Toys “R” Us

Standard

Masa pergi Penang hari tu, kami ada ternampak Toys “R” Us di Queensbay Mall. Mula-mula nak singgah tapi kemudian lepas jalan-jalan terus terlupa. Bila dah nak balik baru teringat tapi dah tak ingat kat floor mana. Sebab dah letih sangat, tak larat nak cari Toys “R” Us kat floor mana. So, terus balik. Kalau singgah boleh la tengok-tengok or terbeli toys yang menarik/sesuai untuk Hannah.

Malam tu, masa kami tengah dok golek-golek nak tidur kat 2nd living hall, tiba-tiba yang (1 of my sister in-law) datang bawak bungkus plastik yang besar dekat kami. Kami ingatkan plastik apa la dia bawak. Rupa-rupanya dalam plastik tu penuh toys untuk Hannah. Dia borong kat warehouse sale di KL. Semua baby dapat (ada 3 je baby in the family – Hannah, Luqman (baby my brother in-law) and Kyder (baby yang)). Wah, wah, wah…yang dah jadi macam pakcik Santa pula. Hehehe. Datang malam-malam bawak hadiah. Cuma bukan musim Krismas je.

Macam-macam ada. Ada teether, ada soft rattle, ada giraffe and rabbit (soft toys with musical pull string), ada cot organizer. Not even toys, ada socks, washclothes and baby cap pun yang bagi juga. Huhuhu. Murah rezeki ni. Tak dapat pergi Toys ‘R Us, tiba-tiba macam Toys ‘R Us pula yang datang kepada kami. Bertambah lagi la toys Hannah. Masa kami dok tunjuk-tunjuk semua toys tu pada dia, dia pun macam tak tahu nak ambil mana satu. Macam semua dia nak. Hehehe. Hannah dah rambang mata. Dulu dia cuma ada small toys yang saya cabut dari play gym dia. Ada satu kepala bear tu, ada bunyi squeaking (macam bunyi rubber ducky or kasut baby). Hannah suka sangat hisap telinga dia. Lagi satu star. Semua bucu star tu dia nak hisap.

Sekarang dah ada toys baru, yang lama dilupakan. Hehehe. Tak la. Hannah ni asal bagi apa saja pun dia nak msuk dalam mulut. Tak kisah la benda tu besar ke, kecil ke. Hari tu ada beli rattle untuk dia. Bila dah beli baru sedar macam bahaya sebab rattle tu keras walaupun kat end lagi satu ada rubber teether. Tangan dia tak pandai nak coordinate lagi dengan betul. So bila dia pegang or nak masukkan rattle tu dalam mulut, nampak macam dia ketuk kepala and muka dia dengan rattle. Terus saya banned rattle tu buat sementara waktu. Sorry chiky (nama rattle tu sebab dia bentuk chicken).

Ha, kat bawah ni gambar-gambar toys Hannah. Actually tak la banyak mana kalau nak dibandingkan dengan sesetengah baby yang lain. Ingat nanti nak beli cloth book la. Nak cari yang ada ABC ke, rhymes ke. Kalau books yang ada pop-up picture pun ok juga. Nanti boleh saya bacakan pada Hannah walaupun dia tak faham apa lagi and confirm buku-buku tu dia akan buat gigit-gigit and hisap-hisap. Hahaha. Tak kisah la.

toys organizer

toys organizer

duckies

duckies

Ducky ni ada 2. Ini antara toys terawal yang Hannah ada. Mula-mula beli yang warna kuning. Tapi entah macam mana En. Suami tertarik kuat sangat, terus patah rewinder dia. Beli la baru yang warna putih tu. Lepas tu En. Suami dah tak tarik kuat-kuat. Tarik slowly je.

strawberry shortcake

strawberry shortcake

Actually nama dia bukan strawberry shortcake pun. Memang lain benar. Yang ni my sister yang bagi masa dia pergi Cameron. Time dapat ni, Hannah baru sebulan. Tak bagi dia main lagi dengan strawberry shortcake ni. Kecil lagi masa tu. Jadi hiasan baby cot je la.

bedroom set

bedroom set

Bedroom set ni kakak ipar saya yang bagi. Dia ada soft photo frame, soft rattle and musical pull string. Ini brand Simple Dimple. Kalau nak tengok products dia yang lain boleh pergi sini.

empat sekawan

empat sekawan

Kiri sekali tu sebenarnya octopus. Dia rattle. Elephant tu pula teether. Cute je sebab dia ada flower kat mulut (ye ke?). Bear 2 ketul tu mesti kamu semua tahu dari mana. Hehehe. B dan H. Our initials.

play gym toys

play gym toys

Kepala bear, star and keys tu dari play gym Hannah. Ada lagi 1. Square ball. Mana entah. Play gym tu teman dari tempat kerja lama yang bagi sebagai hadiah. Brand Simple Dimple juga. Ladybug tu wrist rattle. Tapi sebab besar, saya buat jadi ankle rattle. Hihihi. Bunyi dia tak kuat sangat. Hannah tak attracted bila goyang-goyangkan. Dia just buat hisap je.

chicky

chicky

Ini la rattle yang saya cerita di atas. Memang cantik sebab beads dia colourful and ada kepala chicky at the other end. Balung dia tu teether.

baby in the world

baby in the world

Yang ini favourite Hannah sekarang. Tepi-tepi tu semua teether. Bila picit, ada squeaking sound. Hannah suka sangat bila saya picit-picit toy ni. Terkepak-kepak dia nak ambil.

jordy giraffe

jordy giraffe

Jordy giraffe ni satu set dengan cot organizer. Jordy ni actually musical pull string juga. Tapi string dia dah tak boleh nak pull lagi dah. Hahaha. Ini pun Hannah suka juga. Suka hisap tanduk and telinga jordy. Kadang-kadang dia pegang kaki jordy lepas tu baling. Wushh!

Ini la koleksi toys Hannah. Nanti kalau ada lagi, saya tambah di sini. Hannah nak toys lagi ke?

Nota kaki: Gaya saya letak pics macam nak jual je. Cuma takde descriptions and harga je. Hehehe.

2 responses »

  1. woo. banyaknye mainan hannah. mus’ab punye sikit je. hah. boleh la nanti mus’ab datang rumah mak usu main dengan hannah.

  2. zaynab: ala, banyak pun sebab orang bagi. yang beli sendiri berapa je. nanti nak beli hanging mobile macam mus’ab punya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s