Merah menyala

Standard

Sesiapa yang dah kenal saya lama, mereka akan tahu yang saya memang hantu warna merah. Kalau boleh semua harta milikan saya, saya mahu dalam warna merah. Saya sendiri tak pasti macam mana saya boleh terjatuh chenta dengan warna merah sebab masa saya sekolah rendah, saya sangat la gemor dengan warna pink. Mungkin disebabkan rumah sukan saya kut. Saya di bawah panji-panji rumah merah bermula dari darjah 3 hinggalah ke tingkatan 5. Tak percaya? Percaya la. But actually, saya bukan nak cerita macam mana saya minat warna merah dalam entri ni. Saya nak cerita pasal benda lain yang berwarna merah.

Couple of weeks ago, masa berjalan-jalan dengan En. Suami di Jusco (tak silap masa kami keluar dating tengok ‘New Moon’ berdua-duaan tu), pergi la ke bahagian elektrik. Saja nak tengok-tengok barang. Tiba-tiba saya ternampak sesuatu yang merah. Of course it an electrical appliance. Saya tak sangka benda tu ada dalam warna merah. Biasanya warna putih, silver or kadang-kadang ada hitam. Ada 2 jenis pulak tu. Saya sangat la teruja untuk memilikinya. Tengok la harga dia kan. Wowwee, junior juice! RM2k++. Yang 1 lagi tu dekat-dekat nak RM3k. Hahaha. Kalau saya dah jadi expert and nak buat secara besar-besaran boleh la kut nak beli. Untuk novice macam saya ni and kalau takat nak buat syok-syok je, beli je yang murah-murah tu. Tapi sebab dia warna merah, saya memang la rasa macam “Kalau ada pun best gak ni”. Just because dia warna merah. Hehehe. Oh, kalau kamu masih tertanya-tanya apakah bendanya itu, sila la scroll ke bawah lebih sedikit ye.

 

Gambar curik dari Google

Lebih kurang macam ni la ye rupanya dengan yang saya tengok di Jusco tu. Brand Kenwood. Yang lagi satu tu tak ingat jenama apa. Sangat merah menyala kan? Kalau mixing bowl dia tu warna merah juga, lagi la bagus. Hohoho. Terpaksa la masuk dalam wish-list-yang-entah-bila-akan-tercapai-segalanya-dan-listnya-semakin-panjang-saban-waktu tu. Ok la, sekian laporan. Ciao.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s