Monthly Archives: Julai 2009

H1N1 ke?

Piawai

1. Students kolej saya dah ramai yang demam, batuk-batuk, selsema, dan sakit tekak. Simptom-simptom dah tu. Kami lecturers dah mula risau-risau.

2. Hari Rabu kelmarin, kakitangan MOH (bukan MUH ye) datang untuk buat pemeriksaan/saringan kesihatan. 10 orang dengar-dengarnya dah suspected. 2-3 orang students saya pun termasuk sekali. Sorang tu memang dah pernah kena masa cuti semester lepas. Now the simptoms are coming back katanya. Ish…jangan datang kelas saya la. Habis 1 kelas kena kuarantin nanti.

3. Tiada angin sepoi-sepoi bahasa kata nak tutup kolej seminggu ke? Saya suka je nak cuti-cuti ni. Tapi amat malas la nak ganti kelas nanti. Confirm students tak mahu kelas di petang Jumaat. Lalala.

Updated – 3 Ogos 2009

Saya sudah bercuti selama seminggu. Kolej ditutup bagi mengelakkan penularan dan penyebaran wabak H1N1.

Quizzes

Piawai

1. Minggu ni minggu ketiga. Minggu kuiz. 3 out of 4 classes yang saya ajar subjek PWWW dah buat. 1 kelas tu kena buat next week sebab kelas tu lambat 1 chapter dari kelas-kelas yang lain (kelas tu kelas hari Isnin and masa 1st week, cuma 6 orang je yang ada).

2. 2 out of 3 classes saya dah marked kertas mereka. Sangat-sangat la saya pening ya. Melihatkan cara mereka menjawab soalan dan jawapan mereka je pun dah buat saya separa nak tergelak. Macam-macam jawapan. Yang tak relevan dengan soalan pun ada. Haish. Tiba-tiba saya terfikir. Salah ke cara saya mengajar? Saya mengajar ajaran sesat ke? Mereka tak faham ke apa yang saya bebelkan selama 3 minggu ni? From that quiz, I knew there’s something wrong some where. Not them. But me. Ohhh…*termenung memikirkan masa depan*

3. Mulai minggu depan, saya kena review back betul-betul previous chapters dengan mereka. Maybe the 1st 15 minutes. Maybe kena buat Q&A dengan mereka sebelum masuk chapter baru. Macam nak buat kuiz tiap-tiap minggu pun ada juga. Patut ke? Haish. Saya dah jadi U-Buntu.

4. Memerlukan nasihat pakar di sini ya. S.O.S!

Cerita-cerita Hannah

Piawai

1. Hannah sekarang dah menyulur (step before merangkak). Dia menyulur laju. Dulu kalau dia nak pergi mana-mana or nak ambil apa-apa, dia akan bergolek-golek. Sekarang tak golek-golek lagi dah. Sekali tengok dia menyulur macam askar merangkak bawah barb wire je. Hehehe.

2. Bila Hannah dah pandai menyulur ni, dia nak capai macam-macam benda. Wire adapter laptop, books dan magazines kat bawah rak tv, curtain, kasut-kasut saya, etc. Nak kena cari pagar ni.

3. Gigi Hannah dah tumbuh lagi satu. Now belah atas pula. Tapi dia tak tumbuh in pair macam gigi bawah dulu. Tumbuh sebatang je. Hmmm…yang lagi satu tumbuh lambat sikit kut.

4. Hannah dah boring main toys dia. Dia nak main benda lain. Dia nak main dengan remote Astro, remote kipas, handphone saya or En. Suami and anything else yang bukan toys. Actually bukan buat main pun. Buat gigit-gigit and hisap-hisap je.

5. Sekarang ni, bila tiba time nak tukar diaper, buka baju dan pakai baju, saya terpaksa ber’gusti’ dengan Hannah. Sebabnya, Hannah dah tak nak baring diam-diam macam dulu-dulu. Letak je atas changing mat tu, dia terus meniarap and menyulur ke sana sini. Even bagi something to distract her from bergerak pun kejap je diamnya. Penat wo ber’gusti’.

6. Hannah dah pandai memberontak dan marah-marah. Kalau dia tengah main or pegang something, jangan la ambil benda tu dari dia without ganti dengan benda lain. Mengamuk sakan la. Jerit-jerit sampai rasanya satu taman boleh dengar kut. Hohoho. Lepas tu kalau dia baring and golek, tak boleh ada benda or sesiapa yang halang dia. Kalau ada benda or sesiapa halang, dia marah-marah suruh ketepi juga. Kadang-kadang lawak bila tengok dia marah dekat sofa.

7. Last week, 5 hari Hannah tak BO (bowel output). Kalau ada pun, sikit-sikit and keras. Kami dah bagi susu cair (lebihkan air bila bancuh susu), bagi minum air masak banyak-banyak but still sama juga. Ada sekali tu Kak Lela kata, Hannah sampai menangis-nangis bila nak BO sebab sakit. Kami ingat nak bawa pergi klinik dah kalau still macam tu juga. Nasib the next day tu Hannah dah BO macam biasa balik. Alhamdulillah.

hannah1

hannah2

hannah3

hannah4

Entri tiada tajuk

Piawai

Semalam ke Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan. Bawa Hannah bersunat. Tapi doktor kata tak boleh lagi. Tak nampak lagi. Doktor suruh datang balik bila Hannah nak cucuk setahun nanti. Hmmm…macam lama lagi je. Ingat nak bawa Hannah datang balik bila dia 10 bulan nanti la. Saya terfikir. Macam mana ada setengah baby girl masa umur 2-3 bulan dah bersunat tu? Hmmm…

Lepas tu kami ke Naza Bikes di Pasir Putih. En. Suami nak tunjuk Kawasaki Ninja 250R yang dia tergedik-gedik nak beli tu. This is one of the reason why he let go his Wira. Macam orang kena mid life crisis pulak. Tapi saya minat lagi dengan Kawasaki ZX-10R or Ducati (saya tak sure model apa). En. Suami kata, ada ke RM10k nak buat down payment? Saya kata takde. Hehehe. Beli la jenis apa-apa pun. Saya tau nanti saya nak tumpang naik.

Kawasaki Ninja 250R

Kawasaki Ninja 250R

Kawasaki ZX-10R

Kawasaki Ninja ZX-10R

 Lepas dah cuci mata tengok motor, pergi ke Tesco Station 18. Nak buat marketing. Gaji dah masuk (yeay!), so kena la top up barang-barang dapur termasuk susu and diapers Hannah. Masa sampai tu nak makan dulu. Macam biasa kami tak boleh nak decide nak makan apa. Then ternampak Shakey’s yang akhirnya dah buka. Yeay! Dah lama mengidam nak makan Shakey’s. Kami lagi suka pizza Shakey’s daripada pizza Pizza Hut. Teringat dulu-dulu suka je ke Shakey’s di Mines. Tapi lepas tu dia tutup and ganti dengan Domino’s. Kami order set for 2. Ambil perisa Shakey’s Sensation. Tambah coleslaw and small mashed potato (ini untuk Hannah sebenarnya tapi Hannah tak berapa nak makan sangat so mama and  papa dia yang habiskan). Nak ambil pics tak sempat sebab dah lapar sangat. Hehehe. Nanti nak try pergi makan di Laksa Shack la pulak. Nak try laksa Sarawak.

Selamat jalan Yasmin

Piawai

Kita telah kehilangan seorang anak seni yang amat berbakat. Anak seni yang memberi kelainan dan perubahan dalam industri filem tempatan. Moga-moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah…

yasmin

Goodbye

Piawai

After 3 years and 7 months, today we’re saying goodbye to our ride. His ride actually. It’s hard to let it go. It’s more harder to him. When I saw it went away with the new owner, my tears slowly run down my cheek. Sometimes, to make way for a new one, we need to sacrifice the old one. Hope the new owner will take a good care of ‘you’. Goodbye ADD 6678. ‘You’ will always be in our heart.

Bye!

First look

After a bit transformations

After a bit transformations

 

Nota kaki: please ignore my grammar errors. and if you see this car, please don’t honk. not us in it.

Buah Naga

Piawai

Dua tiga hari ni, saya asyik menggunakan buah naga sebagai contoh di dalam kelas – gambar contoh untuk insert image dalam HTML, produk contoh jika nak develop product base website, etc. Macam nak pergi Jusco or Tesco. Nak beli la nanti.

pitaya