Panggilan yang tidak dinanti

Standard

Saya dapat call daripada orang syarikat courier. Dia nak hantar barang ke rumah mak saya tapi tak jumpa rumah. Saya beri direction. Lepas putuskan talian, tiba-tiba saya terperasan sesuatu. Biasanya kalau saya beli barang online, saya akan beri alamat ofis. Dan memang akan dihantar ke ofis. Saya tak puas hati. Saya call semula mamat courier tu. Saya tanya dia yang nak dihantar tu parcel ke document. Dia kata document. Hati saya dah berdebar-debar. Saya tanya dari mana. Dia kata dari KPTM. Saya cepat-cepat kata terima kasih. Saya nak menangis. Saya call En. Suami. Saya beritahu ada mamat courier called nak hantar barang ke rumah mak. Saya beritahu document. Saya beritahu dari KPTM. En. Suami pun dah suka-suka.

Waktu lunch saya keluar 15 minit awal. Saya call mak tanya ada tak orang courier datang hantar surat. Mak kata ada. Saya suruh mak bukak surat tu (masa saya call mak saya ni, saya tengah drive on the way ke rumah mak). Saya dah tak sabar nak tahu isi kandungannya. Mak sebut sebiji-sebiji apa yang ditulis dalam surat tu. Tawaran jawatan sebagai pensyarah sains komputer. Saya memang nak menangis. Alhamdulillah…Doa saya dimakbulkan. Dan Alhamdulillah sebab dapat mengajar di cawangan Ipoh (kat Greentown je…boleh la hari-hari pergi menyongket ke Parkson or Greentown Mall…hahaha). Saya call En. Suami lagi. Saya beritahu saya dah ditawarkan jadi pensyarah. En. Suami suka-suka lagi. Yeay!

So, saya tengah nak alter resignation letter yang lama. Sabtu beri pada boss sebab sekarang dia di Sarawak. Mesti dia pening nanti nak cari orang yang boleh gantikan tempat saya. Kesian pulak. Hmmm…Anyway, starting 1 Julai, saya seorang pensyarah. Saya akan kembali mengajar. Cuma anak-anak murid je yang berbeza. Boleh ke saya nak handle nanti? Kita tunggu dan lihat…Ciao!

31 responses »

  1. wow.. congrate..

    welcome to be a teacher…

    balkis, adik aku pun dpt jd lecturer gak.. kat Ipoh.. area Greentown… start 26 Jun nih…

  2. a.z.n.e.e: thanks…adik ko kat kolej mana? kolej taj ke institut teknologi perak ke RCMP ke KTPM ke?

  3. adik aku kat ITP.. rezeki dia.. Pastu dia dpt offer smbg master FREE dgn peruntukan rm10k yg kerajaan bagi tuh.. untung giler segh..

  4. a.z.n.e.e: bagus la. aku dulu masa dlm pantang ada gak gi interview kat ITP tu. tapi tak dapat. area greentown tu senang nak cari makan seh…nak sopping pun senang…hahaha.

  5. imm: thanks…ala, tak la banyak mana sangat. bukannya lecturer IPTA. even basic sikit, tapi elaun tu yg buat jadi meriah slip gaji bulan2…huhuhu…

  6. congratulations.๐Ÿ™‚ lately ni banyak kawan2 saya pun dapat berita baik.๐Ÿ™‚

  7. congrats.

    adik aku dah setahun lebih mengajar kat KPTM
    dia kat KL.
    lecturer accounting.

  8. nurnana: thanks…oh, ye ke? masa interview tu kat kl la. tapi dapat di ipoh.

  9. wah. wah. nanti jadi lecturer! tahniah!! hoho.. jadi cekgu ar.. hum… keje elok2..๐Ÿ™‚

  10. waah… tahniah… rupanya surat yang angah sign hari tu surat tawaran ye..? btw, maksu ajar kat mana?

    KTPM tu apa?

  11. MK: ha’ah…surat tawaran ler…maksu ajar kat ipoh gak. KPTM tu Kolej Poly-Tech Mara.

  12. nurnana: ha’ah…memang warganegara ipoh. kenapa? ada sedara-mara ke dekat ipoh?

  13. Pingback: Setahun di KPTM « My Story, My Life

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s