Monthly Archives: Oktober 2009

Cutest Baby In Walker Contest

Piawai

Yes, I’m entering another contest. Really can’t help it. Mwahaha.

Kali ni anjuran blog Ometomeiorked. It’s all about baby in walker. Pada yang belum berkahwin dan belum ada anak dan tak tahu apakah menatang walker tu, sila la rujuk sini.

So, mari kita lihat gambar Hannah dalam walker kesayangan dia tu. Tapi actually gambar Hannah ni saya dah post kat entri yang ini. Tak kisah la. Kamu tengok je la lagi sekali ye.

31082009098
Nama adik manis: Hannah binti Mohd Halid
Umur: 10 bulan 3 minggu

Hannah pakai walker agak lewat. Masa umur dia 8 bulan lebih. Itupun dia mula-mula pakai walker di rumah babysitter (babysitter Hannah keluarkan semula walker anak dia dulu…terima kasih Acik Lela). Hannah ada walker sendiri di rumah masa dia umur 9 bulan.

Disebabkan dia dah biasa/pandai menggunakan walker tu, laju je la dia ke sana-sini kat dalam rumah tu. But since Hannah dah ada walker ni, dia dah tak jadi ‘mop’  lagi dah. Huhuhu. Kalau tidak tu baju dan seluar dia habis comot sebab dia ‘mop’ satu rumah. And another thing, dia dah tak kutip-kutip benda yang kat atas lantai or carpet.

But…sejak dah naik walker, Hannah dok kutip pulak barang-barang yang kat atas tv cabinet. Frames, magazines, remote controls, etc. Lepas tu dia pun campak la merata-rata benda-benda tu. Then dia asyik nak rammed kaki saya or kaki En. Suami dengan walker tu aje. Sakit tau! Dah la bawak laju-laju. Itu je la kut keburukkkannya (tak la buruk mana pun). Ada juga dengar kalau bagi anak pakai walker nanti anak jalan lambat. Tapi that thing depends on perkembangan bayi tu sendiri juga. Saya tak kisah kalau Hannah jalan cepat ke lambat. Jangan tak berjalan langsung sudah.

So, wish me luck! *fingers crossed*

Advertisements

Penat…

Piawai

Minggu depan adalah minggu yang bakal memenatkan saya. Nak submit markah untuk students MP, nak keluarkan markah coursework students, seminar di Mimos, Majlis Anugerah Dekan, taklimat kerjaya untuk students semester 5…memang penat.

Bila boleh berehat ni?

Seminar@USM

Piawai

Semalam saya pergi seminar dengan kawan-kawan sebidang multimedia. Fuyoh…bunyi macam gempak je kan. Hahaha. Seminar di USM. Tajuknya New Learning in Creative Arts & Design in Malaysia. Lagi macam gempak. Hihihi.

Bertolak dari Ipoh pukul 6.15 pagi. Sampai di USM 8.30 pagi. Ikut tentatif program sampai pukul 5.30 petang. Memang sampai pukul 5.30 petang pun. Sampai rumah pukul 8.45 malam. Penatss…

Kertas kerja yang dibentangkan mostly covered about arts and design. Terkeluar sikit la daripada bidang kami ni. Mana speakers yang pandai nak attract audience tu, tak la jadi boring. Mana yang tak panadai, Mira kat sebelah saya dah tersengguk-sengguk ngantuk. Hehehe. Saya macho. Tahan ngantuk. *poyo*.

Ada juga arts exhibition kat situ. Hasil kerja students School of Arts tu. So, mari kita tengok gambar sekitar seminar.

The Seminar

The Seminar

Pintu masuk Balai Pesiban Agung

Pintu masuk Balai Pesiban Agung

School of Arts

School of Arts

Kami di seminar

Kami di seminar

kepala A.O. halang slide...

kepala A.O. halang slide...

one of the speaker

one of the speaker

kami...lagi...

kami...lagi...

paper dolls

paper dolls

kawaii...

kawaii...

ada pameran about germany

ada pameran about germany

dapat sijil. yeay!

dapat sijil. yeay!

Play time!

Piawai

Hannah ada spot baru untuk bermain-main. Saya sengaja buat dekat depan ruang tamu. Sebabnya dekat dengan pintu dan sliding door. So, sambil main-main Hannah boleh jenguk-jenguk ke luar or berdiri di gril pintu dan lambai-lambai ke arah anak-anak pengasuh yang bermain basikal.

play1

play2

play3

 

play5

 

Mangsa Buli Contest

Piawai

Apa kena la saya dok giat nak masuk contest-montest ni? Saja suka-suki sambil membuang masa yang terluang. Kali ni contest anjuran blog MoMMy Qastalani. Tajuknya…sama macam tajuk entri ni la ye.

Yang terpaksa dibuli of course la si Hannah ni. Pembuli dia siapa lagi kalau bukan papamama dia. Hehehe. Moh la tengok macam mana la rupanya Hannah kena buli. Hukhukhuk.

mama...how could you do this to me...wuuu...wuuu

mama...how could you do this to me...wuuu...wuuu

Nama mangsa buli-buli-sayang: Hannah binti Mohd Halid
Umur masa kena buli-buli-sayang: 10 bulan bape hari entah

Ngehngehngeh…inilah akibatnya bila suka sangat tarik-seret-gigit baju-baju yang tak berlipat kat dalam bilik gelap tu (padan muka saya juga kerana malas nak lipat kain baju yang dah meng’Everest’ tu). So, sebagai balasan, saya maasukkan sekali Hannah dalam bakul baju-baju yang tak berlipat tuh. Lalala~~~*bersiul-siul sambil buat muka tak bersalah*

So, hadiah yang bakal saya gondol (bukan gondol yang botak tu ye) sekiranya saya menang: Miniature Anna Sui Night of Fancy or Miniature Anna Sui Live Your Dream. Kalau sesiapa yang tak tahu Anna Suwei tu apa, ianya adalah perfume ye. Dan dia tak suwei macam nama dia. Isk.

Sekarang nak masukkan ayat copy-paste dari blog penganjur.

1. Kamu mesti ada blog ! (Harap maaf geng-geng facebook yek)<–done!

2. Kamu mesti menetap di Malaysia. Harap maaf geng-geng foreigner obersea, kamu tidak layak (Jikalau kamu faham Bahasa Melayu ini)<–sememang warganegara-done!

3. Jadi FOLLOWER MoMMy Qastalani ini. Bole cari di side bar kiri (Keji tau main paksa-paksa gini!)<–done!

4. Tepek MoMMy Qastalani dalam Blog List kamu (Kamu memang kejiiii ! PAKSA! TERSEKSA!)<–done!

5. Copy-paste banner budak penyepit tersebut ke sidebar blog masing-masing dengan tajuk “MANGSA BULI CONTEST” dan link ke entry ini (kamu terrer kan?)<–ye, saya terrer-done!

6. Letak hanya 1 photo mangsa kejadian (Hanya 1 yang terbaik! Kalo banyak2 pening juri!)<–done!

7. Oh ye, mangsa yang layak dipertandingkan adalah newborn baby sehingga seusia 7 tahun!<–baru 10 bulan-done!

8. Hanya 1 penyertaan untuk 1 mangsa! (Kalau ada 9 orang anak, layak pertandingkan kesembilan mereka! Tapi dengan syarat; photo mangsa mestilah ketika umurnya bawah 7 tahun)<–done!

9. Kalo ada anak saudara, adik kakak di bawah 7 tahun juga bole dipertandingan<–guna anak sendiri-done!

10. Nyatakan Nama Mangsa dan Umurnya ketika itu<–done!

11. Karang special entry tentang kejadian buli tersebut. Then, hebahkan tentang “MANGSA BULI CONTEST” dengan link terus ke entry contest ini.<–done!

12. Bila dah siap, sila comment dalam entry ini dan tinggalkan url post kamu itu. Nyatakan sekali Nama dan Email Add kamu. Kalo x tinggal url terus ke post kamu, disqualified ye. (X larat eden nak jelajah setiap entry satu persatu utk cari entry sebenar)<–done!

Tarikh Mati (dead line) adalah pada:
19 October 2009 jam 9 am.

Kut-kut ada sesiapa yang nak masuk contest ni, boleh la ke Mangsa Buli Contest. Boleh la membulikan lagi keadaan. Hehehe.

nota kaki: Hannah sebenarnya pasrah je bila saya masukkan dia dalam bakul tu. Tiada sebarang bantahan yang dibuat.