Monthly Archives: Jun 2009

Bye

Piawai

Hari ni hari terakhir saya bekerja di company sekarang…err…lama. Sedih la pulak rasanya. Hahaha. Lepas lunch dah jumpa boss. Ucap terima kasih kepadanya sebab beri saya peluang bekerja di company dia. Walaupun sekejap, saya dapat banyak pengalaman dan pengetahuan di situ. Boss pun ucap terima kasih kepada saya sebab sudi bekerja dengan elok di companynya. Hahaha. Elok ke? Hmmm…macam melahu je banyak daripada bekerja. Dia juga ucapkan good luck pada saya untuk kerja yang baru nanti. Moga saya gembira dengan kerja yang baru nanti juga.

Saya juga sempat hantar e-mail kepada staf-staf yang lain termasuk yang¬†berada di Sabah dan Sarawak. Ucap terima kasih kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya bekerja di situ. Uhhh…sedih lagi. Sepanjang bekerja di situ, memang banyak benda baru yang saya belajar terutama tentang pam-pam dan equipments lain bagi loji kumbahan IWK. Hahaha. Saya kan kena buat quotation, so kena ambil tahu la. Bukan saya yang handle dan service benda-benda tu semua.

Sebelum balik tadi, mereka ada buat farewell party untuk saya. Walaupun sekadar jamu karipap, pisang goreng, keladi goreng, dan teh tarik, itu sudah cukup membuatkan saya terharu. Saya cuma bekerja selama 4 bulan je. Bukan 4 tahun. Tak perlu farewell party ni semua. Dulu masa saya bekerja setahun di company lama pun mereka tak buat farewell parry untuk saya. Mungkin sebab company ni kecil je, so bond antara kami tu rapat. Macam dah kenal lama even baru 4 bulan. Ohhh…saya sedih lagi. Mereka juga ucapkan good luck pada saya. Moga saya jadi pensyarah yang berkaki lebar. Hahaha. Kaki saya kecil je.

So, masa balik tadi saya terfikir, lalu lagi ke nanti jalan ni? Entah la. Esok saya akan lalu route yang baru. Persekitaran yang baru. Teman sekerja yang baru. Esok satu lagi lembaran baru dalam hidup dan kerjaya saya. Harap berkekalan la. Bye Jalan Kuala Kangsar. Hello HB Road.

Advertisements

Selamat kembali TT

Piawai

Entri ini khas untuk cik TT. Selamat kembali. Maaf kerana terlambat menyedari kehadiran kau semula. Hope lepas ni jangan berhenti dah ya. Moga cuti 3 bulan yang lalu sudah cukup. Hahaha. Keep on ‘Do the Write Thing’.

Nota kaki: Satu pagi sudah khatam semua tulisan kau yang baharu. Huhuhu.

Esok terakhir

Piawai

Esok hari terakhir saya di sini (company sekarang la). Cepat-cepat la masa berlalu. Huhuhu. Kerja semua dah malas nak buat dah. Ada yang dah hand over kepada orang lain dah. Ohh…cepat-cepat la masa berlalu. Huhuhu. Rasa esok macam nak surf internet je sepanjang hari. Lalala~~~.

Will miss you MJ…

Piawai

No more King of Pop. Just heared the news this morning while driving to work. Never thought all MJ’s songs they played where tribute to him. When they said he passed on in the age of 50 then I knew. He’s dead.

I grew up mostly with his songs. Even though I’m not a die hard fan or what so ever, his songs are the greatest for me. From ‘Off The Wall’ to ‘Invincible’, his albums had received multiple awards and recognitions. But, ‘Thriller’ is the best among all.

To MJ, rest in peace. Here’s for you.

Transformers = Awesome!!!

Piawai

Baru lepas habis tengok Transformers: Revenge of The Fallen. Totally AWESOME!!! Berbaloi RM20 (2 tiket kan).¬†Di TGV Ipoh, 3 houses menayangkan Transformers pada jam 3.30pm. Saya tengok di house 2. Dan memang full house. Start je movie, saya terus rasa macam kena gam gajah di kerusi cinema. Macam kanak-kanak kecil yang masuk candy shop pun ada. Memang best! Ohhh…saya tak tau nak gambarkan macam mana. Kamu pergi la tengok sendiri. Baru tahu dan puas hati. Saya dan En. Suami memang puas hati sangat-sangat. 11 out of 10.

Nota kaki: Saya tak mahu jadi spoiler. =P

Akhirnya…kini pasti…

Piawai

Sabtu hari tu saya dah jumpa boss dan manager. Dah beritahu yang saya mahu resign. Reaksi boss tak seperti yang saya sangkakan. Malah dia siap memberi sokongan lagi pada saya. Huh? Biar benar? Tapi baguslah. At least saya senang hati sikit nak resign nanti. Resignation letter saya nak bagi hari ni tapi boss dan manager tak ada la pulak. Esok saya cuti (nak pergi interview SPA yang saya rasa macam malas nak pergi je tu).

Then satu ofis pun dah tahu bila saya dah beritahu pada boss. Semua technician tanya kenapa saya nak resign. Saya pun beritahu la saya dapat offer jadi lecturer. Semua macam kagum sekejap. Hahaha. Muka saya layak ke nak jadi lecturer? Silap-silap saya yang kena lecture dengan students. Lalala~~~

Semalam dah pergi KPTM. Mula ingat nak minta signature Ketua Jabatan untuk dua lampiran yang saya kena kembalikan semula ke KPTM KL. Tapi dia kata actually kena minta signature Pengarah atau Penolong Pengarah. Tapi dua-dua pun tengah meeting waktu tu. Nak tunggu memang tak boleh la sebab saya kena masuk kerja balik pukul 2. So, esok la saya kena datang balik lepas interview.

Sempat la juga jumpa my ex-colleague masa kerja kat tempat lama dulu (refer entri ini). Sembang-sembang pasal kerja di situ, students ok ke tak, lecturer lain ok ke tak, dan yang berkaitan lagi. Nampak gayanya saya kena buka buku balik la ni. Nak kena study balik semua benda alah yang saya belajar dulu-dulu. Haishhh…gabra la pulak. Huhuhu.

So, 30 Jun is my last day. Harap-harap saya akan lama di tempat baru. And saya baru perasan, tiap kali tukar kerja mesti mula bulan Julai. Hihihi. Julai bulan kerjaya baru bagi saya. *Grin*