Mari buang masa bersama saya

Standard

Mood untuk bekerja agak down hari ini. Oleh itu, mari kita buang masa dengan buat tag. Ini Imm punya kerja la ni. Tiba-tiba dapat komen untuk entri semalam, kata saya kena tag. Jom!

1. Bekas kekasih saya – who?

2. Saya sedang mendengar – Halo oleh Beyonce.

3. Mungkin saya patut – tidur dengan lebih awal so boleh bangun awal dan buat breakfast untuk di bawa bekal ke ofis.

4. Saya suka – main dengan Hannah.

5. Sahabat-sahabat saya – ramai dan saya hargai each of them.

6. Saya tak faham – kenapa ada orang tak reti nak beri turn signal.

7. Saya kehilangan – abah.

8. Ramai yang berkata – saya maintain kurus lepas bersalin tapi hakikatnya saya macam belon.

9. Cinta itu adalah – universal.

10. Di suatu tempat, seseorang sedang – ronda-ronda hospital sambil tengok-tegok apa yang dia boleh deduct untuk bulan ini. Hehehe.

11. Saya akan cuba – jadi dan buat yang terbaik untuk orang-orang yang saya sayangi. Muah!

12. Perkataan SELAMANYA membawa maksud – Eternity. Kikiki.

13. Telefon bimbit saya – macam hidup segan, mati tak mahu.

14. Bila saya terjaga – saya check Hannah pun terjaga juga ke.

15. Saya paling meluat – smart-ass. They think they know everything but actually they don’t.

16. Pesta/parti adalah – tempat untuk menyesakkan otak dan saya tak suka tempat sesak.

17. Haiwan yang paling comel pernah saya temui – hamster, arnab, anak kucing…apa lagi ek?

18. Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah – zaman kanak-kanak. Sebab boleh main je. Tak payah nak susah-susah kerja.

19. Hari ini – saya malas tahap dewa.

20. Malam ini saya akan – lipat kain yang bertimbun-timbun. Heeee.

21. Esok pula saya akan – pergi kerja seperti biasa dengan cerianya.

22. Saya betul-betul inginkan – semua benda dalam wish list saya. Hahaha.

23. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini – geram sebab tudung tak berapa nak menjadi. Dah tak berapa chomel saya hari ni.

24. Pusat membeli-belah atau arked permainan – of course shopping malls!

25. Makanan Barat atau Jepun? – Both!

26. Bilik yang terang atau gelap? – Terang bila nak buat kerja and gelap bila nak tidur.

27. Makanan segera adalah – makanan yang menggemukkan dan tak sihat langsung tapi saya amat menyukainya.

28. Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang – ‘Telefon pada siapa ya?’

29. Lepas ini saya akan – siapkan daily report saya dan sms the figures to my boss dan orang-orang atasan yang lain.

30. Siapa yang anda ingin tag – Jonny, Jaja, Munek, Inaz, Buzzybug, Ayu, Nana, dan siapa-siapa yang teringin nak buat sebab nak buang masa (kalau ada Puan Landak, boleh tag dia juga).

Sekian. Terima kasih daun keladi. Nanti kita main tag lagi.

9 responses »

  1. Pingback: cinta itu « hide & seek

  2. Pingback: Tag: Buang masa sekali sekala. « (",)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s