Random

Standard

1. Malam/pagi tadi saya dengan En. Suami sempat tengok sekejap MJ’s Memorial Service. Itu pun saya tengok sambil terlena-lena. Last-last saya terus tertidur. Tersedar pukul berapa entah and nampak tv still on. Masa tu Mariah Carey dengan siapa entah tengah nyanyi lagu I’ll Be There. En. Suami pun dah tertidur. Saya layan la sekejap sampai Stevie Wonder keluar dan main piano. Lepas tu En. Suami pun terjaga dan ajak masuk tidur dalam bilik.

2. Masa on the way ke kolej, Fly siarkan semula beberapa speech yang dibuat oleh selebriti dan ahli keluarga MJ. Saya menangis bila terdengar ucapan Paris Michael Katherine Jackson, anak perempuan tunggal MJ.

3. Hari ni pertama kali beli nasi lemak di sebuah restoran dekat-dekat dengan rumah saya (gerai pakcik yang saya selalu beli nasi lemak dan kuih-muih tu dah habis masa saya singgah pukul 8am). Kena RM3.20 sebab saya ambil paru-paru masak sambal dan telur goreng. Nasib sedap.

4. Hari ni ada JCard Day di Jusco Ipoh. Tak boleh nak pergi sebab kolej agak jauh berbanding dengan tempat kerja lama dulu. Lagipun duit dah kurang. Mampu memandang dari kejauhan je la. *mata berkaca-kaca*

5. Hari Jumaat lepas, masa saya pergi lunch donut di Jusco, singgah sekejap di Vincci. Ternampak satu wedge yang sangat menarik. Harga pun RM55 je. Ohh…nakkk…En. Suami, masuk je claim nanti sila belikan ye. Huhuhu.

6. Esok ingat nak pergi ke Greentown Mall dan nak singgah di Nagoya. Nak tengok kain untuk dibuat baju kurung. Nak cari yang bercorak batik. Tapi setakat singgah je la. Nak beli, tunggu bulan depan. En. Suami, nak tolong belikan ke? Hihihi.

7. Nak belikan Hannah kasut sebab sekarang Hannah cuma ada sepasang je. Ada tengok di satu blog ni hari tu. Mothercare. Cantik dan murah. Tunggu bulan depan juga la.

8. Tengah dalam usaha nak cantikkan dan hias meja. Nanti nak beli la hiasan-hiasan chomel. Nak letak atas meja. Nak letak gambar Hannah juga. Gambar En. Suami tak nak letak. Nanti takut ada orang nak mengurat. Kahkahkah.

9. Semalam saya ada pinjam dua buah buku dari library. Nak baca tapi malasss…hahaha. Tapi kena baca juga. Mesti. Wajib.

10. Semalam En. Suami beli cheesecake di bakery dekat-dekat dengan rumah saya. Dia kata teringin sebab dengar Fly dok promo Chocolate’s Day semalam. Saya pun teringin juga nak makan benda-benda manis ni especially chocolates la. Nak beli Cadbury la waktu lunch nanti.

8 responses »

  1. balqis:
    asyik tunggu badget bln depan jer.. silap2 xjadi beli gak… hehehe.. itu biasala.. aku pun gitu sokmo.. kan best kalo ade duit turun dari langit!!!

  2. Assalaamu’alakum..

    Salam kenal dari Sarawak. laman ilmu yang mengasyikan dengan bahan tulisan dan pengalaman yang dikongsikan bersama. Salam persaudaraan dan sentiasa bahagia hendaknya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s