Akhirnya…kini pasti…

Standard

Sabtu hari tu saya dah jumpa boss dan manager. Dah beritahu yang saya mahu resign. Reaksi boss tak seperti yang saya sangkakan. Malah dia siap memberi sokongan lagi pada saya. Huh? Biar benar? Tapi baguslah. At least saya senang hati sikit nak resign nanti. Resignation letter saya nak bagi hari ni tapi boss dan manager tak ada la pulak. Esok saya cuti (nak pergi interview SPA yang saya rasa macam malas nak pergi je tu).

Then satu ofis pun dah tahu bila saya dah beritahu pada boss. Semua technician tanya kenapa saya nak resign. Saya pun beritahu la saya dapat offer jadi lecturer. Semua macam kagum sekejap. Hahaha. Muka saya layak ke nak jadi lecturer? Silap-silap saya yang kena lecture dengan students. Lalala~~~

Semalam dah pergi KPTM. Mula ingat nak minta signature Ketua Jabatan untuk dua lampiran yang saya kena kembalikan semula ke KPTM KL. Tapi dia kata actually kena minta signature Pengarah atau Penolong Pengarah. Tapi dua-dua pun tengah meeting waktu tu. Nak tunggu memang tak boleh la sebab saya kena masuk kerja balik pukul 2. So, esok la saya kena datang balik lepas interview.

Sempat la juga jumpa my ex-colleague masa kerja kat tempat lama dulu (refer entri ini). Sembang-sembang pasal kerja di situ, students ok ke tak, lecturer lain ok ke tak, dan yang berkaitan lagi. Nampak gayanya saya kena buka buku balik la ni. Nak kena study balik semua benda alah yang saya belajar dulu-dulu. Haishhh…gabra la pulak. Huhuhu.

So, 30 Jun is my last day. Harap-harap saya akan lama di tempat baru. And saya baru perasan, tiap kali tukar kerja mesti mula bulan Julai. Hihihi. Julai bulan kerjaya baru bagi saya. *Grin*

2 responses »

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s