OKU kah?

Standard

Sabtu lepas jalan-jalan shopping raya di Jusco. Tengah jalan-jalan tu tiba-tiba saya ternampak ada satu pameran seni. Firstly I thought it was a drawing competition punya pameran sebab dia letak gambar-gambar lukisan kanak-kanak sekolah rendah. Then I noticed ada satu lukisan tu dilukis oleh budak berusia 14 tahun. The weird thing is, lukisan tu tak nampak langsung macam dilukis oleh budak berumur 14 tahun. Lukisan tu nampak macam dilukis oleh budak 7 or 8 tahun. Saya tunjuk pada En. Suami. En. Suami pun pelik juga. Saya baca keterangan tentang budak tu. The school’s name explains everything – SKPK Alor Setar. Oh…patut la.

Rupa-rupanya kesemua lukisan kat pameran seni tu dilukis oleh kanak-kanak dan orang kurang upaya yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) dan di Pusat Didikan Khas (PDK) di seluruh Malaysia. Pameran tu hasil kerjasama Aeon Co. Berhad (Jusco) dengan JICA (Japan International Cooperation Agency). Masa kami tengah tengok-tengok lukisan tu, kami didatangi oleh seorang sukarelawan JICA. Bila dia bercakap je saya dah boleh tahu dia  tu orang Jepun. Sangat fasih bahasa Melayu dia. Kami diberikan borang untuk pilih 10 lukisan yag kami rasa cantik serta borang soal selidik berkaitan OKU.

Susah juga nak cari lukisan yang cantik dalam banyak lukisan tu. Bukan sebab takde yang cantik. Sebab banyak juga yang cantik-cantik. Don’t underestimate OKU okey. Mereka juga sangat kreatif ye. Kita yang sempurna ni pun belum tentu boleh terfikir untuk lukis apa yang mereka lukis. These are several drawings yang sempat saya snapped.

29082009092

29082009093

29082009094

Kami spend about 15 minutes lebih gak la untuk pilih mana yang terbaik. Lepas submit vote dan borang soal selidik, ada cabutan bertuah. Tapi tangan saya tak bertuah hari tu. Tak dapat apa pun. Hahaha. Bagus ada benda-benda begini. Just nak beritahu orang awam tentang OKU ni, keupayaan mereka dan juga impian mereka. Sebab ada antara lukisan-lukisan tu yang letak captions. What are their dreams in the future. Walaupun mereka OKU, tapi mereka juga ada impian sendiri. Ishh…sedih pulak tiba-tiba.

Even tak keluar satu sen pun, tapi saya rasa saya dah buat amal jariah hari tu. Amal jariah dalam bentuk lain. Kalau nanti mana-mana lukisan yang dapat undiaan tertinggi (saya adalah salah seorang yang vote untuk lukisan tu) dan OKU yang lukis tu dapat hadiah or something, secara tak langsung  saya sudah bersedekah la untuk hadiah tu.

Senangkan nak dapat pahala. Tambah-tambah di bulan Ramadhan ni.

One response »

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s