Macam-macam cerita

Standard

2 minggu ni saya memang super busy ala-ala calon-calon di Permatang Pasir. Macam nak makan pun tak ada masa la. Poyo je kan. So saya summarize kan la cerita 2 minggu dalam 1 entri.

1. Saya dah tak mengajar subjek semester 5 iaitu Interface and Information Design. Ada lecturer lain dah take over kesemua kelas (3 kelas je) untuk subjek tersebut. So sekarang saya cuma mengajar 1 subject saja.

2. Sekarang ni tiap kali saya terjumpa students saya yang semester 5 dulu tu, mereka akan minta saya ajar mereka semula. Mereka ada sejarah sikit dengan lecturer tersebut. Saya kata elok la lecturer yang berpengalaman yang ajar subjek tu. Nanti kalau saya ajar, jadi ajaran sesat pulak. Hohoho.

3. Saya ada 4 set quiz yang saya belum tanda lagi. Hahaha. Memang tak sempat nak tanda. Especially kalau nak tanda quiz coding HTML. Merapu-rapu je saya tengok semuanya.

4. Students saya sekarang tengah merayu-rayu suruh saya extend kan lagi tempoh untuk project 1 mereka. Dah bagi masa sebulan pun nak minta extend lagi. Project senang je. Macam nak je kata boleh extend tapi awak hantar semester depan je la. Kejam ke?

5. Students semester 5 sekarang tengah nak buat final year project mereka. Saya sebagai salah seorang supervisor, ada 5 orang students di bawah saya jagaan saya. Minggu ni adalah minggu mereka kena buat Initial Presentation. So, memang saya akan busy juga la minggu ni.

6. Minggu ni juga kena submit clean set soalan untuk mid-sem ke Unit Peperiksaan. Last week saya tak tidur malam nak buat set soalan tu sebab nak kena submit dekat HoD dulu. Padan muka la. Siapa suruh buat last minute.

7. Hannah sekarang dah tak boleh nak lekang daripada saya. Saya memang tak boleh nak out of her sight langsung. Even kalau saya pergi mandi or solat and saya tinggalkan dia dengan En. Suami pun, dia akan mencari-cari saya. Tapi bila saya hantar dia pergi rumah pengasuh dia ok je.

8. Hannah juga dah tak nak tidur dalam baby cot dia lagi dah. dia nak menyelit kat katil kami. Tapi sebab dia tidur lesak sangat, so either one of us kena tidur luar (nak tidur kat dalam bilik dah tak ada ruang). Biasanya siapa yang tidurkan Hannah la yang akan dapat tidur atas katil.

9. Sekarang ni Hannah dah nak belajar berdiri. Dia dah pandai nak melutut and kadang-kadang dia akan gunakan sofa as a tool to help her stand up. Tapi duduk without support memang dia tak pandai lagi.

10. Sejak penularan wabak H1N1 ni, saya dah pakai mask bila mengajar. And students saya akan tanya saya sihat ke tak. Saya sihat je. Saya cuma mengambil langkah berjaga-jaga.

Dah. Saya nak sambung buat kerja. Nanti saya tulis lagi. Ciao.

2 responses »

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s