Cik Viva pergi spa

Standard

Pergi spa murah je. RM10. Hehehe. Dah lama tak basuh Cik Viva. Dekat 2 bulan. Terukkan saya. Dulu masa mula-mula dapat, bukan main sayang lagi. Kalau boleh hari-hari saya nak gilap dia. Sekarang ni, nak hantar pergi basuh di carwash pun macam malas je. Nak basuh sendiri lagi malas. Huhuhu.

Masa saya bekerja odd hours dulu, memang saya ada banyak masa nak diluangkan dengan Cik Viva. Saya tak pernah hantar ke carwash. Saya basuh, vacuum dan wax sendiri. Every inch Cik Viva kalau boleh saya mahu bersihkan. Tak nak ada sedikit kotor or dirt pun (kadang-kala saya akan jadi sangat perfectionist). No wonder saya akan ambil masa nearly 2 hours untuk bersihkan Cik Viva. Sangat puas hati bila tengok Cik Viva dah berkilat-kilat. Kalau boleh tak mahu bawa Cik Viva keluar rumah. Biar duduk bawah porch (masa ni saya masih lagi tinggal dengan mak).

Saya mula jadi malas mahu basuh Cik Viva apabila saya pregnant. Memang tak larat macam dulu. 2 bulan saya tak basuh Cik Viva. Last-last saya bawa Cik Viva ke carwash. Kadang-kadang ada juga En. Suami nak tolong basuhkan. Tapi lama-lama dia pun malas juga. Kereta dia pun dia tak basuh dekat 5 bulan. Hahaha. Lagi horror.

Lepas bawa Cik Viva ke carwash, bawa servis pula di Perodua. Tukar minyak enjin, minyak gearbox dan penapis minyak. Habis RM150. Haishh. Pokai saya bulan ni. Entah boleh survive ke tak sampai akhir bulan. Tapi demi Cik Viva yang banyak berjasa, setiap hari bawa saya ke tempat kerja, tak kisah la. Bukan hari-hari nak kena keluar duit untuk servis dia. Sayang Cik Viva!

this is not my Cik Viva

this is not my Cik Viva

ini baru Cik Viva saya (tangkap selindung-selindung takut nanti ada orang nak kidnap)

ini baru Cik Viva saya (tangkap selindung-selindung takut nanti ada orang nak kidnap)

Nota kaki: Teringin nak hantar Cik Viva ke carwash yang ada di parkir Jusco. Tapi mahal. RM68. Basuh, vacuum and polish. Pakai Meguiars kut. Tu pasal mahal. Huhuhu.

One response »

  1. hahahha…. en suami punyer keta dah 5 bulan tak basuh…. beskal en suami…. tiap2 minggu basuh….hehehhehe, biasa la org laki dapat bini baru…… opsssss……. HOBI baru…..😛

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s