Telefon berbunyi ring…ring…ring…

Standard

Saya sedang berkira-kira mahu menukar handphone. Tapi saya tak pasti lagi mahu menukar ke handphone jenama apa. Saya sudah biasa dengan Nokia kerana bagi saya Nokia user friendly. Saya pernah juga pakai beberapa jenama lain seperti Motorola dan Samsung. But saya still rasa Nokia lebih mudah digunakan. Teringinkan LG Cookie. Sudah beberapa kali ke website LG untuk melihat specs Cookie. OK. Murah pun murah. Less than RM1k. Tapi bila tengok Nokia 5800 XpressMusic, teringin yang tu pula. Then tengok iPhone, nak yang tu pula. Tapi iPhone nak kena ada iBook. Ohh…rambang mata saya. @_@.

LG Cookie

LG Cookie

Nokia 5800 XpressMusic

Nokia 5800 XpressMusic

Apple iPhone

Apple iPhone

Sejarah handphone saya bermula pada tahun 1999. My first handphone adalah Motorola. Abah punya tapi dia macam tak mahu menggunakannya lagi lalu saya rembat buat harta sendiri. Hehehe. Agak keji sedikit saya waktu itu. Besar handphone tu. Boleh buat baling anjing kata orang. Saya register line dengan Maxis. Ketika itu Maxis takde prepaid lagi. So, saya guna postpaid. Student package. Seronok la sekejap sebab ada handphone. Setahun je saya pakai Motorola tu. Dia hilang/tertinggal dalam teksi. Saya sangat kuciwa. T_T. Nak letak gambar tapi tak ingat model apa. Cari kat Google pun tak jumpa.

Then saya beli Nokia 3210. Tengah glamer Nokia 3210 waktu ni. Ramai students pakai. Ya la, the first handphone yang takde antenna. Ada member beli sampai RM1k++ masa dia mula-mula keluar dulu. Saya beli RM600++ je. Guna duit Mara. Hahaha. Ini la handphone yang menjadi ‘pengikat’ saya dan E. Suami dulu. Bergayut tak kenal waktu. Lama juga saya guna Nokia 3210 tu. Kemudian saya bagi Nokia tu ke En. Suami sebab handphone En. Suami hilang. Saya rembat lagi handphone abah (abah dah ada handphone baru, handphone lama dia simpan merata-rata). Motorola juga. StarTac.

Nokia 3210

Nokia 3210

Motorola StarTac

Motorola StarTac

StarTac ni saya pakai kejap je. Masa kerja di MPH saya dah tergedik-gedik nak beli handphone baru guna duit hasil titik peluh sendiri. Chewahh! So, saya pulangkan balik StarTac. Saya beli Nokia 2100. Nokia ni ada lagi sampai sekarang dan masih elok lagi kondisinya. Cuma baterinya ada sedikit mereng. Saya beli tahun 2003. Bila masuk UPM, abah bagi handphone dia ke saya. Nokia 3100. Mak pun pakai model yang sama. Handphone ni glow in the dark. Macam perak je saya bila tengok handphone ni glow malam-malam dalam gelap. Handphone ni screennya dah rosak sebab pernah ada adegan “mari-baling-handphone-ke-dinding-dan-lihat-dia-boleh-pecah-atau-tidak”. Kamu boleh agak kut kenapa ada adegan tu. Kikiki.

Nokia 2100

Nokia 2100

Nokia 3100

Nokia 3100

Tapi masa 2nd year saya dah tergedik nak beli handphone baru. Dengan guna duit PTPTN, saya beli Nokia 6230. Huuu…ada kamera tu. Dok asyik tangkap gambar je la guna handphone ni. Tapi takde snapped pic or video yang boleh kuar kat Youtube ya. Handphone ni pun lama-lama dia jadi mereng. Pernah jangkit virus. Bluetooth and infrared dah tak boleh guna. Bateri sekejap full sekejap empty. Last-last saya bagi pada En Suami sebab handphone Nokia 3210 yang saya beri dulu dah tamat riwayatnya (untungnya En. Suami ada girlpren/bini yang baik hati boleh bagi handphone suka-suki).

Nokia 6230

Nokia 6230

Currently saya pakai Samsung SGH-X430 arwah abah punya. Tapi handphone ni pun mula buat perangai sikit. Sekejap ada services, sekejap takde. Bila berbual, asyik putus-putus. Kadang-kadang tanpa ada amaran terus ter’off’ sendiri. Ini yang buat saya nak beli handphone baru. Tapi noticed tak yang ketiga-tiga handphone yang saya teringin itu adalah berjenis touch screen?

Samsung SGH-X430

Samsung SGH-X430

14 responses »

  1. oh.. mengimbau kenangan lama..
    1st hp aku, boleh baling anjing pun mati… berat nk mampus…
    aku jugak rindu pda aku yg dh ilang..
    smpi skrg masih tiada pengganti..

  2. ko angkat black berry la..ai laikkk..hahahah

    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

    wakakaka

  3. a.z.n.e.e: aku ada minat gak kat pda tapi terlalu complicated utk aku yang simple nih. hehehe.

    wahead: blackberry? lebor sangat la. macam besor anak kucing. nanti tak muat masuk poket. huhuhu

  4. cookie ngan express music tuh ok gak…
    hmmm.. nih rasa mcm nak tukar hp gak nih…

    hujung bulan nih rembat la 1… kata claim banyak bulan nih… pegi KL la katakan…. hehehhehe

    kesian en.suami… dapat hp recycle jerk.. ntah2 lepas nih ader can plak dapat hp samsung turun-temurun dari arwah abah->balq15->en.suami.

    hehehe

  5. hoho. touch screen tuh. hum. banyak kali ek mak usu tukar hp? eish.eish. hp saye masih sehat. erk. sakit sikit kot. haha.

  6. lord_darkslide: hehehe. tak sangka ada orang terpengaruh dengan gambor2 handphone ni. jom beli.

    zaynab: nak wat cane, dah handphone sume 2nd hand.

  7. saya tak tahu kenapa saya dan kamu banyak persamaan.

    handphone pertama saya nokia 3210.
    yg kedua, nokia butterfly (ni tak sama).
    yg ketiga nokia 2100

    dan currently, saya sedang guna handphone arwah ayah saya.

    ia adalah nokia 6280.

    saya suka nokia. telefon lain, saya tak reti guna.

  8. ya, hanya kebetulan.

    tapi kan, saya tak pernah beli hp sebenarnya.
    semua nya ayah yg belikan.

    saya ni dulu, saya ni jenis org yg suka sorokkan identiti. tak mahu orang tahu siapa saya. di kala orang dh guna hp, saya masih tak pernah ada hp sendiri.

    sampai dah duduk jauh dari keluarga pun, masih tak mahu guna hp. ayah saya bg sms pd kwn saya suruh saya telefon rumah. (guna public phone). boleh je ayah nak kol kawan saya terus, tp saya tak mahu.

    tahun 2003, baru saya reti semua tu. tu pun ayah yg belikan hp. tu nombor pertama saya, dan sampai sekarang saya guna nombor yg sama.

    hp pun ayah yg nak tukar kan.

    teruk saya ni. terlalu bergantung pd ayah.

    sori, ni dah mcm entri pulak.

  9. nurnana: huhu…takpe. aku pun dulu boleh dikatakan banyak bergantung dengan abah. mungkin sebab aku bongsu. semua benda nak abah yang settlekan. bila abah dah takde, aku jadi lost sekejap. tapi lama-lama aku dah tahu. masa nak kawen, hampir semua aku yg handle sendiri. aku rasa bangga sebab aku dah tak rely dengan orang. tapi bila dah kawen, aku rasa aku banyak rely dengan en.suami. huhuhu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s