Monthly Archives: April 2009

Anak kita

Piawai

Malam tadi saya tonton Buletin Utama sambil makan spaghetti dan mushroom soup yang dimasak En. Suami. Tiba-tiba saya jadi sebak dan menangis apabila berita tentang penderitaan adik Irshad Azizan dipaparkan. Saya menangis sambil mulut tetap mengunyah spaghetti. Ohh…saya tak boleh la tengok cerita bayi atau kanak-kanak yang sakit begini. Saya cepat jadi simpati. Dulu masa saya belum menjadi ibu, saya simpati juga tapi takde la sampai menangis begini. Tapi bila saya dah jadi ibu, perasaan sedih dan kasihan itu jadi lebih. Tak dapat bayangkan kalau terjadi pada saya.

Masa saya tengok keadaan adik Irshad tu, saya tengok Hannah yang sedang lena tidur di atas play mat. Saya bersyukur sangat kerana Hannah dilahirkan sempurna. Kalau kamu semua nak tahu, masa Hannah lepas lahir tak kira semasa saya bermain dengan Hannah, beri susu pada Hannah, tukarkan lampin Hannah, saya akan mengira jari tangan dan kakinya. Nak pastikan cukup 10 jari. Huhuhu.

Lagi satu, saya juga akan jadi sebak campur marah bila ada berita pembuangan bayi. Ohh…apa salah mereka sampai ditongsampahkan? Apa dosa mereka sampai dihumbankan ke dalam sungai? Yang salah dan berdosa tu mak dan ayah mereka. Kalau tak mahu anak tu sekalipun, tinggalkan la di tempat yang senang orang jumpa. Bukan dalam tong sampah. Bukan dalam sungai. Patut mereka tu ditangkap dan dihumbankan ke dalam sungai. Baru padan muka! Biar mati seksa, masuk neraka and let them burn in hell for eternity! Tapi, saya bukan tuhan mahu jatuh hukum pada mereka. Sama juga dengan orang mendera bayi or kanak-kanak. Kot ya pun nak ‘mencorak’ anak tu, bukan physically. Tongong! *geram*.

Anak, tak kira sempurna atau tidak, tetap darah daging kita. Andai kata saya punya anak yang tidak sempurna (bukan nak minta, itu semua takdir), saya akan sayang dia lebih lagi. Kerana dia istimewa. Mak mertua saya pernah berkata, kalau ditanya lebih sayangkan siapa antara suami dan anak, dia akan jawab anak. Suami boleh diganti tetapi anak tidak. Kalau ditanya pada saya, saya akan jawab saya sayangkan keduanya. Sama rata. Ermm…Hannah lebih sikit kut. Huhuhu.

My precious

My precious

My love

My love

Hannah

Hannah

Advertisements

Hujan yang panas

Piawai

Alhamdulillah, akhirnya petang semalam hujan. Lebat. Nasib saya sempat masuk ke dalam Viva masa hujan masih rintik-rintik. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah saya memandu dalam keadaan leaning sedikit ke hadapan. Lean sedikit je lagi, mulut saya akan cium steering wheel. Bila hujan terlalu lebat penglihatan saya jadi terhad. Tambah wiper Viva saya dah tak berapa nak menyapu dengan bersih air hujan yang jatuh di atas cermin hadapan (oh, dah nak kena tukar getah wiper baru ni). Tapi hujan lebat petang semalam kejap je. Around 6 something, dah berhenti. Then jadi panas balik. Wuuu…T_T.

Di Ipoh dah beberapa hari tak hujan. Panas sangat. Nak tidur malam pun jadi tak lena. Asyik terjaga sebab panas. Itu pun dah pasang kipas siling dengan kipas meja. Masih panas lagi. Hannah sampai naik ruam di muka dan kepala sebab berpeluh. Ingat nak beli la Earth Mama Angel Baby: Bottom Balm. Sesuai untuk diaper rash, bug bites and other type of rashes. Anyway, cerita balik pasal cuaca panas tadi. Bila dah cuaca panas macam ni, rasa macam nak beli aircond je. Tapi bila mengenangkan bil elektrik yang sekarang cuma bayar around RM40-RM50 per month akan jadi RM100++ per month (dan saya le orang yang akan membayarnya), aircond jadi angan-angan je la. Huhuhu. Lagipun tak nak biasakan Hannah dengan aircond. Nanti nak pergi mana-mana asyik nak beraircond je. En. Suami pun tak tahan tidur dalam aircond sangat.

Pergi kerja pagi ni hari agak mendung sedikit. Harap-harap hujan la lagi. Hujan itu kan rahmat. (”,)

Promo

Piawai

Huh, dah lama saya tak update blog. Busy sikit 2-3 hari ni. Actually kat entri ni saya nak promo sikit blog saya yang baru. Huhuhu. Oh, saya tak reti la nak pakai Blogspot/Blogger. Bagi saya tak friendly sebab saya susah nak edit post and nak upload gambar. Banyak benda nak kena altered. Bagi saya kelebihan Blogspot/Blogger cuma dia boleh tukar template-template menarik dari website yang provide template untuknya.

Blog yang baru ni blogshop. Saya nak jual baju-baju dan kasut-kasut lama yang still in good condition yang saya tak pakai lagi dah. Daripada terperuk dalam almari dan stor, baik saya jual je. Dapat gak duit saku sikit. Hehehe. Anyway, malas nak cerita panjang. Feel free to drop by at my blogshop – Balqis’s Treasure Chest. Chiao!

Nota kaki: Kalau ada yang berkenan, jangan segan silu nak order. Boleh saya reservekan. Hohoho.

Apa yang penting? Kerjasama!!!

Piawai

Tiba-tiba saya teringat lagu ni (bukan teringat sangat pun tapi sebab sana sini orang dok nyanyi lagu ni kan). Saya jarang-jarang tengok. Kalau tengok pun yang versi original dalam English. Tak kisah la dalam versi Melayu ke, English ke…yang penting kerjasama!!!

Wonder Pets! Wonder Pets! kami datang,
Membantu haiwan yang dalam kesusahan!
Kami tak besar,
Dan kami tak kuat,
Bila Bekerjasama semua jadi mudah.
Yeah, Wonder Pets! Yay!
Apa yang penting??
Kerja~sama~!
Apa yang penting?
Kerja~sama~!

Cutiii…

Piawai

Hari ni cuti umum bagi negeri Perak. Actually cuti carry forward sebab semalam ulang tahun keputeraan Sultan Perak. Sepatutnya cuti weekend ni saya dan famili nak pergi cuti-cuti Malaysia tapi tak jadi. Ada urusan lain. Kebetulan Hannah pula demam. So, kena tangguh la bila-entah-nak-pergi cuti-cuti tu. Tak tahu la bila.

Anyway, hari ni just duduk di rumah. Tido (ini lepas bangun Subuh dan breakfast). Kemas rumah sikit-sikit (hmmm…sikit ke?). Hannah ada sedikit cranky hari ni (sila refer komen saya di entri Demam 2).

Ohh…saya penat mau update. Esok saya tulis lagi la. Bye.

Demam 2

Piawai

Hannah demam lagi. Kali kedua dalam masa 6 minggu. Mungkin sebab keadaan cuaca sekarang yang tak menentu. Sekejap hujan, sekejap panas. Tapi cuaca semalam memang panas sangat. Air paip pun panas semacam. Anyway, nasib ada baki ubat demam yang lepas. So, tak perlu la pergi ke klinik. Hannah macam biasa tak cranky sangat. Bila dia rasa betul-betul tak selesa baru dia menangis. As long as dia kenyang, nappy dah tukar dan kain kesukaan dia ada, she’s happy.

Tadi dalam pukul 3am, saya kejutkan dia makan ubat (kena makan ubat ikut masa ya). Actually Hannah pun dah bangun waktu tu. Badan dia still panas lagi. Bila dah tukar nappy, makan ubat dan minum susu, dia tak nak tidur lagi. Dia nak ajak main. Huuu…saya nak sambung tidur. Saya bawa dia baring sekali atas katil saya. Letak tengah-tengah di antara saya dan En. Suami. Saya tepuk-tepuk dia sikit nak bagi lena. Tapi macam saya yang nak terlena. En. Suami terjaga bila dengar Hannah cooing. Dia pun tolong tepuk-tepukkan Hannah. Then saya tak sedar apa dah.

Bila terjaga pukul 6am, Hannah dah lena. Mesti terlena sebab dah penat main sorang-sorang. Kesian Hannah takde orang nak teman main. Sebelum keluar rumah tadi, Hannah still tidur lagi. Cium pipi dia kiri dan kanan. Cium dahi. Cium hidung. Terasa haba panas. Huuu…sebak kejap bila tengok dia tak sihat macam ni. Pesan pada En. Suami her next medication intake pukul 11am. Kalau badan dia still panas, tak payah mandikan. Lap sudah memadai.

Saya pergi kerja pagi ni dengan hati yang berat.

A day at TLDM

Piawai

Semalam saya ke TLDM Lumut. Seharian di sana. From dusk to dawn (saya keluar rumah jam 6.30am dan sampai rumah semula jam 7.50pm). Ada presentation tentang beberapa sistem keselamatan yang ingin kompeni saya usulkan di beberapa tempat di base TLDM termasuk Hospital Angkatan Tentera. Tapi bukan saya yang buat presentation ya. Saya cuma jadi minah interframe je. Hahaha. Saya pun tak tau la apa purpose saya diheret sekali ke sana. Tapi ok juga. Boleh usha abang-abang navy. Opppss…jeles pula En. Suami nanti. =p.

Actually ini 1st time saya masuk ke dalam base TLDM. Sangat-sangat teruja nak tengok macam mana rupa base TLDM. Nak masuk gate utama kena tinggalkan IC. Abang navy di guard post akan beri pas pelawat. Melewati je post guard tu, saya dah boleh nampak beberapa base seperti KD Duyong, KD Pelandok, Depoh Peluru, Markas Sistem Armada dan etc. Ada sesetengah base yang kena ambil pas pelawat juga kalau nak masuk. Macam Markas Sistem Armada. Dari sini boleh nampak kapal-kapal perang yang berlabuh. Silap saya tak bawa camera. Kalau tidak boleh saya tunjuk kapal-kapal perang tu. Bersih je. Ya la, kita mana pergi berperang. Of course semua kapal tu nampak clean and clear.

Presentation tu di HATL. Selepas presentation kami melawat la sekitar kawasan HATL yang mahu ditingkatkan sistem keselamatannya. Ward mana nak letak door access yang guna proximity card. Mana nak letak CCTV. Tapi ini belum confirm lagi. Baru tengok-tengok je dulu. Tak semestinya kami akan dapat projek untuk HATL tu. En. Suami ada bagitau, medical equipments yang digunakan di HATL adalah antara yang tercanggih dan terbaik di Malaysia. Even doktor-doktor pakar pun ramai yang bagus-bagus di sini. Hey, kalau tak tercanggih dan terbaik, macam mana nak rawat abang-abang navy yang sakit-sakit tu? Mereka kan kena sentiasa sihat. Nanti macam mana nak pergi perperang kalau sakit (err, kita akan pergi berperang ke?).

Here is like a small community. Mereka macam tak perlu ke Sitiawan or Seri Manjung untuk cari apa-apa. Everything ada dalam base tu. Bank, pasar, pasaraya mini, foodcourt (kami makan di sini tapi bayar sendiri-sendiri sebab En. Manager kedekut mahu belanja…=(..), etc. Dah lengkap. Cuma kalau mereka nak shopping lebih-lebih memang nak kena keluar dari base la. Masa jalan-jalan dalam base, seronok tengok ramai orang pakai uniform. Mereka nampak begitu segak sekali dengan uniform putih itu. Can you imagine how they manage to maintain the whiteness of their uniform? Sama juga dengan nurse. Nampak bersih je from top to toe. Kalau saya lah diberi uniform putih untuk dipakai seharian, confirm akan ada comot-comot. Tak banyak, sedikit. Terutama bila makan. Kalau saya makan makanan berkuah lagi la. Mesti terpercik-percik. Huhuhu.

Segak kan?

Segak kan?

Nampak bersih je kan?

Nampak bersih je kan?

Anyway, semalam saya berpeluang la berjumpa dengan beberapa Pegawai Memerintah termasuk Pengarah HATL. Dan saya pun belajar la serba sedikit prosedur untuk membida tender dan bagaimana untuk mendapat kontrak projek-projek di TLDM. Yes, it’s very though especially for civilian company like us. Majoriti kompeni yang berjaya mendapat kontrak atau tender jutaan Ringgit atau Dollar itu adalah kompeni yang ditubuhkan sendiri oleh bekas-bekas navy. Ya, nampak ada sedikit seperti kronisme di sini. But I think you all know why. Or should I explain more about it? Nah. Nanti tak pasal-pasal blog saya ni kena monitor dengan you-know-who. Hahaha. Apa-apa pun banyak la information yang kami dapat. Dos and don’ts. Tips and tricks. But all the quotations and proposal must go through MinDef. Kalau rasa-rasa nak sangat-sangat projek juta-juta tu, pergi la ‘belanja’ orang-orang kat MinDef. Oppsss…

So, kunjungan kami berakhir pada pukul 5.30pm. Tapi misi masih belum selesai. Next week akan datang lagi ke TLDM untuk hantar quotation ke HATL dan mungkin akan singgah di beberapa base yang tak sempat pergi semalam. Sebelum pulang semula ke Ipoh, kami makan-makan sedikit di sebuah kedai mamak di Lumut (kali ni En. Technical Specialist belanja saya. Thanks Sir). Lepas tu En. Manager dan En. Senior Technician sempat beli Magnum. Huhuhu. Masa dalam kereta, En. Manager dapat sms yang nombor dia beli kelmarin menang 2nd place. Hari ni dia nak belanja KFC dengan duit kemenangan tu. Saya kelu sekejap. Mana nak lari sebab saya bawa bekal sendiri??? Hehehe.

Nota kaki: Semalam pergi naik Grand Livina En. Senior Technician. Jadi nak buat review sedikit. Saya tak berapa selesa. Kaki tak boleh nak melunjur macam saya duduk dalam Viva. Terlipat. Sepanjang 1 1/2 jam perjalanan, kaki saya tak diam sebab dah kebas-kebas. Mungkin sebab En. Manager yang duduk di hadapan saya (dia agak besar sedikit orangnya) so kerusi di hadapan dia laraskan kebelakang sangat. Kalau En. Suami confirm dia tak boleh duduk langsung. Baik beli Proton Exora. Masa tengok launchingnya semalam, nampak macam selesa. Siap ada GPS dan DVD player lagi. Tapi ini mungkin untuk yang high-line. Base-line or medium-line mesti takde. Tak kisah la. Harga pun berpatutan. Sesuai la dengan kehendak rakyat Malaysia yang mahu barang berkualiti tapi murah. Hmm…nanti nak ajak En. Suami pergi showroom Proton la. Nak test naik Exora. Tapi saya masih teringinkan Estima or Alphard. Macam mana ya?

Gambar: ehsan daripada Google.