Suka-suka pergi interbiu

Standard

Maaf di atas kelewatan mengupdate tentang sesi pergi suka-suka temuduga saya. Semalam saya amat sibuk dan amat penat mahu update bila sudah sampai di rumah (En. Suami mahu conquer broadband dan laptop sorang-sorang dia je sebab mahu main poker di Facebook).

Nak mula dari mana ya? Keluar rumah pukul 3.50am. Hoh…tak pernah dibuat saya keluar rumah seawal tu. Singgah McD drive-thru Medan Gopeng untuk beli breakfast. Cik Wati dah sampai bila saya sampai di Stesen Bas Medan Gopeng pukul 4.20am. 4.35am bas jalan. Good. On time.

Tak boleh nak tidur sangat masa dalam bas (saya sebenarnya agak cuak sebab dah lama tak naik bas dan asyik teringat kes-kes bas accident). Cik Wati saya tengok sangat lena sebab kepala dia dah terlentok kat tingkap bas. Saya juga tak boleh nak lena sebab asyik nak tertoleh ke couple yang duduk di seberang aisle saya. Tingkah-laku yang agak suspicious. Hmmm…oh…tiba-tiba terfikir bukan-bukan. Caiss. 6.40am dah sampai Pudu. Gila laju driver bas tu bawak.

Lepas breakfast, terus ambil LRT ke Maluri. Pandan Indah susah nak dapat teksi (menurut kata Cik Wati dan juga awek kaunter tiket LRT di Pudu). Macam di Maluri pun sama juga. Tiba-tiba teringat zaman muda remaja saya dulu. Selalu ke Shamelin untuk tumpang tidur di apartment kawan-kawan yang belajar di KYPM. Ohh…betapa jahiliahnya saya dulu-dulu.

8.45am dah terpacak di KTPM. Rupa-rupanya bukan kami sahaja dari Ipoh. Ada 7 orang lagi. Kalau tau, baik sewa van pergi sana. Hahaha. Yang datang dari Ipoh tu mostly dah kena interview di Ipoh termasuk la Cik Wati. Tapi menurut kata awek yang telefon mereka, interview di Ipoh tak valid sebab bukan panel yang buat interview tu. Hoh. Kiranya saya luck lebih la sebab tak payah kena interview 2 kali. Konon start pukul 9am tapi dah pukul 9.30am still lagi kami duduk melongo di luar bilik temuduga. Perut saya dah penuh rama-rama yang berterbangan. Katanya ada 3 minit mock teaching. Saya pun tak tau nak teachkan apa. Mau saya merepek je nanti kut. Huhuhu.

Tiba-tiba nama saya dipanggil. Hah? Saya orang first. Rama-rama lagi laju terbang-terbang dalam perut. Macam ada pertandingan pulak. Saya baca Bismillah, Al-Fatihah, 3 Qul, dan selawat 3 kali. Ketuk pintu dan pusing tombol. Pintu berkunci. Saya ketuk-ketuk lagi. Ada awek dari dalam bukak. Haish. Buat orang cuak lagi je. Bagi salam dan ucap selamat pagi. Ada seorang saja interviewer (awek tolong bukak pintu tak termasuk sebab saya rasa dia cuma sibuk-sibuk saja di situ). Saya serahkan fail sijil-sijil saya yang tak seberapa tu termasuk slip gaji terkini.

Sesi temuduga berjalan lancar. Tak macam temuduga sangat pun. More to bersembang-sembang je. She just asked general questions about my degree. Saya boleh agak dia dari HR department sebab dia tak banyak tanya sangat tentang benda-benda yang saya belajar dulu. Kiranya tak tanya secara detail. Bagus. Sebab kalau dia tu lecturer yang mengajar benda-benda yang saya belajar dulu, confirm saya kantoi nak menjawab soalan yang diajukan. Hahaha. Anyway, lama juga saya rasa saya kat dalam bilik temuduga tu. Dalam 15-20 minit. Tak tahu la dapat ke tak. But she keep asking me to confirm that I’m staying in Ipoh. Hmmm…apakah? Don’t want to put high hope on it. Kalau ada rezeki saya, InsyaAllah nanti saya war-warkan di sini. Kalau tak ada, saya senyap je la. Kikiki.

Lepas habis interview (Cikk Wati orang ketiga so dalam pukul 10.40am dah settle), kami pergi menyongket ke Sogo dan Jalan TAR. Sogo ada sales tapi saya tak beli apa pun even baju Hannah. Tak ada yang berkenan di hati. Baju Anakku even dah less still above RM50 sepasang (baju dan seluar). Baik saya beli Osh Kosh or Carter’s or Gymboree kat online store. Lagi murah. Pergi Jalan TAR pun tak ada hasil. Ingat nak beli tudung tapi tak ada juga yang berkenan. Cik Wati juga yang dapat merembat 2 helai tudung. Then lunch kat BK (menapak dari Jalan TAR ke Jalan Masjid India hingga ke Masjid Jamek). Lepas tu terus straight ke Pudu (naik LRT ya).

Bas 2.50pm. Dalam bas tak boleh nak tidur. Sakan bersembang dengan Cik Wati yang kononnya juga nak tidur bila dah naik bas. Sampai Ipoh 5.30pm. Kali ni driver bawak santai. Sampai rumah saya baru terasa letih ya amat. Nak main dengan Hannah pun tak lalu. Nasib En. Suami yang masakkan dinner. Nak makan pun saya tak lalu. Habis je cerita Leverage, saya terus shutdown. So, begitu la cerita suka-suka saya pergi interview. Terima kasih.

Nota kaki: Lepas ni nak kena get ready untuk interview SPA pulak. Oh…Malaysia Kita.

6 responses »

  1. oh… jauhnya perjalanan..
    aku g sogo n jalan tar gak…
    tapi mmg duit aku byk hbs.. byk gak yg aku rembat…
    huhuhuhu..

  2. a.z.n.e.e: masa kat sogo tu nafsu dah bergelora nak beli macam2. mata dah berpinau2 dah. nasib sedar diri duit kurang. kikiki.

  3. Huhuhu..glames nama ku di seru2 dalam entry mu ini…aku sudah pun merasmi tudungs yg ku beli tempoh hari

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s