Entri tiada tajuk

Standard

Semalam ke Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan. Bawa Hannah bersunat. Tapi doktor kata tak boleh lagi. Tak nampak lagi. Doktor suruh datang balik bila Hannah nak cucuk setahun nanti. Hmmm…macam lama lagi je. Ingat nak bawa Hannah datang balik bila dia 10 bulan nanti la. Saya terfikir. Macam mana ada setengah baby girl masa umur 2-3 bulan dah bersunat tu? Hmmm…

Lepas tu kami ke Naza Bikes di Pasir Putih. En. Suami nak tunjuk Kawasaki Ninja 250R yang dia tergedik-gedik nak beli tu. This is one of the reason why he let go his Wira. Macam orang kena mid life crisis pulak. Tapi saya minat lagi dengan Kawasaki ZX-10R or Ducati (saya tak sure model apa). En. Suami kata, ada ke RM10k nak buat down payment? Saya kata takde. Hehehe. Beli la jenis apa-apa pun. Saya tau nanti saya nak tumpang naik.

Kawasaki Ninja 250R

Kawasaki Ninja 250R

Kawasaki ZX-10R

Kawasaki Ninja ZX-10R

 Lepas dah cuci mata tengok motor, pergi ke Tesco Station 18. Nak buat marketing. Gaji dah masuk (yeay!), so kena la top up barang-barang dapur termasuk susu and diapers Hannah. Masa sampai tu nak makan dulu. Macam biasa kami tak boleh nak decide nak makan apa. Then ternampak Shakey’s yang akhirnya dah buka. Yeay! Dah lama mengidam nak makan Shakey’s. Kami lagi suka pizza Shakey’s daripada pizza Pizza Hut. Teringat dulu-dulu suka je ke Shakey’s di Mines. Tapi lepas tu dia tutup and ganti dengan Domino’s. Kami order set for 2. Ambil perisa Shakey’s Sensation. Tambah coleslaw and small mashed potato (ini untuk Hannah sebenarnya tapi Hannah tak berapa nak makan sangat so mama and  papa dia yang habiskan). Nak ambil pics tak sempat sebab dah lapar sangat. Hehehe. Nanti nak try pergi makan di Laksa Shack la pulak. Nak try laksa Sarawak.

8 responses »

  1. uik..kena tunggu setaun baru leh sunat? sara lahir2 je terus dr sunatkan kat an-nur tu.

    dr tu spek dia tak power kot sbb tu tak nampak😛

  2. pakcikli00: tak guna beli kalau tak test power.

    cikinto: ni yang buat lagi teringin nak try ni.

    incik nabil: tah la incik…lain tempat lain kut cara dia…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s