Kad hutang-piutang

Standard

credit-cardHari Jumaat lepas saya ke Eon Bank. Mahu submit borang. Borang permohonan kad hutang/duit plastik. Ya, saya tak pernah ada kad hutang/duit plastik tu. Tak nampak di mana keperluannya selain menambahkan hutang sedia ada (hutang kereta, hutang MARA dan hutang PTPTipoo) sehinggalah saya sedar ia amat penting terutama bila dah sesak takde cash. Hahaha. Bukan saya takde duit langsung. Berguna kalau tak cukup cash nak isi minyak. Berguna juga kalau tiba-tiba kena pergi outstation di kala-kala gaji masih belum masuk lagi. Tambahan pula bila melihatkan kerja saya sekarang ni macam banyak je nak kena pergi outstation.

Masa saya mula-mula kerja dulu saya pernah nak apply tapi En. Suami kata tak payah. Dia kata nanti saya suka-suka guna nak buat shopping (memang pun…hehehe). So, saya takde la nak apply lagi dah lepas tu. Then masa saya tengah cuti 3 bulan dulu, saya try nak apply lagi tapi nak apply macam mana. Slip gaji yang paling latest pun tak ada (saya kan cuti tanpa gaji sebulan dan maternity leave 2 bulan). Jadi tak boleh la nak apply. Masa ni En. Suami dah bagi green light untuk apply kad hutang/duit plastik tu. Lepas tu saya tukar kerja. Kena la tunggu lagi 3 bulan untuk apply. Haishh…

Teringat bila tiap kali saya didatangi oleh ejen-ejen kad hutang/duit plastik. Saya selalu nak mengelak dengan mengatakan saya dah ada satu (tak kisah la Mastercard or Visa). Tapi mereka still berusaha suruh apply yang lain pula. Saya still geleng-geleng kepala kata tak mahu and terus jalan laju-laju. Tapi baru-baru ni saya memang malas sungguh nak layan ejen-ejen ni. Bila mereka approach saya suruh apply, saya kata pada mereka kalau gaji RM800 boleh apply ke? Mereka cepat-cepat kata tak boleh and terus tak kejar. Hahaha. Mesti mereka ingat akak ni nampak macam stylo tapi gaji kecik je. Hey, awek operator pengeluaran kat kilang tempat saya kerja dulu lagi stylo dari saya yang kerja di bahagian MIS tau.

Anyway, hopefully permohonan kad hutang/duit plastik saya diluluskan cepat. Tangan sudah gedik-gedik mahu gelek kad hutang. Hehehe. Okey la, mahu bersiap-siap. Ada kenduri kahwin yang mahu dihadiri tengahari ni. Ciao.

9 responses »

  1. salams…

    kalau boleh jangan apply…

    kalau en.suami ader kad…minta dier beri supplementary card saja…and limitkan say to rm500 or rm1000 saja(untuk beli minyak semasa outstation saja kan?)…jadi awak & en.suami leh monitor together…

    yg jahat kad ini ialah…dia memberi satu false sense of hope…ada duit semasa tiada…and some made the mistake of assuming the limit is part of their salary…mula2 semua akan kata akan berdisiplin kelak bila sudah ada kad…takde makna nyer bila dah ada kad…apply beberapa kad lagi dari bank lain2 mungkin…

    nasihat saya saja…tapi jika puan kuat disiplin & keimanan…saya rasa…ok kuts…cuma kena selalu mengawasi tanda2 awal itu sebelum terjerumus jauh…

    wallahu’alam…

  2. Aku pun rasa nak apply kad plastik tu.. Tapi tak survey lagik.. MBB ok dok?

  3. a.z.n.e.e: aku takmo beli kasut dah. aku nak beli dining set, nak beli oven, nak beli vision, nak beli coach…hahaha

    ms. j: apply jangan tak apply…MBB ok. aku nak apply tapi tak layak…hahaha

    en_me: ya, cabaran tu…

  4. hahahha… apply jgn tak apply…. biar rasa sendiri “temptation of the plastic card”…… hehehehe

    ps: nak nokia express music 5800 satu~~!!

  5. Lord_darkslide <- ini la dia orang yang nak menipihkan kad hutang saya nanti…=P

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s