll + minyak + makan = RM200++…Adoii!! *jatuh guling-guling*.

Anyway, saya boleh berjoli-joli katak sekejap minggu depan…*mata bersinar-sinar+sengih*.

8 responses »

  1. eh.eh. baru terperasan. background blog nih suda kembali ke warne asal! hitam. hum. hehe.😀

  2. zaynab: hitam lebih menarik…

    LL: kunang-kunang pun banyak…kakaka!!

    incik nabil: kalo berkesempatan akan cuba singgah ^_^

  3. imm: aku tak jadi tido kat bajet hotel tuh. terasa cam tak selamat lak. aku overnite di umah kakak ipar kat taman equine.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s