Mee kari tersalah percaturan

Standard

Hari ini buat pertama kalinya saya masak mee kari. Resipinya saya campur-campur dari resipi-resipi yang saya ambil dari internet. Tapi saya ada altered sikit-sikit ikut selera saya. Ingredient yang paling utama ialah rempah karinya. Saya guna rempah kari giling made in Kuala Kedah. Biras saya yang bagi masa hari Raya lepas. Ya, terperap dalam freezer selama 6 bulan dan ya, it’s still edible. Bila bahan-bahan semua dah ready, apa lagi masak la.

Bila kuah kari tu dah nak start boiling, saya pun rasa la sikit. Ya la, nak tau cukup ke masin, cukup ke pekat. Ya Allah! Pedas gilos!! Serius, memang pedas tak ingat la kuah tu. Terasa menyengit sangat sampai ke kepala. Saya tambah la air lagi nak kurangkan rasa pedas tu. Tapi still pedas gak. Saya bagitau la kat En. Suami yang kuah kari tu pedas. Dia tanya banyak mana saya bubuh rempah kari giling tu? Saya bagitau la saya bubuh 1 paket. En. Suami tepuk dahi. Rupa-rupanya kena bubuh 1 sudu je la. Mana ada orang bubuh sampai 1 paket. Itukan rempah giling. Rempah giling tak sama dengan rempah kering yang dalam paket tu. Ini mau sakit perut sebab kepedasan. Hehehe. Saya pun tambah la air lagi sampai dah nak penuh kuali (saya takde periuk besar so guna kuali). Itu pun still pedas lagi. Oh, nak buat macam mana. Inilah gara-gara orang tak tau nak guna rempah giling.

So, lepas ni saya dah tau la macam mana nak buat mee kari tanpa tersilap percaturan. Hehehe. Sesiapa nak rasa mee kari saya yang tak seberapa ni sila la datang ke rumah. Tapi saya jamin mee kari yang kamu buat seribu kali lebih sedap daripada yang saya buat. =D.

Ittada kimasu!

Ittada kimasu!

6 responses »

  1. wah..! teruje. nih yang mak usu buat ke? macam nak try! eheh. nanti kitorang balek ipoh, mak usu kene buat! haha.

  2. zaynab: ini mak usu buat la. kalo yang kat dalam resepi tu, presentation mee kari dia cantek lagi. =). kalo nak rasa tunggu kome balek raya nanti ar.

  3. huhuhuhu.. mesti berdesing telinga kalau makan mee kari tu. takpe2.. try and error. huhuhu.. belajar melalui kesilapan. kan kan. hihihi..

  4. landaklaut: ya, memang berdesing telinga aku masa memula taste kuah mee kari tu. bila dah altered sket, baru kurang sket pedas but still pedas banget bagi aku yang tak berapa makan pedas ni. anyway, pas ni leh try lagi. =)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s