Rezeki tergolek-golek

Standard

Tengahari Khamis hari tu, sedang saya sibuk-sibuk nak submit daily report saya kepada orang-orang atasan, tiba-tiba handphone saya berbunyi. Nombor area KL or Selangor. Saya yang memang jenis akan jawab panggilan even nombor tu tak dikenali pun menjawab la. Suara awek. She addressed me as ‘Cik’ (terasa macam single and available pula…hehehe). Dia dari Kolej P******** M***. Saya terkejut sekejap. Setahu saya, saya hantar resume ke cawangan kolej tu di Ipoh. Macam mana boleh terlepas ke HQ pula? Hmmm…Okey. Saya dipanggil untuk sesi temuduga pada 1 Jun ini di HQ. Jam 9 pagi. *saya senyum-senyum suka.

Alhamdulillah….2 minggu saya tertunggu-tunggu. Saya sudah membuat kesimpulan yang mereka takkan panggil saya untuk ditemuduga. Saya sudah agak sedikit kecewa. Tapi panggilan itu sungguh unexpected. Macam mimpi pula. Dah la di HQ, KL. Saya cepat-cepat sms En. Suami. Beritahu tentang perkara itu. En. Suami suruh try my luck. Mana tau ada peluang saya menjadi lecturer. Saya juga sms seorang teman yang merekomenkan saya untuk menghantar resume tu ke kolej tersebut. Dia actually dah hadiri sesi temuduga di Ipoh masa dia beritahu tentang kolej tersebut ada vacant untuk post lecturer. Tambahan ada seorang lagi teman juga lecturer di kolej tersebut. Teman saya ni pun kebetulan dapat juga temuduga untuk kali kedua di HQ. So, kami akan pergi berdua la ke KL on Monday morning. Bas pukul 4.30 am. Hahaha.

Menjelang petang pula, tiba-tiba ada satu sms masuk. Nombor tak dikenali. Part time lecturer di perlukan untuk mengajar subjek entrepreneurship di Kolej P******* D***** P****, Ipoh. Huhuhu. Mereka masih menyimpan nombor saya walaupun sudah setahun lebih saya pergi temuduga di sana. Bagus la. Sekurang-kurangnya saya tahu jika mereka ada kerja kosong. Tapi disebabkan requirements nya yang mahukan degree in business or equivalent, saya pun tak hiraukan sangat sms tersebut. Saya bukan graduated in business course. Saya budak sains komputer. Memang jauh panggang dari api la. Of course saya takkan apply juga. Hmmm…tiba-tiba macam banyak pula kerja kosong as lecturer ni.

Pagi semalam pula, juga masa saya tengah sibuk-sibuk kemaskini daily report saya, tiba-tiba handphone saya berbunyi. Mak saya telefon. Jarang mak saya telefon waktu-waktu pejabat macam ni. Mesti ada perkara penting. Mak kata ada surat untuk saya. Surat panggilan temuduga daripada SPA. Ha? Saya suruh mak bukak surat tu. Panggilan temuduga untuk jawatan Pegawai Teknologi Maklumat. 24 Jun. 8 pagi di Bangunan SUK. Mak sungguh baca the whole letter sampai apa yang perlu di bawa masa sesi temuduga, etc. Nanti esok saya pergi ambil di rumah mak. Hmmm…seingat saya the last time saya pergi temuduga SPA pada Mei 2007. Dah 2 tahun. Hahaha. Oh, saya kena baca semula Malaysia Kita.

Dua jawatan yang berlainan tapi di bidang yang sama. Satu lecturer di kolej swasta. Satu IT officer di jabatan awam. Saya suka mengajar. Cuma dulu mengajar budak-budak sekolah rendah dan menengah. Kalau dapat post lecturer tu, kena mengajar budak-budak diploma or sijil. Budak-budak baru habis sekolah. Kalau dapat post IT officer tu, saya tak tahu lagi saya akan berkhidmat di mana. Yang saya suka bila kerja dengan gomen, boleh dapat all the benefits yang kerja di tempat swasta tak dapat. Oh, saya sangat mahukan pinjaman perumahan. Senang nak apply bila kerja dengan gomen. Hehehe.

Anyway, tak kisah kalau dapat yang mana satu pun. Kalau tak dapat pun, saya masih ada kerja sekarang (tapi saya sangat berharap untuk tukar kerja baru). So, wish me luck. Will do my best.

10 responses »

  1. cikinto: ha’ah, yang kat cheras nun…ooo…dulu belajar kat situ ke? doa-doakan la dapat tapi nak kat ipoh. hehehe.

  2. yeahhh..harap2 kita sama2 la dpt keje kat situ…aku x dpt pun surat SPA tuh tapi aku ada apply gak post yg mu mintak tuh😦 harap2 aku pun dpt gak surat itew nnt…

  3. haa.. last post stress kan?? sampai suh org jadik punching bag..😛
    ni amek, good news berrtimpa2…:)

    all the best!

  4. a.z.n.e.e, murni, lylie: huhuhu…thank you all…sudah cuba sehabis baik hari ni. hopefully will receive the good news.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s