Mari habiskan duit gaji!

Standard

Saya dan En. Suami dah shopping raya. Lalala. Tapi saya rasa saya bukan shopping untuk saya. Saya banyak shopping untuk Hannah. Hasil “tangkapan” untuk saya:

1. Blazer – ni untuk pakai time lecture ye…bukan pakai masa 1st raya.

2. Baju kurung 3 pasang RM100 (really best bargain) – pun nak pakai untuk kerja.

3. Tudung ala-ala mokcik dan minah indon (maaf la ye pada sesiapa yang suka pakai tudung ni) – ni pun cuma beli untuk pakai time sapu-sapu sampah depan rumah ke, buang sampah ke. Nak pakai buat jalan-jalan or pergi kerja, I still don’t have the guts! Kekeke.

Tu je la untuk saya. Ada ternampak sepasang kasut yang tergolong dalam kasut idaman, tapi…kita lupakan dahulu. Baru je lagi beli Crocs.

Hasil “tangkapan” untuk Hannah:

1. 3/4 jeans – tapi bila Hannah pakai jadi jeans normal sebab beli untuk age 12 months.

2. Flutter-sleeve tops.

3. Sleveless top dress.

4. Rompers – untuk pakai tidur and dah pakai pun.

5. Printed leggings – ni pun dah pakai.

6. Walker.

7. Kasut – pun dah pakai.

8. Baju kurung – sangat comel ye tengok Hannah pakai ni.

9. Sarung bantal dan bolster.

10. Botol susu and nipples.

11. Berus gigi – kena ajar dari baby and Hannah dah tumbuh gigi ke-5.

Tengok. Hannah lagi banyak shopping dari saya. Hehehe. Ingat nak beli kasut lagi sepasang and nak belikan dress untuk Hannah. Tapi…nanti dulu la.

Hasil “tangkapan” En. Suami pula:

1. Pants – untuk pakai kerja and dah pakai pun.

2. Jeans – akhirnya jumpa yang sesuai and dah pakai juga.

En. Suami nak beli sepasang baju melayu tapi takde yang berkenan and muat. Susah nak beli baju melayu yang dah siap ni yang padan dengan saiz dia. Dia terus tensen. Tu yang rembat jeans mehe terus. Kikiki.

Tapi kami banyak shopping untuk anak-anak pengasuh Hannah la. Memang niat kami nak belikan baju raya untuk mereka. 4 pasang baju kurung dan sepasang baju melayu. Anak dia 4 perempuan dan seorang je lelaki.

Kesimpulannya, saya dan En. Suami tak ada pun baju raya. Bila dah ada family ni, kami nampaknya lebih mengutamakan keperluan Hannah. Dah besar panjang ni, tak payah ada baju raya pun tak apa. Dapat puasa penuh pun dah bersyukur. Ermm…penuh ke? Setakat ni masih penuh lagi. Apakah? Adakah? Jeng..jeng..jeng…

6 responses »

  1. lylie: memang tak pun…since ambil injection untuk family planning ni, menstruation punya cycle dah bengong2 sket…heheeh

  2. makusu nih….

    drpd abeskan duit utk shopping….

    bek bg kakak duit raye….

    kuikuikui……

    tahun ni mus’ab balik raye sama……

    nnt leh die raye sama hannah…

    baju raye mus’ab wane purple~

  3. oh, sgt ‘berbahaya’ statement apakah dan adakah ko itew… huhuhu…

    yup.. even, aku lum ade baby lg pun mcm xde baju raya je lagi… hehehe… sbb ade keperluan lain yg perlu didahulukan… hehehe..

  4. ceeeeeh…. ingatkan apekah adakah tu hannah nak ada adik lagi.

    mr husband saya pun dah merajuk tanak beli baju melayu sebab susah nak carik baju saiz dia. baju raya kitorang pun belum beli. zara je dah ada 7 pasang baju raya. kenapa la baju babies ni comel comel. minci btol

  5. kakak: tu sume habis shopping utk hannah la…nak bg kakak duit raya tunggu raya nanti la.

    a.z.n.e.e: ye betul…ada banyak keperluan lain yang perlu didahulukan bila dah berfamily ni.

    .i.n.a.z.: tu la…akak asal nampak yg comel2 je terus nak beli…hahaha…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s