Bye

Standard

Hari ni hari terakhir saya bekerja di company sekarang…err…lama. Sedih la pulak rasanya. Hahaha. Lepas lunch dah jumpa boss. Ucap terima kasih kepadanya sebab beri saya peluang bekerja di company dia. Walaupun sekejap, saya dapat banyak pengalaman dan pengetahuan di situ. Boss pun ucap terima kasih kepada saya sebab sudi bekerja dengan elok di companynya. Hahaha. Elok ke? Hmmm…macam melahu je banyak daripada bekerja. Dia juga ucapkan good luck pada saya untuk kerja yang baru nanti. Moga saya gembira dengan kerja yang baru nanti juga.

Saya juga sempat hantar e-mail kepada staf-staf yang lain termasuk yang berada di Sabah dan Sarawak. Ucap terima kasih kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya bekerja di situ. Uhhh…sedih lagi. Sepanjang bekerja di situ, memang banyak benda baru yang saya belajar terutama tentang pam-pam dan equipments lain bagi loji kumbahan IWK. Hahaha. Saya kan kena buat quotation, so kena ambil tahu la. Bukan saya yang handle dan service benda-benda tu semua.

Sebelum balik tadi, mereka ada buat farewell party untuk saya. Walaupun sekadar jamu karipap, pisang goreng, keladi goreng, dan teh tarik, itu sudah cukup membuatkan saya terharu. Saya cuma bekerja selama 4 bulan je. Bukan 4 tahun. Tak perlu farewell party ni semua. Dulu masa saya bekerja setahun di company lama pun mereka tak buat farewell parry untuk saya. Mungkin sebab company ni kecil je, so bond antara kami tu rapat. Macam dah kenal lama even baru 4 bulan. Ohhh…saya sedih lagi. Mereka juga ucapkan good luck pada saya. Moga saya jadi pensyarah yang berkaki lebar. Hahaha. Kaki saya kecil je.

So, masa balik tadi saya terfikir, lalu lagi ke nanti jalan ni? Entah la. Esok saya akan lalu route yang baru. Persekitaran yang baru. Teman sekerja yang baru. Esok satu lagi lembaran baru dalam hidup dan kerjaya saya. Harap berkekalan la. Bye Jalan Kuala Kangsar. Hello HB Road.

4 responses »

  1. heero: tukar keje la. dzh bosan dengan keje lama…hahaha…la ni jadi lecturer kat KPTM je…yup, HB raod is Hospital Besar road.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s