Hujan yang panas

Standard

Alhamdulillah, akhirnya petang semalam hujan. Lebat. Nasib saya sempat masuk ke dalam Viva masa hujan masih rintik-rintik. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah saya memandu dalam keadaan leaning sedikit ke hadapan. Lean sedikit je lagi, mulut saya akan cium steering wheel. Bila hujan terlalu lebat penglihatan saya jadi terhad. Tambah wiper Viva saya dah tak berapa nak menyapu dengan bersih air hujan yang jatuh di atas cermin hadapan (oh, dah nak kena tukar getah wiper baru ni). Tapi hujan lebat petang semalam kejap je. Around 6 something, dah berhenti. Then jadi panas balik. Wuuu…T_T.

Di Ipoh dah beberapa hari tak hujan. Panas sangat. Nak tidur malam pun jadi tak lena. Asyik terjaga sebab panas. Itu pun dah pasang kipas siling dengan kipas meja. Masih panas lagi. Hannah sampai naik ruam di muka dan kepala sebab berpeluh. Ingat nak beli la Earth Mama Angel Baby: Bottom Balm. Sesuai untuk diaper rash, bug bites and other type of rashes. Anyway, cerita balik pasal cuaca panas tadi. Bila dah cuaca panas macam ni, rasa macam nak beli aircond je. Tapi bila mengenangkan bil elektrik yang sekarang cuma bayar around RM40-RM50 per month akan jadi RM100++ per month (dan saya le orang yang akan membayarnya), aircond jadi angan-angan je la. Huhuhu. Lagipun tak nak biasakan Hannah dengan aircond. Nanti nak pergi mana-mana asyik nak beraircond je. En. Suami pun tak tahan tidur dalam aircond sangat.

Pergi kerja pagi ni hari agak mendung sedikit. Harap-harap hujan la lagi. Hujan itu kan rahmat. (”,)

7 responses »

  1. ii kak balqis..ada jual ek botol tommee tippee kt ipoh..aritu jenuh cari tak jumpa…wan tag blog kak balqis ek

  2. akak pun baru lagi jumpa tommee tippee tu kat tesco. accessories dia yg lain pun ade gak jual.

  3. a’ah.. skrg panaz sgt2.. kat utara lagi panas.. katanya panaz yg melampau.. anak2 buah aku pun naik2 ruam.. sian aku tgk..

    aku kat umah ni pun xtau brape kali pegi mandi.. malam kang lagi sekali mandi.. panas siot…

  4. ipoh memang sangat sangat panas. panas yang berbahang. lepas ujan pun panas. tak tahan betul. kitorang pun dok berkira kira nak beli ekon. dah tak peduli la bil letrik naik berganda ganda pun. kitorang dah mengelupur duduk rumah.

    neway, saya link kan akak punya blog yeh. ~

  5. a.z.n.e.e: kalau mandi rasa macam nak lama2 je. tapi tak best sebab air pili pun panas juga. macam nak mandi ais. hehehe.

    .i.n.a.z.: hehehe. ni pun dah mengelupor juga. tapi tahan je la dolu.

  6. acik ayu: alahai ciannya. makan la ubat. do take care of yourself ok. moga cepat2 baek.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s