Cerita campur-campur & macam-macam

Standard
  1. Saya dah dapat subjek untuk diajar. Publishing on the World Wide Web dan Interface & Information Design. Saya nak kena belajar semula. Dah lama rasanya tinggal benda-benda ilmiah ni.
  2. Saya akan ajar 6 kelas. 2 kelas semester 5 dan 4 kelas semester 3. Mati-mati saya ingat saya akan mengajar students baru. Cis!
  3. Jumlah jam kredit yang perlu saya ajar bagi kedua-dua subjek ialah 26 jam. Saya rasa lecturers saya di UPM dulu pun tak mengajar banyak macam ni. Nasib 2 jam lagi tu boleh claim. Hehehe.
  4. Hannah dah asyik nak golek-golek saja. Masa meniarap, Hannah dah mula nak menggerakkan badan ke depan. Bila nak merangkak pulak ni?
  5. Hannah sekarang dah macam tak nak minum susu sangat. Dari 5 bulan hari tu asyik minum 5oz je. Tu pun kadang-kadang tinggal 1oz. So kiranya minum 4oz je. Tapi bila makan laju je. Sampai comot-comot bila makan.
  6. Hari ni tadi ada registration new students. Semua orang involved termasuk lecturers. Kalau di IPTA, rasanya lecturers tak ambil port pun dalam bab registration ni. Kalau ada pun bila students nak register subjek je.
  7. Saya macam nak kena beli laptop baru sebab laptop lama saya dah bengong. Dah tua pun. Beli since 2004. 5 tahun dah. Tambahan subjek yang akan saya ajar nanti require saya untuk install beberapa software multimedia macam flash, director, dreamweaver, etc. Mana nak gagau duit ni? Ada tak antara kamu yang baik hati nak belikan saya laptop baru? Hehehe.
  8. Since kerja kat tempat baru ni, saya rasa saya akan addicted to shoe and bag once again. Hihihi. Dan nak kena tempah lagi baju kurung. Dan juga baju bercorak batik untuk dipakai setiap hari Khamis (ye, kolej ni dah macam gomen pulak pakai baju batik tiap Khamis).
  9. Tiba-tiba saya teringin nak makan Carl’s Junior dan Wendy’s. Nak kena pergi KL la pulak. Bila nak buka satu kat Ipoh ni? Nando’s pun sama.
  10. Oh, ada seorang teman sekolah menengah dulu juga bekerja di kolej ni. Dia dulu agak pendiam dan pemalu orangnya. Tapi sekarang sudah terbalik. Dia sendiri pun mengaku yang dia dah tak macam dulu.

Nota kaki: Saya macam ada banyak nak cerita tapi saya dah mengantuk. Sambung esok la.

9 responses »

  1. hmm.. nanti kau akan jadi macam adik aku.

    banyak sgt baju dia smp almari baju kami (kongsi), penuh dgn baju dia je.

    nisbah 5: 35

    tu utk aku : adik aku.

    wahaha,..

  2. nurnana: hahaha…aku ni pun kena recycle semula baju kurung masa zaman muda2 dulu. itu pun ada yg tak berapa nak muat sangat…ye, selepas bersalin badan aku naik…tu antara reason yg nak kena tempah baju kurung baru…=P

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s