Penimbang yang penipu

Standard

Kelmarin setelah sekian lama tak timbang berat, saya naik la penimbang digital yang dah berhabuk tu. After a few seconds, saya tengok la digit yang timbul kat screen dia tu. Saya punya la terkejut sambil mengatakan bahawa scale tu rosak. Mana mungkin saya seberat itu. Saya ambil botol minyak Seri Murni yang masih dalam keadaan 5kg and saya naik sekali lagi ke atas scale bersama-sama dengan botol minyak. Tambah 5kg dari berat tadi. Tipu ni. Then saya mengadu dekat En. Suami.

ME: Abang, rasanya bath scale kita tu dah rosak la. Ada ke berat sayang 46kg.
EN. SUAMI: Mana ada rosak. Abang timbang sama je berat abang dotdotdot kg. Sayang dah kurus la tu.
ME: Mana ada sayang dah kurus? Tengok yang gedebeh-gedebeh ni (sambil menunjukkan lemak-lemak tersembunyi). Kurus apa macam ni.
EN. SUAMI: (gelak tengok lemak-lemak tersembunyi…ciss!)
ME: Nanti kita pergi timbang yang dekat Jusco tu la.
EN. SUAMI: Takkan la abang nak timbang dekat sana? Malu la.
ME: Bukan abang la. Sayang je.
EN. SUAMI: Ooo…ok.

Saya memang suspect yang bath scale saya tu rosak. Tak mungkin la berat saya dah susut sampai begitu sekali sedangkan lemak-lemak tersembunyi ni still tak susut-susut pun. Memang la saya sekarang ni dalam operasi diet. Saya selalu skip dinner. Kalau makan pun, dalam portion yang sedikit je. Hoh…mesti kamu semua menyampahkan dengan saya ni. Dah kurus keding pun nak kurus lagi. Ye la. Saya nak berat saya semula seperti sebelum pregnant dulu. Dan nak perut yang kempis macam dulu (walau hakikatnya perut dulu tak sekempis mana pun). Haishh…bersenam pun malas. Ada hati nak dapat perut kempis. Eh, tapi semalam saya bersenam tau. Saya berjalan kaki dari kolej hingga ke Ipoh Parade nun. Berpeluh ketiak juga la sebab berjalan time tengah hari merenang kan. 1.1km juga. Ok la. Nak sambung buat kerja. Esok sambung cerita lagi. Ciao!

Nota kaki: Nak body macam Angelina Jolie boleh ke?

3 responses »

  1. penimbang aku juga dah rosak..😦 tak turun-turun.. dah 3 bulan aku timbang, dok kat situ juge lah beratnyer… benci!!!!!

  2. Pingback: Memang tipu « My Story, My Life

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s