I heart IKEA

Standard

Sabtu lepas pergi ke Lembah Beringin. Ada kenduri sikit. Hannah excited tengok orang ramai. Sanggup tahan mata tak mahu tidur. Lepas tu mula la dia cranky sebab dah mengantuk. Habis je kenduri, En. Suami mula meracun saya. Dia ajak pergi buang duit. Di IKEA. Dia kata, Lembah Beringin nak ke Damansara dekat je. Mintak tolong pada En. Garmin. Mesti tak sesat punya. Racun termakan. Cis…cis…cis…

Kami bertolak dekat-dekat nak pukul 5. Pukul 6 dah nampak signboard IKEA/Ikano. Hannah sepanjang jalan dia tidur. Bila dah sampai baru dia bangun. Saya memang dah excited lebih-lebih. En. Suami pun sama. Almaklum la, ini first time kami sampai ke IKEA. Eh, saya dulu dah pernah sampai. Tapi datang just untuk berbuka puasa je dengan kawan-kawan sekolah. Bukan untuk bershopping. Nasib senang nak dapat parking space. Dekat dengan entrance pulak tu.

Masuk-masuk je dalam IKEA tu, terasa macam jakun/peghak sekejap. Selama ni tengok barang-barang dia dalam katalog yang En. Suami download je. Ni bila dah nampak semua depan mata, rasa macam nak borong semua je. Tapi nasib baik saya kembali ke alam nyata yang hakikat duit tak berapa nak banyak dan Cik Viva bukan lori kontena. Hahaha.

Pendekkan cerita sebab saya malas nak cerita/type panjang-panjang and saya rasa kamu semua pun malas nak baca. Kami membuang duit untuk 13 items yang hampir mencecah RM300. Itu pun nasib baik dah buang 4-5 items yang rasa-rasa macam tak muat nak load ke dalam Cik Viva. Even kami membeli barang-barang yang nampak agak merepek yang boleh dikira beli di Tesco or Giant lagi murah, tapi kualiti those things memang bagus. Berbaloi la spent nearly RM300 tu. Yang pasti, nanti memang nak kena datang lagi. Mungkin dengan menaiki kenderaan yang lebih besar (Cik Nyah, nanti pinjam Estima ye…).

LACK side table

LACK side table

NYTTJA frame 2pcs

NYTTJA frame 2pcs

RIBBA frame

RIBBA frame

KOMPLEMENT multi-use hanger

KOMPLEMENT multi-use hanger

RATIONELL cutlery rack

RATIONELL cutlery tray

GRUNDTAL glass rack

GRUNDTAL glass rack

1. RAJTAN spicejar, 2. BEKVAM spice rack, 3. GRUNDTAL rail, 4. GRUNDTAL s-hook, 5. GRUNDTAL cutlery stand, 6. LEGITIM chopping board

1. RAJTAN spicejar, 2. BEKVAM spice rack, 3. GRUNDTAL rail, 4. GRUNDTAL s-hook, 5. GRUNDTAL cutlery stand, 6. LEGITIM chopping board

 Nota kaki: sila abaikan kuali berbontot hitam di gambar terakhir.

7 responses »

  1. wah.. sume dh pasang..

    dulu en.suami aku.. siap sakit2 kaki lagi.. kami x beli ape2 pun sbb brg yg nk dibeli xmuat + x de rumah nk di letak.. mungkin, ktorng akan sawan semula bershopping bile umah dh siap kot.. itu pun kalo peruntukan kewangan masih ada.. hehehe…

  2. lyliepuad: tu la pasal…memang rambang mata la. nasib ikea takde kat ipoh. kalo tak mau muka aku je yg dok menempek kat situ hari2. hihihi.

    a.z.n.e.e: aku laki bini pun nyaris2 nak sawan hari tu. bila dah ada umah sendiri nanti, ko tau la cane nak meng interior design kan umah tu. hehehe.

    su: kalo hitam lagi, memang dah boleh kikis buat kopi macam dlm cerita nujum pak belalang. wakaka!

  3. nasib baik baru RM300 jer habis tu kira ok ler tuh hehehehe nnti katalog baru kuar saya tolon amikkan lebih yer hehehehehehe

  4. kui kui.. sy pon rajin gak habiskan duit kat ikea nih…
    tapi.. nak memasang tu.. berchenta!!

    contoh: penyangkut unt vacum, dah beli 2-3thn lepas kot.. still dlm stor..
    and cermin unt toilet.. 2toilet dah pasang, sebab sekian lama bebel2 kat suami, lagi satu toilet tak pasang2 lagi sebab dia kate susah sgt nak drill tiles toilet tu, smpai patah2 mata drill.. jadinyer,cermin lagi satu tu dok terselit je la tepi almari. hahhaah!

    lesson learnt.. jgn beli benda2 yg kena drill, sebab en suami sy adalah sggtttt susah nak mintak tolong drill..😛

  5. hehehe nak drill @ tiles tu jgn guna mata drill yang biasa tu tau kena pakai mata yg khas utk tiles coz nnti lama lama tiles akan crack..kalu guna mata drill yang utk tiles kena adjust yang screw punya bukan hammer punya then bile dah sampai ke simen baru tuka balik yang mata drill biasa hehehe berdasarkan pengalaman memasang barang barang kat umah nih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s