4 bulan

Standard

Saya dah lama tak cerita pasal Hannah kan? Hannah sekarang sudah 4 bulan. Kejap je masa berlalu. Sedar-sedar dah 4 bulan umur Hannah. Hannah sudah bulat dan tembam. But still maintain cute. Hehehe. Ni ada la sikit pics terbaru Hannah. Oh, lupa nak bagitau. Rambut Hannah sekarang sudah tumbuh semula. Cacak-cacak. Kiyut!!

Hannah yang dah semakin moolat =p

Hannah yang dah semakin moolat =p

Gaya santai ;p

Gaya santai ;p

Hannah tido sini, papa tido kat sana...ZZzzzZZ

Hannah tido sini, papa tido kat sana...ZZzzzZZ

Ni la kain kesayangan Hannah

Ni la kain kesayangan Hannah

Mama nak ke kain Hannah ni?

Mama nak ke kain Hannah ni?

Apa yang Hannah boleh buat bila dah 4 bulan?

  1. Dah pandai respon bila saya panggil nama dia (tapi kadang-kadang buat tak layan juga).
  2. Makin suka makan tangan. Kalau boleh kedua belah tangan dia nak masukkan dalam mulut.
  3. Menangis bila takde orang nak teman/tengok/layan dia. Dah biasa dekat rumah pengasuh ramai orang. Bila saya balik dari kerja and nak kena prepare dinner, either bawak Hannah ke dapur (dia duduk dalam rocker la…takkan nak terbaring atas lantai dapur kut) or pasang TV channel kartun (nak bagi dia rasa ada suara orang sembang-sembang walaupun bukan dengan dia).
  4. Dah pandai buat bunyi-bunyi. Orang putih kata cooing.
  5. Suka bersembang. Kadang-kadang dah malam, saya dan En. Suami dah ngantuk-ngantuk nak tidur, dia dok nak ajak bersembang-sembang lagi. Saya pun layan je la sampai last-last saya yang tertidur.
  6. Hannah ada kesukaan baru. Hisap/makan kain or apa je benda yang dia boleh capai. Sampai kadang-kadang tu baju dia sendiri dia tarik nak makan. Then kalau kain tu, dia buat peluk or letak kat pipi sambil tangan satu lagi hisap jari. Terus lena.
  7. Hannah tak pandai nak meniarap lagi tapi saya selalu ajar dia meniarap (kiranya saya la yang tolong meniarapkan Hannah). Mula-mula dulu tak biasa. Meniarap kejap dah menangis. Tapi bila dah selalu buat dah ok la sikit. Sebab tengkuk tak berapa nak keras lagi, dia just boleh nak angkat kepala sikit-sikit je la. Then, terus muka sembam kat atas mattress or play mat. Takpe la Hannah. Nanti kita cuba lagi ya. Gambate kudasai!!!
  8. Suka sangat bila En. Suami dok timang-timang dia. Gelak mengelekek. Tapi bila saya timang dia tak gelak pun. Caiss…pilih bulu betul la Hannah ni. Mentang-mentang tangan En. Suami besar. Sedap je bila tangan besar tu pegang badan dia. Tangan saya kecik. Dia rasa tak best kut. =(

So, nanti-nanti saya cerita lagi pasal Hannah ya. Till then, bye!

4 responses »

  1. imm: seronokkk!!! bila dah ada anak sendiri kau boleh gomol sesuka hati, cium bertubi-tubi, dukung sana-sini…macam2 la.

  2. a.z.n.e.e: kau tak pernah tgk ke gambor hannah sebelum ni? kat frenster kan ada…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s