13 November

Standard

AMARAN: Entri ini sangat panjang dan menyedihkan. Juga disertai dengan gambar-gambar  yang may be disturbing. Jika kamu tak mahu baca sambil nangis-nangis dan tengok gambar yang bakal menggangu fikiran, sila tinggalkan blog ini dan pergi ke blog lain. Terima kasih.

~~~~~

Hari ni, genap 3 tahun pemergian Abah. Saya masih rasa macam baru semalam je. Still fresh lagi di otak saya hari saya menerima berita pemergian Abah…

13 November 2006 (21 Syawal 1428)
8.30 pm
Yeop called beritahu Abah collapsed di rumah dan tidak sedarkan diri. Abah kini berada di hospital di wad kecemasan. Yeop suruh saya bersiap-siap sebab dia akan pulang dari Skudai ke Ipoh in case anything happen. Saya mula jadi tak tentu hala. Sudah menangis berjurai-jurai. Saya called En. Boifren untuk memaklumkan berita tentang father-in-law-to-be. En. Boifren cuba menenangkan saya. But I keep on crying. Then saya ke bilik Intan (she’s my former roomies) for a shoulder to cry on because dia dah mengalami keadaan yang mungkin bakal saya alami. Di bilik dia kami menangis bersama-sama (dia pun guna shoulder saya untuk menangis juga). Selepas sedikit tenang, saya pulang ke bilik saya. Saya solat Isyak sambil berdoa agar Abah ok-ok saja.

9.30 pm
Saya ajak Kiah ke cafe. Menangis banyak buat saya rasa lapar. Beli nasi dengan ayam kicap (ye saya masih ingat saya makan apa) dan teh ‘o’ ais. Lepas makan saya mula gosok baju dan tudung.

10.15 pm
Masa saya tengah gosok-gosok baju, my phone rings. My worst nightmare came true. Yeop menyampaikan perkhabaran itu dengan penuh kesayuan…”Adik…Abah dah tak ada…”.  Saya yang mendengarnya dah terduduk di tepi ironing board dengan tangan yang cuba berpaut kepadanya. I bursted in tears. Saya masih dapat mendengar suara Yeop di hujung talian menyuruh saya bertenang. Ketika itu saya merasakan bumi bagai bergoncang dan ada satu batu yang maha besar menghempap saya and crushed me like I crushed all the roches. Pergi sudah lelaki yang saya anggap paling hebat. Hilang sudah lelaki yang saya panggil Abah. Tiada siapa pun di dunia yang boleh menggantikan tempat Abah. Selepas Yeop called, saya called En. Boipren, Ibu dan my bff, Jaja. During that time, tiada kata-kata yang boleh menenangkan saya. Then saya called Intan (sepanjang saya called orang-orang yang saya mentioned tadi, saya masih menangis-nangis). And then the words spread. Teman-teman mula datang ke bilik. Masa Intan sampai je, saya terus peluk dia sambil kami menangis buat kali yang keduanya bersama. Phone rings. SMSes keep on coming. Ya, sekarang saya sudah tahu bagaimana rasanya kehilangan insan yang paling disayangi. Sakit. Pedih. Semua ada.

11.30 pm
Ibu dah ambil saya dari kolej. Kami ke RnR Serdang untuk menunggu Yeop dan family dari Skudai. Waktu ni saya cuba tidak ingat apa-apa tentang Abah. Sebab kalau saya ingat, saya akan menangis balik. Saya dah penat nak menangis. Mata saya dah jadi mata ikan emas dah.

14 November 2006 (22 Syawal 1428)
1.00++ am
Yeop dan family sampai dengan 2 buah kereta. Saya terus peluk Yeop sambil menangis. Lagi. Sepanjang perjalanan, saya hanya mendengar alunan ayat-ayat suci Al-Quran dari cd sambil diselang-selikan dengan alunan dari Yeop sendiri. Then saya ada la tertidur-tidur. And then ada tersedar sebab berhenti nak isi minyak, snacks and toilet. Then terlena balik. Bila dah sampai tol Ipoh Selatan baru saya sedar sepenuhnya.

5.00++ am
Semakin dekat dengan rumah, hati saya semakin berdebar-debar. How’s I’m gonna react when I saw his body? Then saya nampak rumah yang terang benderang di kala-kala subuh hari. Berhenti je kereta Yeop di porch, saya terus meluru masuk. Then, I saw him. Lying there on his bed peacefully in the living room. Saya sudah separa meraung tatkala saya membuka kain putih yang menutupi muka Abah. Nasib ada Yeop yang menyedarkan dan menenangkan saya. Perlahan-lahan saya cium dahi Abah. Sejuk dan dingin. Pergi sudah lelaki yang saya sanjungi dan kagumi. Hilang sudah lelaki yang saya sayangi dan kasihi. Tiada galang ganti. Kemudian Mak masuk ke ruang tamu. Kami berpelukan sambil menangis. Berulang-ulang Mak sebut ayat ini…”Abah dah tak ada adik…abah dah tak ada.” Makin laju la air mata saya turun. Time ni saya fikir saya kena strong sangat for my mum. Mak tak kuat nak hadapi benda-benda begini. Tambahan Mak sangat attached dengan Abah (of course la). Ke mana-mana mesti dengan Abah. Buat itu ini mesti consult dengan Abah. Can’t really imagine how’s her life gonna be after this. Same goes with me. Masa ni dah ada saudara-mara Abah yang terdekat dah datang since jenazah Abah dibawa balik ke rumah malam tadi. Everybody still in shocked.

6.00++ am
Saya tak tidur sejak sampai ke rumah. Mandi dan solat Subuh. Then saya duduk di sebelah katil Abah. Saya baca Yassin seround dua.

8.00-10.00 am
People starts pouring in. Jiran-jiran yang hendak ke pejabat sempat singgah dahulu untuk menziarah Abah buat kali terakhir. Ada yang sanggup ambil cuti untuk membantu apa-apa yang patut. Relatives pun dah makin ramai yang datang. Tambahan Abah ada ramai adik-beradik, so memang akan penuh la rumah. Dan ini kali kedua dalam masa 4 bulan, mereka kehilangan saudara (adik Abah meninggal akibat stroke pada bulan Julai). Rakan-rakan Abah pun semakin ramai yang datang. Abah memang suka berkawan. That’s why rakan-rakan Abah all came from different walks of life. Waktu ni orang-orang masjid yang akan uruskan jenazah Abah pun dah tiba. Barang-barang untuk mandikan jenazah dan kafankan jenazah semua sudah tersedia. Saya masa ni tengah busy-busy juga nak tolong Mak dan Yeop handle tetamu-tetamu yang datang menziarah. Tambahan pula nanti DYTM Raja Nazrin pun akan singgah untuk menziarah (sila la jangan tanya-tanya kenapa abang ipar tak jadi saya tu datang. Lu pikir la sendiri). Oh lupa, the one and only my friends yang datang cuma Jaja je. En. Boipren pun ada. He brings along his dad.

11.00++ am
DYTM Raja Nazrin sampai dengan rombongannya. He gave his last respect to Abah. Sebelum balik, RN sempat bercakap-cakap sikit dengan Mak. Maybe condolences and supportive words. During this time everybody take advantages la to snap his picture from close. Ye la, bukan hari-hari RN datang ke rumah kami. Lepas RN balik, orang mulai susut. Yang tinggal pun kebanyakkannya relatives dan jiran-jiran berdekatan.

12.00++ pm
Masa untuk mandikan Abah. All the male family members take turn to mandikan Abah. Kami yang perempuan pun berpeluang bila semuanya dah settle. Mereka tutup the whole body from head to toe dengan kain batik lepas. Menggigil-gigil tangan saya bila saya jirus air atas badan Abah. Time nih saya nangis lagi. Settle mandi, time untuk kafankan Abah. Yang lelaki boleh la tengok proses nak kafankan Abah. Saya tengok dari belakang tabir je la. During this time pun ada juga rakan-rakan Abah yang masih datang. Selesai kafankan Abah, they give all of us our last chance to kiss him goodbye before they wrap up everything. All his grandchilds, some his nephews and nieces, his siblings and of course us gave him the last kiss. Masa saya nak cium dahi Abah tu, Tuhan sajalah yang tahu betapa saya nak menangis, meraung. Memang jenuh ye nak tahan.

1.00++ pm
Abah disolatkan. Imamnya Yeop sendiri. Saf hadapan sudah pasti la anak-anak buah lelaki saya dan diikuti dengan adik-beradik lelaki Abah dan anak-anak buah lelaki Abah. Penuh juga la ruang tamu tu. After that, Abah akan dibawa menaiki kereta jenazah yang sudah sedia menunggu. Time Abah diangkat untuk dibawa ke dalam kereta jenazah, one of my closest cousin broke down. He cried sampai ada relatives yang kena tenangkan dia. I wish I was him crying like that. Tapi tak boleh. I don’t know why I can’t. Sebelum Abah dibawa ke masjid untuk disolatkan sekali lagi, Yeop sebagai ketua rumah mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Abah. Dan banyak lagi la.

2.00++ pm
Abah dibawa ke Tanah Perkuburan Gurap, Jalan Kuala Kangsar for his final resting place. Masa saya tiba, Abah sudah mula dikambus dengan tanah (salahkan pemandu yang terhegeh-hegeh nak cari tempat parking…sape entah orang tu…erkk). Tak sempat nak tengok Abah buat kali terakhir sebelum diturunkan ke liang lahad. Masa ni En. Boipren and his dad pun ada juga. I heard all the talkin process. Masa ni saya dah tak menangis sangat dah. Dah penat sebenarnya. Mata pun dah sembab sangat rasanya.

3.00++ pm
Selesai sudah. Semua pulang ke rumah dengan keadaan yang teramat sugul. Penat lagi. Rumah dah mula kosong semula. Kami dan adik-beradik Abah yang tinggal berdekatan je yang masih ada. Semuanya berlaku dalam masa sehari. Less than 24 hours. I’m officially a anak yatim now. Done.

Al-Fatihah buat almarhum Abah, Abdul Latif bin Mat Lajin. Moga Abah tenang di sana. Amin.

IMG_8661

IMG_8665

IMG_8674

IMG_8695

IMG_8700

IMG_8711

IMG_8731

IMG_8732

IMG_8767

IMG_8769

IMG_8771

IMG_8774

IMG_8780

IMG_8785

IMG_8791

IMG_8794

IMG_8811

Nota kaki: semasa menulis entri ini, entah berapa kali saya menahan sebak.

15 responses »

  1. to be honest, i cried when i’m reading this.

    semoga abah di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. amin. alfatihah.

  2. balqis, air mata aku x benti mengalir baca entri ko psl nih…aku x dpt nak imagine if i were you….
    p/s: tp ader wording ko yg kelakar la, aku tegelak gak sambil nangis…

  3. chempaka: thanks…

    su: ermm…wording kelakar tu memang tak boleh nak elak…aku tak reti nak tulis dengan begitu serius…takut nanti lagi sedih…

  4. sy jd anak yatim dulu dari akak. and i truly understand how u felt.
    be strong, cepat atau lmbt, kita semua pasti hadapi.. (unless kita yg mati dulu. :P)

    by the way, sapa yg snap gambo2 ni?

  5. a’a.. dah 3 tahun rupanya. Alhamdulillah… aku sempat berada disisi ko masa ko susah & senang… Semoga persahabatan kita berpanjangan. Cayunk ko… hiks..

  6. Only those who have gone thru ‘it’ knows how it feels like..Thanks for your kind words during my grievance last time (if u still remember..)

  7. smpat menitiskan air mata..bila baca blog nie..
    teringat arwah abah…arwah meninggal 15hb Ogos 2009..
    Alfatihah buat mereka..ALFATIHAH

  8. buzzybug: thanks…

    murni: thanks…gambo2 tu anak2 buah yang tangkap. abang akak yg suruh. last memories of abah…

    a.z.n.e.e: thanks…

    tuan tanah: yup…3 thn dah berlalu

    J: thanks a lot Jaja…BFF forever…Cayunk ko gaks…isk…

  9. tim: yup…hanya orang2 yg dah melaluinya saja faham apa yg dirasai…ko pun sama tim…thanks sebab sudi dgr luahan hati aku even melalui emails…

    ixora: Al-Fatihah buat ayah awak juga…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s