Anak kita

Standard

Malam tadi saya tonton Buletin Utama sambil makan spaghetti dan mushroom soup yang dimasak En. Suami. Tiba-tiba saya jadi sebak dan menangis apabila berita tentang penderitaan adik Irshad Azizan dipaparkan. Saya menangis sambil mulut tetap mengunyah spaghetti. Ohh…saya tak boleh la tengok cerita bayi atau kanak-kanak yang sakit begini. Saya cepat jadi simpati. Dulu masa saya belum menjadi ibu, saya simpati juga tapi takde la sampai menangis begini. Tapi bila saya dah jadi ibu, perasaan sedih dan kasihan itu jadi lebih. Tak dapat bayangkan kalau terjadi pada saya.

Masa saya tengok keadaan adik Irshad tu, saya tengok Hannah yang sedang lena tidur di atas play mat. Saya bersyukur sangat kerana Hannah dilahirkan sempurna. Kalau kamu semua nak tahu, masa Hannah lepas lahir tak kira semasa saya bermain dengan Hannah, beri susu pada Hannah, tukarkan lampin Hannah, saya akan mengira jari tangan dan kakinya. Nak pastikan cukup 10 jari. Huhuhu.

Lagi satu, saya juga akan jadi sebak campur marah bila ada berita pembuangan bayi. Ohh…apa salah mereka sampai ditongsampahkan? Apa dosa mereka sampai dihumbankan ke dalam sungai? Yang salah dan berdosa tu mak dan ayah mereka. Kalau tak mahu anak tu sekalipun, tinggalkan la di tempat yang senang orang jumpa. Bukan dalam tong sampah. Bukan dalam sungai. Patut mereka tu ditangkap dan dihumbankan ke dalam sungai. Baru padan muka! Biar mati seksa, masuk neraka and let them burn in hell for eternity! Tapi, saya bukan tuhan mahu jatuh hukum pada mereka. Sama juga dengan orang mendera bayi or kanak-kanak. Kot ya pun nak ‘mencorak’ anak tu, bukan physically. Tongong! *geram*.

Anak, tak kira sempurna atau tidak, tetap darah daging kita. Andai kata saya punya anak yang tidak sempurna (bukan nak minta, itu semua takdir), saya akan sayang dia lebih lagi. Kerana dia istimewa. Mak mertua saya pernah berkata, kalau ditanya lebih sayangkan siapa antara suami dan anak, dia akan jawab anak. Suami boleh diganti tetapi anak tidak. Kalau ditanya pada saya, saya akan jawab saya sayangkan keduanya. Sama rata. Ermm…Hannah lebih sikit kut. Huhuhu.

My precious

My precious

My love

My love

Hannah

Hannah

5 responses »

  1. aku kira anak punya bonding istimewa dgn ibu, sbb dari rahim dia, jadi kasih sayang pun lebih.

    err.. agak2 nanti lg sayang anak atau suami? susahnya soalan ini. boleh tak aku manjakan suami, kemudian dia yg manjakan anak?

    ada suami yg cemburu dgn perhatian lebih isteri pada anak sendiri. kan? *ketawa*

  2. balqis, aku nih susah sket nak komen2 kat blog orang, suke jd silent reader jer…tp geram la tgk gambo hannah yg atas tuh!cute sgt!

  3. imm: haha…ye la kut teori kau tu

    su: itu gambor tangkap curi2 masa dia tgh tgk playhouse disney. muka terkejut coz tetiba nampak camera.

  4. mmg sedih kalo kuar citer2 mcm tu…ari tu mase sy shopping pun ada jumpa ada pasangan ni dgn anak yg sakit…sayu je ati tgk…

    gambar hannah yg last tu mmg wat efek2 blur ke (ke mate sy dah rabun @_@)..cantikla..mcm gamba org kawin😀

  5. incik nabil: ha’ah gambar tu memang ada efek blur sket. gambar tu saya saturate dulu kaler dia then baru kasi blur. tak pakai photoshop pun. sila ke sini http://www.picnik.com. seminit dah siap. hehehe.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s