2nd trip

Standard

Semalam buat 2nd trip ke J Card Day. Wahaha. Gila giat mak uolls. Pergi pun sebab 1) nak beli hadiah kahwin, 2) nak borong diapers yang 6 hengget murah dari harga asal, 3) nak belanja En. Suami piza (sebab gaji dah masuk), 4) saja nak gedik-gedik (reason yang ni paling tak boleh blah sekali!).

So, memula pergi order piza. Sebab pergi order time tengah lapar, kami bantai order yang promotion 2 large RM40. Nah, kembung piza la malam tu nanti. Then pergi bahagian bedding. Saya memang dah lama tak beli cadar. Dok ulang pakai cadar yang sama je. Bosan dah. Of course saya pergi yang tayang 70% sales je. Akemi dah tak banyak choice sebab orang semalam dah borong sakan. Nak cari Queen size lagi susah. Yang banyak Super Single dengan King je. Dapat la sebijik yang berkenan. Nak cari untuk hadiah kahwin dah tak ada dah. Terpaksa cari kat jenama lain. Orang ramai yang dok borong set comforter. Saya tak minat nak beli sebab nanti tak ada tempat nak simpan. Saya suka lagi beli set yang ada quilt/duvet cover. Sebab comforter yang saya ada di rumah tu boleh bukak cover dia. Lagi bagus.

Bila dah bayar baru perasan lagi RM10 tak cukup RM100. Takpe lah sebab ingat lepas tu nak pergi ke bahagian groceries nakbeli diapers. Tapi baru sedar yang resit merah tak boleh gabung dengan resit hijau. Wuwuwu. Pastu dah la Drypers size L semua dah habis. Yang tinggal Newborn, XL and XXL. Wuwuwu lagi. Sementelah dah ada kat area tu, pergi la beli barang-barang lain.

Masa nak ambil piza tu, saya bagitau kat En. Suami yang saya nak cari barang yang harga RM10 untuk membolehkan saya redeem voucher. Memang nak juga-juga voucher tu ye. So, naik ke bahagian pinggan mangkuk. Tapi saya tak tau nak beli apa. Sebab benda-benda yang saya nak semuanya lebih RM10. Over RM100 exactly. Kikiki. Last-last ambil 3 sudip untuk non-stick pan. RM3.90 each yang semuanya ada less 10%. But nasib still enough RM10. Suka. Suka. Sebab dapat redeem voucher. Huhuhu. And queue redeem voucher pun pendek je so kejap je la beratur. So, sekarang saya dah ada 4 voucher RM10 (ceh…sukanya macam dah ada 40 voucher).

Ok la. Tu je nak cerita. Hari ni Jusco kembali normal kut. Dah tak sesak like 2 days ago. Ciao.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s