RM20k for a baby?

Standard

Saya kan selalu je berblog hopping dan selalu je ke blog-blog insan lain yang saya tak listkan di blogroll saya. Semalam saya menjengah la ke satu blog ni. Actually blog dia saya jarang-jarang sangat follow jika nak dibandingkan dengan blog 2 orang lagi adik-beradik perempuannya. Sebabnya blog dia more berunsurkan perniagaan MLM ni. Just kadang-kadang je dia ada entri pasal anak dan life dia. But mesti la ye berkait dengan MLM dia tu.

There’s one entry yang dia tulis yang menyebabkan saya nak tulis entri ini. It’s about how much the cost for your baby. I mean untuk first baby when you need to buy everything. She mentioned kalau tak ada duit around RM10k-RM20k in your bank account, kena fikir 2-3 kali la untuk nak ada anak. The question is do we really need that much to have a child? I don’t think so.

For her maybe la because she came from a wealthy family. Everything must be branded, if possible they will buy the most expensive things for their baby. Tapi bagi a middle class people like me, RM5k or less pun dah cukup untuk persediaan nak ada baby. Apatah lagi orang yang tak berkemampuan, apa yang ada saja dan mampu untuk dibeli sudah cukup memadai. Memang la kita nak yang terbaik untuk anak kita, tapi ukur baju di badan sendiri la.

Okey, meh sini saya list kan perbelanjaan saya semasa nak ada anak dan selepas beranak dulu.

1. Monthly check-up
RM40-RM60 per visit. Tu pun sebab saya pergi ke Ar-Ridzuan and then ke Klinik Raoofah. Kalau ke klinik kesihatan tu dah komfrem la free ye.

2. Hospital bill masa bersalin
Sebab saya hari tu caeser dan gatal-gatal minta ubat tahan sakit sampai 2 kali, so kena la RM3600. Oh lupa, saya bersalin di Ar-Ridzuan juga. Kalau ke hospital gomen, lagi murah la. Tambah kalau bersalin normal, lagi-lagi la murah. Bagi je GL (sesiapa yang ada la).

3. Pregnancy clothes
Disebabkan Ipoh tak ada Mothercare, Modern Mum or what so ever, saya beli je la yang dijual di Jusco tu je ha. Baru RM49-RM59 sehelai. Ada sesetengah orang tu, still boleh sarung lagi baju kurung even dah pregnant 6-7 months. Lagi dah jimat.

4. Stretch mark cream
Saya beli jenama Palmer’s Cocoa Butter Formula tu je. Tu pun tak habis pakai. Dalam RM30++ je kut satu tube 125g tu.

5. Supplements
Calsium, obimin, asid folic, etc tu semua akan dapat tiap kali pergi monthly check-up. So, harga dah termasuk sekali la ye. Tapi kalau nak beli lebih pun boleh. Up to you la.

6. Bottle warmer and sterilizer
Tak payah beli. Rendam je botol dalam air panas. Saya sterilize botol-botol dalam stock pot je. Senang. Jimat bil elektrik juga.

7. Botol susu
Saya tak stick dengan satu jenama je. Semua jenis saya ada. Avent, Tommee Tippee, Anakku, Tollyjoy, Japlo, Pigeon. Tak perlu nak beli yang mahal-mahal gaban tu. Yang pasti, macam Hannah yang jenis tak breast feed, koman-koman nak kena ada 6-7 botol susu di rumah dan 5-6 botol lagi di rumah babysitter. Cuba bayangkan kamu nak jenama Dr. Brown’s or vodo-vodo pun Avent yang RM30++ sebiji tu, tak ke jenuh nak mengadakan duit dekat RM400 just for bottles je.

8. Breast pump
Saya beli jenama Anakku je. Dah la yang manual tu ye. Murah je. Tak sampai RM20 kut. Tak berapa bagus sebenarnya. This one boleh la kut kamu nak invest lebih especially untuk mommies yang memang breast feed their babies.

9. Breast pad and nursing bra
Oh, yang ini saya tak ada pun. Hahaha. Saya pakai juga bra biasa sebab saya kan breast feed cuma 3 minggu je.

10. Diapers
Saya guna Drypers. Maybe sebab murah sikit kut kalau nak dibandingkan dengan Mamy Poko, Huggies or Pampers. Even bonbon Hannah pun takde la melecet kalau terlambat tukar ke kan. Tapi masa the first 4 months tu, every 4 hours saya change diapers dia walaupun tak basah sangat. Then bila dah start pakai size M and now L, boleh tahan lama lagi. Sebulan saya selalu beli 3 packs. Dah RM70++.

11. Diaper cream
Mula-mula dulu saya guna Drapolene. Lepas tu saya tukar guna Earth Mama Angel Baby Bottom Balm. Drapolene still guna kat rumah baby sitter. Bila EMAB tertinggal kat rumah PIL saya lepas raya hari tu, saya try pula Lucas’ Papaw Ointment. Tapi bonbon Hannah jarang-jarang la melecet. So beli tube 25g pun tahan lama. Saya dah En. Suami yang bantai guna. Drapolene 55g-RM11.50 or EMAB 30ml-RM29.90 or Lucas’ Papaw 25g-RM19.90.

12. Toiletries
Ini saya guna campur-campur. Ada Johnson’s, ada Anakku, ada Pureen. Ye la sebab setengah tu orang bagi kan masa lepas bersalin, so guna je la. Saya tak la cerewet sampai nak juga-juga guna Seba Med or Bud’s or yang sama waktu mahal dengannya. Macam Johnson’s, satu botol besar sabun mandi tu, dalam berapa belas ringgit je. Same goes with shampoo and lotion dia.

13. Changing mat
Saya beli 2. 1 jenama Anakku (yang type dia macam rubber tu) and 1 lagi jenama Fiffy. Dua-dua pun murah saja. Anakku tu letak kat rumah babysitter and Fiffy letak kat rumah. Both cost below RM20.

14. Bath tub
Beli jenama Tesco je. RM19.90. Bila Hannah dah besar, dia dah tak muat dah duduk dalam bath tub tu. So, rugi je beli mahal-mahal.

15. Diaper bag
Dapat free dari Ar-Ridzuan 2. 1 diaper bag EnfaMama. 1 lagi Anmum. Then dapat free lagi dari Sendayu Tinggi. My sis-in-law bagi as present jenama Anakku. Kesimpulannya, RM0. Currently pun kalau jalan dekat-dekat or setakat pergi shopping, saya guna mini bagpack Puma saya dulu. Sumbat semua dalam tu. Tapi saya sebenarnya teringin nak beli diaper bag dekat Gin & Jacqie. Cute-cute je diaper bag dia.

16. Bibs, wipes, wash cloths
Wipes saya beli jenama Tesco. 1 tub tu dalam RM5. Wipes untuk travel still ada lagi yang dapat free kat dalam hamper. Hannah pun dah jarang guna wipes sangat. Kalau dia B.O. (bowel output), saya terus bawak dia ke toilet. Bibs pun tak guna sangat. Hannah cuma ada 2 bibs saja. Wash cloths tu memang necessary. Nak lap muka or mulut dia kalau comot. Tapi selalunya saya akan guna kain napkin juga. Wash cloths tu saya beli jenama Bumble Bee. Less than RM20 pack of 5.

17. Baby cot and playpen
Borrowed from my sis. Hahaha. Sudah jimat few hundreds ya di situ. Baby cot siap dapat sekali dengan kelambu, mattress, bedsheet, bolster cover, pillow cover, comforter, and bumper cot.

18. Stroller/Pram
Pun dapat free. My sis-in-law bagi. Anak dia punya dulu but still in good condition. Sudah jimat RM200-300 ya. My other sis-in-law ada bagi buggy. Yang tu kecik sikit daripada stroller. Stroller pun tak perlu nak spend mahal-mahal sampai RM600-900. Memang la Graco or Maclaren or Halford tu ada safety features. Tapi untuk apa? Kamu nak tolak stroller tu sambil berlari pecut 100m ke?

19. Rompers/sleepsuits/Jumpers/One piece
Saya either beli secara online or beli di Tesco/Giant/Jusco or beli di Reject Shop/F.O.S. Saya tak kisah jenama apa. Asal cantik je, semua saya bedal. Anak perempuan ni of course la kita nak mencomelkan dia lagi kan. Tak perlu la nak spend sampai ratus-ratus dekat butik BabyGap or BabyGuess semata-mata nak cantik. Saya pun takde baju Gap or Guess.

20. Crib shoes
Hannah ada 2 pasang kasut je. Ikutkan 3 pasang. Tapi sepasang tu tak sempat nak pakai sebab bila time nak pakai dah tak muat. Huhuhu. Nasib dapat free. Sepasang jenama Papayaya tu dah tak muat dah (actually susah sikit nak pakai sebab kasut tu even size besar tapi dia macam ketat. Hmmm…macam mana tu ek?). So sekarang ni dok pakai kasut Vincent yang dibeli di F.O.S. RM17 je. Nanti ingat nak beli Carter’s kat blog Mama Adreanna Shop tu la. Baru RM30++ je.

21. Toys
Tak ada makna ye beli banyak-banyak or jenama mahal. Because later end up dia dok main benda lain e.g. remote Astro, remote kipas, remote tv, senduk, botol air mineral, plastic container, plastic cups, magazines, handphones, baby powder, etc. Rattles or teethers yang saya beli Hannah dah tak nak guna untuk gigit-gigit lagi dah. Dia lagi rela gigit remote Astro. Play gym pun pakai sampai umur 5 bulan je. Lepas tu dah simpan. Toys yang ada kat rumah tu pun mostly sis-in-law saya yang beri. Dia borong masa ada warehouse sales. Yang kami beli sendiri tak sampai RM100 pun.

22. Car seat
Pun dapat free (mesti kamu semua ingat saya ni kaki suka dapat barang free. Nak buat macam mana, orang memberi, kita menerima dengan hati terbuka la). Tapi tak pakai sangat pun sebab saya pakai Cik Viva. Seat belakang tu saja untuk letak stroller seketul. Memang komfrem tak muat nak letak car seat. Of course la dari segi safety tak safe langsung. Nanti bila dah ada kereta yang besar sikit la kut nak tukar yang baru.

23. Baby bouncer
Yang ini tak necessary. Just nak gantikan buaian je sebab kami tak nak train Hannah guna buaian even kat rumah babysitter Hannah tidur guna buaian. Beli jenama Sweet Cherry je. Dalam RM80 kut.

24. Baby walker
Beli yang affordable but safe. Roda dia must at least ada 6 roda. Yang 4 roda tu tak selamat. Nanti kalau baby ‘bawak’ laju-laju, walker tu senang nak tergolek. Hannah punya jenama Sweet Cherry. RM113 after sales. Bahagian toys tu boleh detachable. So dah tak payah nak beli high chair. Jimat lagi di situ ye.

25. Baby sling
Ada yang murah and ada yang very-very pricey ye. Kami tak beli pun. Sebab dah ada stroller so pakai tu je la kalau nak ke mana-mana pun. Masa mula-mula bersalin dulu ingat nak beli baby pouch tu. Tapi fikir-fikir balik, tak ada pun tak apa. Kami masih mampu dukung Hannah tanpa bersungut.

26. Baby food/milk formula
Sebab Hannah tak breast feed, memang kena beli la susu formula untuk dia. Mula-mula dulu Hannah minum Enfalac A+. Sekotak 650g dalam RM30++. Kalau yang dalam tin 900g tu dalam RM50++. But bila harga dia dah naik (650g jadi RM50++ and 900g jadi RM70++), kami terus down grade ke Enfalac biasa. Sorry la ye Hannah. Mama and papa bukannya gaji RM5k sorang sebulan. Enfalac biasa tu kalau kotak dalam RM30++ and tin dalam RM50++. Sebulan dalam 3 kotak nak kena beli. Kalau pakai Enfalac A+ tu memang botak kepala la. Baby food saya bagi Hannah makan macam-macam. Nestum Brown Rice as introduction to solid food. Then ada biskut for baby. Lepas tu saya tukar ke Nestum Wheat and Honey la, Nestum Rice and Chicken la. Tapi sekarang ni Hannah akan makan apa yang kami makan. Hehehe.

27. Etc
Monthly check-up and immunisation sekali visit dalam RM50-RM70 (depends on type of immunisation), benda-benda merepek yang lain yang kamu akan beli spontaneously dan kos-kos tersembunyi yang lain.

Actually the journey doesn’t ends there. Banyak sebenarnya yang kamu kena sediakan especially dari segi kewangan. Yang membezakannya, how’s you spend the money. Kalau kamu memang jenis yang brand conscious, memang kamu akan botak kepala la ye. Kalau kamu jenis yang tak kisah even cap ayam pun dah ok as long as your child dapat keperluan yang sepatutnya, memang duit tak keluar macam air terjun la. So macam saya, kalau dikira-kira balik, tak sampai la RM10k yang nak dikeluarkan sekaligus (jadi mahal pun sebab saya caeser). Certain people maybe can get less than that figure. Hanya keperluan yang penting je yang dibeli. Yang tak berapa nak penting sangat tu, tak perlu pun. Paling penting, jangan la sampai berhutang semata-mata nak sangat beri yang terbaik untuk anak. Macam saya tulis mula-mula di atas, ukur la baju di badan sendiri. Jangan la pergi ukur di badan Erra Fazira ke, Nori Abdullah ke. Apatah lagi jangan di badan Angelina Jolie.

So, do RM20k comply with all babies? Lu fikir sendiri la.

13 responses »

  1. uih.. sape yg cakap kena ade rm20k. giloslah. kalau macam tu, sampai kesudahlah kita yang biasa2 ni takkan ade anak. ye tak? hehe.

  2. pn balqis,
    susu enfalac A+ tuh rm 58.90 sekotak 650g…. bukan rm30 ye…harga naik jadi rm64.30….
    pakai dalam 5-6 kotak seminggu….

    wakakakakaka…….. nampak sgt beli susu nih kerja suami…🙂

  3. chempaka: ada la anak orang kaya mana entah tu yang cakap kena ada RM10k-20k untuk persediaan nak beranak. Dah dia pi duduk kat wad 1st class kat SJMC, beli stroller jenama Peg Perego and benda2 lain yang can get less than that price memang la nak kena ada RM20k.

    J: idok le sampai 20k. 10k pun x sampai. usah le susah hati pulak.

    Lord_darkslide: erkk…terkantoi di situ…hehehe :p

    encik nabil: kedai ubat cina memang selalu jual murah. ni dah beli kat tesco or giant, mahal le. actually EMAB and Lucas Papaw tu bukan diaper krim mcm drapolene. dia multipurpose. kalo kena gigit nyamuk ke, ada scratches ke leh apply krim tu.

  4. btol3.ummi tau sgt blog sape tu.hehe..tgk tajuk je pon dah tau ulasan untuk blog mana.ekeke..
    mase baca pon dah bole pk logik.ukur baju dibadan sendiri la.
    klo kena ada 10-20k akan kurangla bilangan penduduk kat malaysia ni waima (betol ke nih?haha..) dunia sekalipon.penduduk di negara2 dunia ketiga pon boleh dikira dengan jari sahaja.heh!

    pasal hospital nk bersalin.ada kawan umi bersalin kat swasta kena 18K tapi doc bt lebih kurang jugak.dia siap bleh rasa pisau tu dicucuk kat perut.ngan torehan pisau pon bole rasa.itu yg dikata good service?xberbaloi langsung bayo 18K! (nasib baik company bayo). kalau dah nasib xbaik kat mana2 bleh kena.

    baca kat blog orang tu diorang sampai end up in debt.perlu ke semua tu?
    perancangan kewangan xbetol tu.hehe..
    sape bijak dia akan tau pk sendiri.

    *wahh..ulasan yg panjang lebo :p

  5. ch0c01ic: hehehe…akak tau sebab blog dia terlist dalam bloglist ummi. tu yang terus nak buat entri pasal ni…kekeke…tapi family dia memang kaya tak hengat la…baca blog kakak and adik dia, asyik entri pasal sopping je. aiyok…

  6. hahaha… plz don’t mention it…

    aku dh biasa dikelilingi oleh org2 sebegini…. itu br baby.. lum yg lain lagi… kalo dh besar, fees sekolah swasta lagik… satu semester je pun dh rm6k, hokey!!!

    huhummm.. org begini, tgh2 bulan pun pegi shopping kat sogo sampai terlupa nk amek anak kat sekolah… ekekeke… boleh???

    some of them, siap perangat lagi… u x nak ke join we all shopping… hampeh la.. kalo poket ade rm200-300 jer.. dorg punye handbag pun riban2…

  7. a.z.n.e.e: mcm aku keje kat tmpt lama dolu la…bebudak situ mostly sekolah kat Ipoh International School, parents/driver tiap kali hantar amik cam tukor2 kete je. kejap bwk merc, kejap bwk alphard, kejap bwk bmw…agak2 sorang ada berapa biji ek kete diorang ni?

  8. hahaha.. i read this somewhere, tp tak igt mana..

    sampaikan sy study sumer komen ni,sebab igtkan tajuk ni is for some competition ke apa, sebab terjumpa topik yg sama kan.. hehhahah.

  9. tp kan tak nafi gakla.. klu deliver c-sect kat private jer dah 5k.. klu complication pegi sampai ke 15k pun ader.. i tgh tunggu time nak deliver je ni.. check up kat ampang puteri.. klu bersalin normal alhamdulillah.. klu bersalin c-sect adeiii.. bekerja keras nak cari duit tuh.. tp mmg kene deliver sana gak sbb check up kidney n record ader kat situ.. doa2lah bersalin normal. blh buat belanja lain duit lebih tuh.. belanja persiapan baby n mama pun dah 5k. klu ader org nak sponsor baby cot mcm u n brg2 baby xper gak.. ni klu dah anak tunggal maner ader kakak abg nak pass2 brg..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s