Cerita 28 dan gigi

Standard

Cerita 28

Semalam saya sudah 28 tahun. Ya, saya sudah tua. 2 tahun lagi mahu jadi 30. Tapi saya masih lagi perasan muda. Hehehe. Anyway semalam just keluar makan-makan dan jalan-jalan saja. En. Suami belanja makan Kenny Rogers. Jadi la. Ipoh tak ada Chilli’s, Picolo Mondo atau Tony Roma. Ipoh ada Indulgence dan 1919 yang saya ragu-ragu akan kehalalannya. Kalau saya dan En. Suami jenis tak kisah, memang kami dah belasah je makan di sana. Huhuhu.

Lepas makan-makan, jalan-jalan ‘tetingkap’ di Jusco. Ada la saya beli short dress untuk diri sendiri. Mula nak beli  over sized handbag (refer entri ini). Murah. RM44.50 after less. Dah beratur nak bayar dah. Tapi saya ubah fikiran. Tak jadi nak beli. Teringat En. Suami kata, alang-alang beli la jenama yang elok sikit. So, tunggu bulan depan la kut baru nak beli. Wuwuwu. Kalau tidak hari ni dah boleh nak melaram handbag baru.

Petang tu before balik rumah, singgah di rumah Pn. LittleGemz untuk ambil cup cakes yang saya tempah untuk birthday saya dan Father’s Day. Nanti saya upload gambar cup cakes. And nak promo sikit. Kalau ada sesiapa yang nak tempah cup cakes or cakes or cookies, boleh la ke sini. Her cup cakes memang sedap (Linda, kau kena bagi diskaun ni sebab tolong promote your blog…hehehe).

Hannah, smileeee....

Hannah, smileeee....

Hannah bosan la mama...

Hannah bosan la mama...

Hannah, camera kat sana la...

Hannah, camera kat sana la...

LittleGemz's cuppies

LittleGemz's cuppies

Yummy!

Yummy!

Masa dah sampai rumah and tengah lepak-lepak tengok The Incredibles kat Disney Channel, tiba-tiba my mum datang with my niece. Saja datang nak tengok Hannah. Hannah lately susah nak dapat orang yang dia tak kenal. Dia mesti menangis bila orang lain selain saya, En. Suami dan Kak Lela yang dukung dia. Hari tu bila my mum pergi ke rumah yeop saya selama sebulan lebih, bila balik Hannah dah tak cam opah dia. Bersungguh-sungguh dia nangis bila my mum dukung. So, sekarang ni nak kena selalu bawak dia jumpa opah. And andung and atok juga.

My niece bagi birthday’s card pada saya. Dah lama saya tak dapat birthday’s card. Teruja sekejap. Hahaha. Jamu mak dan my niece cup cakes yang tempah kat Pn. LittleGemz. Saya pun makan sekali la. Hannah pun macam sibuk nak juga. Mana boleh la. Baby makan bubur nasi je. Hehehe.

Begitu la hari saya semalam. Tak celebrate apa-apa pun actually. Dah tua-tua ni malas nak celebrate beriya-iya macam zaman kanak-kanak dulu. Dapat wishes daripada orang-orang yang disayangi pun dah cukup. Terima kasih juga untuk rakan-rakan yang wish di Facebook. So, count down sudah reset semula ke 364 hari.

Cerita gigi

Lepas Maghrib semalam, saya macam biasa main-main dengan Hannah yang tak mahu tidur tu. Saya suka bagi dia main-main dengan tangan saya. Macam biasa akan ada cubaan untuk memasukkan jari-jari saya ke dalam mulut dia. Dan macam biasa saya akan biarkan saja (sila pastikan tangan anda bersih ya sebelum bagi baby anda masukkan ke dalam mulut dia). Tiba-tiba saya rasa ada benda keras dan tajam yang gigit jari telunjuk saya. Saya melompat kejap. En. Suami yang tengah surfing pun terkejut tengok saya melompat. Hannah dah tumbuh gigi!

Saya dan En. Suami cepat-cepat suruh Hannah buka mulut. Nak tengok betul ke yang saya rasa tadi tu gigi. Tapi dia pun dengan bersungguh-sungguh tutup mulut rapat-rapat tak mahu bagi kami tengok. Jenuh kami tarik dagu dia (tak la kuat-kuat just pegang je dagu dia tu). Dia memang tak nak bagi tengok. Saya try masukkan semula jari saya sebab nak rasa gigi tu. Masa saya masukkan jari saya tu la saya nampak dua batang gigi Hannah dah tumbuh di belah bawah. Nak snap picture tapi susah sangat (dengan keadaan dia yang tutup mulut dan susah nak bukakan mulut dia).

Awal ke Hannah tumbuh gigi? Bagi kami awal la sebab rata-rata anak-anak buah kami tumbuh gigi bila dah 8 months and above. Bila saya beritahu pada Kak Lela masa hantar Hannah pagi tadi, dia pun terkejut juga sebab Hannah tumbuh gigi awal. Anak-anak dia pun tumbuh gigi sekitar umur 8 months. Huhuhu. Nanti nak kena beli berus gigi la untuk Hannah.

15 responses »

  1. weh,..hapi belated besday..aku ingat tp lupa nak wish hahah maklum la ibu mengandung ni busy skit..hhahah…semoga panjang umur dan murah rezeki!!!!!!

  2. Happy Birthday~~

    Sebaya eh kita? Aku ingat kau muda lagi.
    Tapi, aku belum lagi 28. Akan menyusul..

  3. nurnana: thanks…ya, kita sebaya. kau ingat aku muda lagi dari kau? *tersenyum tersipu-sipu sebab perasan sekejap*…hahaha

  4. salam…balqis, hepi belated birthday…sowi lupa…mase ko tulih entry psl menghitung hari tu aku ingat, pastu aku lupa nak wish…hahahah…anyway, semoga pnjg umo, murah rezki, n hepi di samping ur beloved familiy!

  5. happy birthday!😛 tho terlambat.. heheh!

    adam tumbuh gigi at 6months..sekarang 1thn2bulan..dah ada 10batang n another 2baru say hello.😛

    tapi tuhla.. jalan blom betul2 lagi… heheheh!

  6. Murni: Thanks…tu la..cepatkan…baby yg dok dpn rumah tu pun tak tumbuh gigi lagi. dia dah 8 bulan dah. tapi merangkak memang dah laju.

  7. hepi belated besday.. huhuu.. aku je sorg ketinggalan keretapi…

    wah, hanna dh tumbuh gigi.. hehehe.. a’ah kena start jaga dh gigi dia.. ade jual getah ikot jari org dewasa.. hjgnye mcm berus utk baby… cepatnye dia tumbuh gigi.. baru brape bulan???

  8. a.z.n.e.e: thanks…lambat pun takpe. hannah dah 6 bulan. cepat gak la tumbuh gigi. aku de tgk berus gusi/gigi tu kat internet. nanti nak beli. hehehe…teringat cerita gigi kat blog ko..=P

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s