Jalan ini aku yang punya!!!

Standard

Saya tensi. Tensi dengan driver-driver yang ingat jalan-jalan di Malaysia ni mereka yang punya. Oit, kalau kome yang punya jalan, tak payah bayar cukai jalan la weh!

Ada beberapa jenis driver yang sangat-sangat membuatkan saya boleh dapat darah tinggi dengan mudah.

  1. Tak reti or memang tak tau yang kereta mereka ada  turn signal. Kau nak belok kiri ke, kanan ke, bagi la signal yop/yong. Saya bukan ada kuasa yang boleh predict kamu mahu belok ke mana. Lagipun, it doesn’t require your whole body to move to use the turn signal. Just use your hand moron!
  2. Yang ‘speeding’ pada kelajuan 60-80kmph tapi duduk di lane kanan. Dei, kalau kau nak makan angin, duduk la di lane yang sepatutnya. Saya dan pemandu-pemandu lain bukan mahu makan angin. Kami mahu pergi bekerja. Kami tak mahu punch card kami merah. Eee, kadang-kadang rasa mahu sondol je buntut kereta kamu tu.
  3. Kereta-kereta yang mengekori rapat buntut Viva saya. Rasa macam mahu brek dengan tiba-tiba dan biar kereta kamu cium buntut Viva saya tu. Nak ikut rapat sangat kan. Tapi nasib la saya sayangkan Viva saya ni. Tak mahu mencederakannya dengan sengaja.
  4. Kereta-kereta yang tidak mahu memberi laluan apabila ada dua atau lebih jalan yang akan bercantum menjadi satu. Ya, saya tahu kamu mahu cepat. Saya pun mahu cepat. Kereta-kereta di belakang saya juga mahu cepat. So, why don’t you just give a way and didn’t make cars behind me honking like crazy and curse you later.
  5. Kereta yang memberi headlight dari jauh kononnya dia sangat laju dan mahu cepat dan saya menghalang kelajuannya itu. Hello, saya tengah overtake sebuah lori panjang dan Viva saya bukan Buggati Veyron yang boleh memecut dari 0-60kmph dalam masa 2.5 saat. So, stop flashing your headlights.
  6. Driver yang memberhentikan keretanya di bahu jalan tapi sebenarnya macam di tengah jalan. Golongan ni memang tak tahu nak bajet bahawa bahu jalan itu tidaklah seluas jalan dua lane. Mungkin dia rasa kalau dia berhenti di lane kiri, masih ada lane kanan lagi. Kereta-kereta lain masih boleh lalu lagi. Kepala hotak kau la! Biar la ada kereta yang laju dan memotong di sebelah kiri langgar kereta kau tu.
  7. Kereta yang pasang headlights sedangkan area tu terang dengan lampu-lampu jalan. WTH??!! Kalau kereta kau masuk jalan kampung yang takde lampu sepanjang jalan ya la nak kena pasang headlights. Then bila ada kereta lain di depan kau atau kereta datang dari arah bertentangan, kau turn off la headlights tu. Ini tak. Ada kereta ke, ada lampu jalan ke, kau biar je la headlights kau tu suluh mata orang lain. Tambah pulak headlights kau tu jenis HID.  Sengal apa kau ni?
  8. Kau parkir kereta kau tak masuk kotak. Main belasah je asal dapat parkir. Dah tu rapat dengan kereta orang lain. Kau ingat semua orang slim & slender macam kau ke?

Ikutkan banyak lagi. Tak larat saya nak senaraikan. Kepada teman-teman saya yang ada tergolong dalam senarai ni, cepat-cepat la pergi muhasabah diri semula ya. Kikiki. =p

7 responses »

  1. hey. sama la.
    saya pun selalu rasa situasi di atas, dan mmg akan geram dgn org mcm tu.

    dan yg paling sama sekali, kita adalah pemandu Viva!

  2. nurnana: tu la. tak boleh ke mereka semua ni jadi pemandu yang berhemah? bukan nak kata aku berhemah sangat, but at least i’m not a jerk behind the wheel.

    yeah, Viva cool!

    imm: aku takmo la jadi road bully. instead of lepas geram kat atas jalan, lepas geram kat dalam blog je la. huhuhu.

  3. dear,
    from no 1-8…..
    u have just described a lady driver… wakakakakakakakaaaaaaa…..

  4. lord_darkslide: tak semestinya lady driver la…lelaki pun same jerk…ehem…bukan ade org tu selalu kena remind ke bila tak bagi turn signal. =p

    sape mellrose? apekah?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s