Cerita…ceriti…

Standard

i
Isnin lepas Hannah demam. Demam yang agak panas. 39.6 degree. Hannah kalau demam, temperature mesti tinggi. 2 hari saya terpaksa bercuti untuk jaga Hannah. Sekarang Hannah dah ok tapi saya pulak yang demam. Wuuu…memang Hannah dah transfer demam dia ke saya la tu. Semalam memang tak bermaya sangat rasanya. Tapi tak boleh nak cuti lagi sebab takkan within 1 week sampai 3-4 hari cuti. Dengan sakit-sakit semua joints tulang sebab sejuk gila tahap North Pole. Tapi dalam demam-demam dan tak bermaya tu, saya sempat juga tengok presentation DAV by students saya pagi tu. Memang terbaek la. Setakat ni the best 5 (randomly picked) adalah Lensa by Sannew Production, Comeback by WonderFriends Production, Ambilla Ambillah by Kugairah Production, The High Class Mak Nyah by La’tura Production dan Ape-ape Ajelah by Saikoholic Production.

ii
Sebenarnya 4 November lepas adalah anniversary pertama saya sebagai blogger. Tak sempat nak buat special entri pasal tu sebab sibuk dengan Hannah yang demam. Hmmm…macam tak percaya dah setahun ya saya merepek-repek di sini. Baru setahun jagung je. Tak boleh nak celen kawan-kawan saya yang dah 8-9 tahun menjadi blogger. Tegar lagi ye. Saya harap saya akan boleh terus merepek-repek di sini. Dan saya juga harap kamu semua masih mampu bertahan untuk membaca apa yang saya rapikkan di sini. Hahaha.

iii
Hari ni Hannah dah 11 bulan. Tinggal sebulan je lagi nak setahun. Wah! Ni lagi saya macam tak percaya. Dah nak setahun rupanya saya bersalinkan Hannah. Rasa macam baru je lagi kami bawak dia balik dari Ar-Ridzuan tu. Sakit bekas caeser tu pun still terasa lagi. Ingat nak buat birthday party untuk Hannah tapi babysitter Hannah pun nak buat juga sebab anak dia lahir 5 Disember. So dia nak buat sekali la. Cuma dia nak buat a week delay sebab 5 & 6 Disember tu dia ada kenduri yang kena attend. Hmmm…kita tengok la macam mana nanti. Kalau ada duit lebih, saya buat la 2 kali birthday party Hannah. Seperti biasa, kek dan cupcakes akan ditempah pada Wan Linda. Baju Hannah ingat nak tempah pada Honey Little Closet.

iv
Penat nak kejar budak-budak yang tak settle kan coursework lagi. Dah la yang tak hantar tu jenis budak-budak yang pemalas tegar datang ke kelas. Kalau markah tu dah lepas tahap F, ok la. Ni ada yang 9/75, 11/75, 21/75…haishh. Score full mark masa final exam pun belum tentu lulus lagi tu. Apa la nak jadi dengan budak-budak ni. Penat sudah membebel-bebel.

4 responses »

  1. pn chempaka: dah sihat dah…mak hannah tak boleh demam lama-lama…nanti pengsan papa hannah nak handle hannah sorang-sorang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s