Ipoh-Serdang-Ipoh

Standard

Saya sudah pulang dari berkelana. Kikiki. Sepatutnya entri ini saya publish pada hari Khamis yang lalu. Tapi disebabkan saya asyik save post aje, so entri ni duduk la dalam draft selama beberapa hari. Entri yang asalnya panjang berjela, saya edit dan pendekkan. Malas nak cerita panjang-panjang. Tapi rasa macam panjang juga. ^_^.

Selama di Serdang saya dapat la berjumpa-jumpaan dengan teman-teman lama di Alamanda. Huh, Alamanda dah banyak berubah. Dah penuh semua shop lot yang dulu kosong. Penuh juga dengan orang-orang gomen. Saya rasa la kan, orang-orang gomen ini semuanya kaya-kaya belaka. Mana tak, tangan penuh dengan shopping bags. Jeles sekejap. Hehehe. Nasib saya takde kad hutang yang boleh digelek sesuka hati. Kalau tidak, saya pun jadi macam orang-orang gomen. Kikiki. Oh, thanks Rozai sebab datang juga ke Alamanda jumpa kami walaupun kena datang dari LCCT. And thanks Wahed sebab belanja makan Kenny Rogers.

Training saya pula biasa-biasa saja. Tak terlalu formal. Lebih kepada hands-on. Ok la. Ini pun sebab saya seorang saja. Kalau ramai dan formal, mungkin saya akan minta bantal dan tidur di bawah meja. Trainer yang bagi training tu pun sempoi je. Tahu juga la nak buat lawak. Hari kedua training tu cuma separuh hari je. Jadi pukul 1 sudah habis. Saya ingat lepas habis training tu ada la depa nak bagi sijil ke, cenderahati ke. Apa pun takde. Yalah, training free. What do you expect?

Journey balik ke Ipoh sama bosan dengan journey pergi ke Serdang. Keluar dari MTDC-UPM pukul 1pm. Singgah makan Burger King (saya tak ban BK juga) di Restoran Jejantas Sg. Buloh dan solat. Ada la dalam 50 minit. Kemudian Viva saya terus maintain 120-130kmph. Huh! Saya jarang-jarang bawa selaju ini. Jangan ada speed trap sudah la. Dah la dengan radio yang volumenya saya naikkan hingga 20. Saya nyanyi kuat-kuat nak hilangkan rasa bosan dan mengantuk. Kereta-kereta yang lalu sebelah saya mungkin ingat saya gila kut melihatkan rupa saya yang agak tidak menarik ketika menyanyi. Ah, pedulikan! 4.30pm saya sampai di depan pintu pagar rumah. So, you do the math la berapa jam dari Serdang ke Ipoh.

Anyway, saya dah balik rumah. Lepas ni nak ke mana pula ya?

3 responses »

  1. x melayang2 ke drive viva laju2? aku x boleh bwk laju. tunang aku pun drive slow2, jadi xleh lawan tokey. haha.

  2. mana ada org gomen kayo2?
    kalu dah kayo,eden rembat satu honda civic beb huhuhu amin

  3. imm: melayang belum lagi tapi stereng ada gegar sikit. rasanya kalau bawak 160kmph memang dah terbang viva ni. hahaha.

    wahead: apa kelass honda civic. beli accord or camry la. tak pun lancer. kikiki.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s