Demam 2

Standard

Hannah demam lagi. Kali kedua dalam masa 6 minggu. Mungkin sebab keadaan cuaca sekarang yang tak menentu. Sekejap hujan, sekejap panas. Tapi cuaca semalam memang panas sangat. Air paip pun panas semacam. Anyway, nasib ada baki ubat demam yang lepas. So, tak perlu la pergi ke klinik. Hannah macam biasa tak cranky sangat. Bila dia rasa betul-betul tak selesa baru dia menangis. As long as dia kenyang, nappy dah tukar dan kain kesukaan dia ada, she’s happy.

Tadi dalam pukul 3am, saya kejutkan dia makan ubat (kena makan ubat ikut masa ya). Actually Hannah pun dah bangun waktu tu. Badan dia still panas lagi. Bila dah tukar nappy, makan ubat dan minum susu, dia tak nak tidur lagi. Dia nak ajak main. Huuu…saya nak sambung tidur. Saya bawa dia baring sekali atas katil saya. Letak tengah-tengah di antara saya dan En. Suami. Saya tepuk-tepuk dia sikit nak bagi lena. Tapi macam saya yang nak terlena. En. Suami terjaga bila dengar Hannah cooing. Dia pun tolong tepuk-tepukkan Hannah. Then saya tak sedar apa dah.

Bila terjaga pukul 6am, Hannah dah lena. Mesti terlena sebab dah penat main sorang-sorang. Kesian Hannah takde orang nak teman main. Sebelum keluar rumah tadi, Hannah still tidur lagi. Cium pipi dia kiri dan kanan. Cium dahi. Cium hidung. Terasa haba panas. Huuu…sebak kejap bila tengok dia tak sihat macam ni. Pesan pada En. Suami her next medication intake pukul 11am. Kalau badan dia still panas, tak payah mandikan. Lap sudah memadai.

Saya pergi kerja pagi ni dengan hati yang berat.

4 responses »

  1. imm: tadi dia cranky. bagi susu takmo. baringkan takmo. nak dukung je. tapi lama2 dukung pun asyik nangis je. kena gilir2 dengan en. suami dukung dia. dah la last dia minum susu pukul 2.30pm. dah 7.30pm dia tak minum susu lagi. dia sebenarnya dah lapar tapi sebab meragam terus takmo minum susu. last2 pukul 8 tu, kuar umah bawak gi jalan2. terus senyap and lena. masa dia lena tu la bagi minum susu. daripada 6oz, habis la 4oz. jadi la daripada tak minum langsung. pusing2 pekan lagi nak bagi dia lena balik. sampai umah terus letak dalam baby cot. harap2 lena la sampai pagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s