Zaman primitif

Standard

Astro

Dah 3 hari Astro di rumah tak dapat siaran. Masuk hari ni, hari ke-4. Wuuu…terlepas tengok CSI and Knight Rider. Nasib malam kelmarin layan X-Men Origins and malam tadi layan Hellboy 2. Kalau tidak confirm bosan tak tahu nak tengok apa. Kami dah biasa sambil dinner tengok tv (ya, makan depan tv because both of us are tv freaks). Bila tak ada apa nak tengok macam something missing. Rumah sunyi-sepi. Ishh…memang tak kena la.

Actually masa petang Rabu tu lepas saya balik kerja and ambil Hannah,  saya on la tv nak bagi Hannah tengok Playhouse Disney. On je terus keluar message ‘Services currently not available’. Macam kalau hari hujan tu. Padahal waktu tu cuaca terang-benderang je. Dah berapa hari tak hujan. Langit memang cerah banget la. Saya flip-flip ke channel lain. Pun sama juga. Takpe la. Maybe half an hour lepas tu akan ok la kut. Nasib Hannah tak banyak songeh. She just played by herself. Saya pun buat aktiviti rutin – masak, buat laundry, etc. En. Suami balik lambat sikit sebab ada hal.

7.30pm bila saya dah habis masak semua, saya nak tengok la balik kut-kut Astro dah ok. But still tak ok. Wuuu…Then saya terus call hotline Astro. Dan seperti biasa mamat call centre tu pun bagi la handbook-guideline-solution dia. Off tv semua, tunggu beberapa saat on balik, check cable connection, check smart card, etc. But satu pun tak mendatangkan hasil. Lepas tu dia suruh saya panggil technician Astro. Tapi kena charge RM50 la. *telan liur*. Saya kata nanti saya bincang dengan En. Suami dulu and nak tunggu kut-kut tengah malam nanti dah ok.

Around 8.30pm En. Suami sampai rumah. Beritahu dia pasal Astro tak dapat siaran. Dia on tv. Check-check channel. Bila flip ke TV3, ada pulak. Clear lagi. TV2 pun ok tapi Tv1 tak ada. Ria ok. NTV7 tak ada. Flip-flip lagi ke channel-channel lain. 8TV, MTV, and Animax ada. Yang lain-lain semua ‘Services currently not available’. Nak kata tak bayar bil, baru je bayar last Saturday. Even kalau tak bayar and kena potong pun, takkan la ada channel yang ada and ada channel yang tak ada. En. Suami kata ni mesti scam Astro nak makan duit rakyat. Hehehe.

En. Suami call Astro lagi. Beritahu ada channel yang boleh tengok and ada channel yang tak boleh tengok. And once again the call centre guy (not the same one masa saya call before that) pun bagi la handbook-guideline-solution dia. En. Suami kata dah tak payah la beritahu semua tu. Dia dah buat semua yang mamat tu mention before dia call Astro (kami check juga kut-kut cable dia ada kena gigit dengan Tok Ti ke). Guideline dia memang tak membantu langsung. Huhuhu. So the guy suggest la suruh call technician Astro datang rumah. En. Suami kata nanti esok (Khamis) dia call because nak tengok kut malam dah ok ke. But until midnight, memang tak ok. Wuuuu…Satellite signal dia kejap merah kejap kuning. Tak hijau langsung.

Esok petang tu, masa En. Suami tengah racun rumput, tiba-tiba Kak Nah yang duduk depan rumah kami beritahu Astro dish kami dah tumbang sebab kena panjat dengan monyet. En. Suami pun pandang la bumbung rumah. Memang dah tumbang. Caisss!!! Ini semua angkara monyet durjana rupa-rupanya. Nasib dish tu tak kena dismantle dengan monyet-monyet tu (mana tau kut monyet tu datang dari Planet of the Apes ke). Haish. Memang nak kena panggil technician Astro datang la ni. *nampak note RM50 ada sayap dan terbang-terbang keluar dari wallet*.

Semalam En. Suami baru call Astro suruh technician depa datang. En. Suami kata biar jadi orang primitif tak tengok tv beberapa hari. Nasib ada internet. Kalau tak, memang primitif tahap 40,000 BC. Melangut tak tahu nak buat apa. Technician Astro tu kata Sabtu baru dapat datang sebab dah nak senja. Tak kisah la. Apa-apa la. Tunggu je la dia datang tengahari nanti. Itupun kalau dia datang tengahari. Kut dia nak celebrate birthday Agong ke, petang la dia baru datang. Hmmph!

~~~~~@~~~~~

Astro dah ok. Orang Astro dah datang betulkan dish tadi. Barai RM62. Tak kisah la. Janji Astro dah boleh tengok balik. Yeay!

5 responses »

  1. awat tak perbetui sindiri..sonang ajo..laki aku pasang sindiri kat umah hehehee..jimat belanja…

  2. wahead: kalo boleh perbetul sendiri memang laki aku dah perbetul dah…1) tangga takde, 2) skru stand dish tu dah tercabut, tatau cane monyet2 tu leh cabutkan…ganaz betul…

  3. ltu yg jadi alasan laki aku nak beli tangga..tangga adalah antara barang idaman laki aku hahaha…tak syokk langsung…

  4. haha. kitorang mampu hidup tanpe astro! sebab kitorang ade s’pore + indon! haha. tu la astro kitorang dekat JB! heee~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s