A day at TLDM

Standard

Semalam saya ke TLDM Lumut. Seharian di sana. From dusk to dawn (saya keluar rumah jam 6.30am dan sampai rumah semula jam 7.50pm). Ada presentation tentang beberapa sistem keselamatan yang ingin kompeni saya usulkan di beberapa tempat di base TLDM termasuk Hospital Angkatan Tentera. Tapi bukan saya yang buat presentation ya. Saya cuma jadi minah interframe je. Hahaha. Saya pun tak tau la apa purpose saya diheret sekali ke sana. Tapi ok juga. Boleh usha abang-abang navy. Opppss…jeles pula En. Suami nanti. =p.

Actually ini 1st time saya masuk ke dalam base TLDM. Sangat-sangat teruja nak tengok macam mana rupa base TLDM. Nak masuk gate utama kena tinggalkan IC. Abang navy di guard post akan beri pas pelawat. Melewati je post guard tu, saya dah boleh nampak beberapa base seperti KD Duyong, KD Pelandok, Depoh Peluru, Markas Sistem Armada dan etc. Ada sesetengah base yang kena ambil pas pelawat juga kalau nak masuk. Macam Markas Sistem Armada. Dari sini boleh nampak kapal-kapal perang yang berlabuh. Silap saya tak bawa camera. Kalau tidak boleh saya tunjuk kapal-kapal perang tu. Bersih je. Ya la, kita mana pergi berperang. Of course semua kapal tu nampak clean and clear.

Presentation tu di HATL. Selepas presentation kami melawat la sekitar kawasan HATL yang mahu ditingkatkan sistem keselamatannya. Ward mana nak letak door access yang guna proximity card. Mana nak letak CCTV. Tapi ini belum confirm lagi. Baru tengok-tengok je dulu. Tak semestinya kami akan dapat projek untuk HATL tu. En. Suami ada bagitau, medical equipments yang digunakan di HATL adalah antara yang tercanggih dan terbaik di Malaysia. Even doktor-doktor pakar pun ramai yang bagus-bagus di sini. Hey, kalau tak tercanggih dan terbaik, macam mana nak rawat abang-abang navy yang sakit-sakit tu? Mereka kan kena sentiasa sihat. Nanti macam mana nak pergi perperang kalau sakit (err, kita akan pergi berperang ke?).

Here is like a small community. Mereka macam tak perlu ke Sitiawan or Seri Manjung untuk cari apa-apa. Everything ada dalam base tu. Bank, pasar, pasaraya mini, foodcourt (kami makan di sini tapi bayar sendiri-sendiri sebab En. Manager kedekut mahu belanja…=(..), etc. Dah lengkap. Cuma kalau mereka nak shopping lebih-lebih memang nak kena keluar dari base la. Masa jalan-jalan dalam base, seronok tengok ramai orang pakai uniform. Mereka nampak begitu segak sekali dengan uniform putih itu. Can you imagine how they manage to maintain the whiteness of their uniform? Sama juga dengan nurse. Nampak bersih je from top to toe. Kalau saya lah diberi uniform putih untuk dipakai seharian, confirm akan ada comot-comot. Tak banyak, sedikit. Terutama bila makan. Kalau saya makan makanan berkuah lagi la. Mesti terpercik-percik. Huhuhu.

Segak kan?

Segak kan?

Nampak bersih je kan?

Nampak bersih je kan?

Anyway, semalam saya berpeluang la berjumpa dengan beberapa Pegawai Memerintah termasuk Pengarah HATL. Dan saya pun belajar la serba sedikit prosedur untuk membida tender dan bagaimana untuk mendapat kontrak projek-projek di TLDM. Yes, it’s very though especially for civilian company like us. Majoriti kompeni yang berjaya mendapat kontrak atau tender jutaan Ringgit atau Dollar itu adalah kompeni yang ditubuhkan sendiri oleh bekas-bekas navy. Ya, nampak ada sedikit seperti kronisme di sini. But I think you all know why. Or should I explain more about it? Nah. Nanti tak pasal-pasal blog saya ni kena monitor dengan you-know-who. Hahaha. Apa-apa pun banyak la information yang kami dapat. Dos and don’ts. Tips and tricks. But all the quotations and proposal must go through MinDef. Kalau rasa-rasa nak sangat-sangat projek juta-juta tu, pergi la ‘belanja’ orang-orang kat MinDef. Oppsss…

So, kunjungan kami berakhir pada pukul 5.30pm. Tapi misi masih belum selesai. Next week akan datang lagi ke TLDM untuk hantar quotation ke HATL dan mungkin akan singgah di beberapa base yang tak sempat pergi semalam. Sebelum pulang semula ke Ipoh, kami makan-makan sedikit di sebuah kedai mamak di Lumut (kali ni En. Technical Specialist belanja saya. Thanks Sir). Lepas tu En. Manager dan En. Senior Technician sempat beli Magnum. Huhuhu. Masa dalam kereta, En. Manager dapat sms yang nombor dia beli kelmarin menang 2nd place. Hari ni dia nak belanja KFC dengan duit kemenangan tu. Saya kelu sekejap. Mana nak lari sebab saya bawa bekal sendiri??? Hehehe.

Nota kaki: Semalam pergi naik Grand Livina En. Senior Technician. Jadi nak buat review sedikit. Saya tak berapa selesa. Kaki tak boleh nak melunjur macam saya duduk dalam Viva. Terlipat. Sepanjang 1 1/2 jam perjalanan, kaki saya tak diam sebab dah kebas-kebas. Mungkin sebab En. Manager yang duduk di hadapan saya (dia agak besar sedikit orangnya) so kerusi di hadapan dia laraskan kebelakang sangat. Kalau En. Suami confirm dia tak boleh duduk langsung. Baik beli Proton Exora. Masa tengok launchingnya semalam, nampak macam selesa. Siap ada GPS dan DVD player lagi. Tapi ini mungkin untuk yang high-line. Base-line or medium-line mesti takde. Tak kisah la. Harga pun berpatutan. Sesuai la dengan kehendak rakyat Malaysia yang mahu barang berkualiti tapi murah. Hmm…nanti nak ajak En. Suami pergi showroom Proton la. Nak test naik Exora. Tapi saya masih teringinkan Estima or Alphard. Macam mana ya?

Gambar: ehsan daripada Google.

5 responses »

  1. beli la apa yg selesa n mampu…tu je la..toksah susah2 pk ^_^

    kalo leh test drive test drive semua sekali dlm pilihan tu

  2. en nabil: bukan nak beli sekarang la incik. tunggu anak dah masuk 4 org baru boleh beli. sekarang still 1 boleh naik lagi viva or wira. hehehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s